Best Ever Chocolate Brownies Resepi

Best Ever Chocolate Brownies Resepi


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu untuk semua nya.
Terus ke resepi lah ya, ini pun dah lama buat tapi masa tak mengizinkan untuk mengupdate
Jadinya bertangguh tangguh sehingga lah kemalam ni.
Alhamdulillah tak susah sebenarnya nak buat Brownies ni.
Sebenarnya Brownies ni anak ke4 kaknoor yang buat, kaknoor cuma deco je
Anak kaknoor sorang ni memang suka baking sebut je nak makan dan cukup bahan
Pasti tersedia dah ...
Resepi nya kaknoor dah alihbahasa ke bahasa kita supaya mudah faham
Biasalah budak budak ni blog rujukan mesti nak cari yang orang luar je kan..
Terkebil kebil mama nya dok translate..




Bahan nya
185 gm mentega tanpa garam
185 gm dark chocolate
  85 gm tepung gandum
  40 gm serbuk koko
  50 gm white chocolate
  50 gm milk chocolate
    3 biji telor saiz A
275 gm gula kaster




Cara membuatnya
Potong kecil  mentega dan chocolate, masukkan dalam mangkok yang sederhana besar nya.
Double boil dua bahan ini dengan meletakkan air panas dalam periuk dan mangkok diatas nya.
Kacau supaya kedua nya bercampur. Masukan 2 minit dalam microwave dan sejukkan.
Sementara menunggu chocolate sejuk panaskan oven 160'C
Alaskan 20cm square tin dengan non stick baking parchment
Ayak tepung gandum dan koko powder dalam mangkok sederhana.
Potong kecil white chocolate dan milk chocolate
Dalam mixer, pecahkan telor dan masukkan kaster sugar dan putar lah dari 3-8 minit.
Kemudian masukkan campuran chocolate tadi dan gaul lah dengan spatula supaya sebati.
Campurkan campuran tepung dan serbuk koko dan gaul sebati.
Akhirnya campur lah dengan white chocolate dan milk chocolate
Sekali lagi kacau biar adunan sebati, pastikan tidak over mixing ok.
Curahkan adunan diatas loyang yang telah kita sediakan awal tadi.
Masukkan dalam oven dan bakarlah selama lebihkurang 25 - 30 minit
Bila dah sejuk boleh lah dikeluarkan dari loyang dan hiaslah ikut kreativiti sendiri.
Disini kaknoor paipkan dengan nutella je sebab lebih cepat kemudian taburkan dengan almond.







Bagi kaknoor antara Brownies dan Kek memang lebih suka Brownies sebab lebih moist dan tak lembek sangat, ditambah dengan Nutella dan Badam flakes memang terangkat, nak lebih sedap lebihkan je badam tu, memang terlebih sedappp...
Mudahkan!!!

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA


5 comments:

  1. sedapnya mkn sambil minum air teh..

    ReplyDelete
  2. resepi Kak Noor pastinya yang terbaik, sedappp nyaa kak Noor :)

    ReplyDelete
  3. SEDAPNYA BROWNIES SEKETUL MMG XCUKUP

    ReplyDelete
  4. Kak Noor, cantik deconya :) PH suka brownies.

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka brownies kak noor.tambah kekacang memangterangkat

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home