Dessert Mudah Daripada PIsang Dan Nutella

Dessert Mudah Daripada PIsang Dan Nutella


Assalamualaikum warahmatullah...
Semoga semua nya sihat-sihat walafiat saja dalam menjalani kehidupan seharian.
Resepi hari ni adalah satu dessert yang sangat ringkas daripada pisang dan nutella
Jom semak resepi di bawah ya..



Sedikit tazkirah untuk hari ni..
Semoga bermanafaat untuk semua..






Bahan yang di gunakan hanya pisang jenis pun asalkan yang agak besar supaya senang di letakkan nutella, nutella secukup nya, sedikit tepung gandum dan tepung jagung untuk jadikan batter dan minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara nya, potong pisang lebih kurang 2 inci, kemudian guna straw yang agak besar, lubangkan di tengah nya, kemudian picitkan nutella kedalam lubang pisang secukupnya, buatlah sehingga habis. Kemudian buatlah bancuhan batter, masukkan sedikit tepung gandum dan tepung jagung. Bagi yang kurang tau sukatan nya boleh lah ke SINI untuk sukatan batter tu ya..Kemudian celupkan pisang yang telah di letakkan nutella di tengah tadi ke dalam batter dan goreng lah macam biasa kita goreng pisang.  Sedap dimakan ketika suam- suam panas untuk mendapatkan nutella yang cair..

Sukatan pisang dan nutella terpulang sendiri lah 
Yang suka mesti nak buat banyak supaya puas makan hehe..



Rangup di luar dan lembut didalam di tambah dengan rasa nutella yang hmmm susah nak cakap tak cukup satu slice ni..



Satu lagi resepi dari nutella dan pisang ni ada lah..
Sediakan pisang madu secukupnya atau pisang pilihan sendiri lah..
Roti pratha yang telah di masak terlebih dahulu beberapa keping
Akhirnya nutella, yang tak suka nutella boleh jugak menggunakan peanut butter sebab kita yang buat dia kan terpulang selera lah..

Cara nya, letakkan roti pratha yang telah di masak tadi, jangan terlalu garing sangat ya, nanti susah nak gulung, kemudian sapukan lah nutella pada seluruh roti pratha, letakkan pisang di ujung roti dan gulung lah sehingga kemas, buatlah sehingga habis roti dan pisang. Biarkan sekejab beberapa minit supaya nutella pisang dan roti pratha tu sebati, kemudian baru lah di potong dan boleh lah di jadikan dessert petang atau pagi terpulang selera sendiri.




Dessert mudah dan murah 
Anytime pun boleh makan kan, disamping sihat jugak ni kan 



Terimakasih untuk anakanda mama bagi pinjam tangan tu, kalau tak susah mama nak ambik gambar takde yang nak pegang hehe...


6 comments:

  1. aduh kak.... sampai 2 jenis menu dessert.... coklat ngn pisang mmg serasi besama

    ReplyDelete
  2. Bestnya, Kak Noor! Pisang dan Nutella memang ngam.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kak noor..
    Lambat jumpa resepi ni..
    Baru2 ni buat aiskrim nutella je..
    Sebab nak kejar tarikh luput tu..
    Pada hal ade je pisang kat umah..
    Tak apa lah cuba lain kali..
    Save dulu resepi kak noor ni..��

    ReplyDelete
  4. Dasyat lah kaknoor ni.. benda cam ni pun terpikir ek..
    nanti nak suruh chef kat rumah masakkan.

    ReplyDelete
  5. WAH KREATIFNYA NOOR..SEDAP NI UTK SARAPAN N MINUM PETANG

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home