Homemade Baklava Bites

Homemade Baklava Bites


ASSALAMUALAIKUM 
Salam isnin untuk semua nya
ALHAMDULILLAH bersiaran lagi hari ni
Kali ni menu yang pertama kali jugak membuatnya
Biasanya kalau Baklava ni beli je, sebab macam rumit membuatnya.
Tapi bila ada anak yang request nak makan, google punya google tak lah susah sangat pun.



Inilah dia antara bahan kekacang yang kaknoor gunakan, pistachio, badam dan pecan yang telah di cincang kecil




BAHAN NYA
1 peket filo pastri
1/3 cawan pistachio cincang
1/3 cawan almond cincang
1/3 cawan pecan cincang
1 sudu kecil  lemon zest
1 sudu besar butter di cairkan
1/4 cawan madu
1/4 cawan ground cinnamon

CARA MEMBUAT FILO CUP
Untuk mendapatkan filo pastri cup ni, kaknoor gunting bulat filo pastri ikut sukatan cawan yang sesuai, kemudian masukkan dalam acuan tart atau acuan muffin,letak mentega sikit dibahagian bawahnya,  kemudian buatlah sampai tiga lapisan filo, boleh jugak letak telur antara lapisan tu, memang agak lambat sikit membuat cup ni, tapi mudah tak payah nak potong baklava nanti, mudah jugak nak makan. Buatlah secukupnya filo cup. Kemudian bakarlah dalam 10-15 minit  150'C atau ikut kepanasan oven masing-masing sehingga kekuningan.  Untuk adunan filling baklava ni kaknoor hanya dapat dalam 18 biji sahaja, kalau nak lebih terpaksa ganda kan bahan kekacang tu ya..


CARA MEMBUAT BAKLAVA BITES
Dalam bekas yang besar, masukkan lah kesemua bahan kekacang yang telah di cincang tadi, lemon zest, butter yang telah di cairkan, madu dan serbuk kayu manis. Kacau rata biar sebati. Kemudian susunkan lah filo cup dalam tray, sudukan agak-agak 2 sudu kecil dalam setiap cup atau nak lebih pun terpulang lah. Lepas tu bakar lah dalam oven yang telah di panaskan dalam  8-10  minit saja dalam suhu 150'C. Biarkan sejuk dan boleh lah di nikmati.

Penggemar kekacang memang BAKLAVA BITES the best SEDAPPPP




Close up sikit filling baklava ni, kaknoor paling suka pistachio jadi memang letak lebih lah di banding dengan yang lain, sebab kita yang buat dia kan sukahati tukang masak lah hehe..




Alhamdulillah dah boleh mamam memang tak sedar dua tiga cup dah termasuk dalam perut




Lagi free show dan  sessi jamu mata..




Memang tak cukup ni cornfirm mesti nak buat lagi lepas ni, untuk tetamu yang datang 



Sekarang ni mudah kan, teringat nak makan, atau ada anak-anak yang request nak makan itu ini, walaupun sebenarnya kita tak mahir sangat dan pertama kali jugak membuat ni, tapi dengan bertanya Pakcik Google semua nya jadi mudah, tapi kena lah study jugak dua tiga hari dan cukup bahan baru lah bersilat kat dapur..

ALHAMDULILLAH RAJIN DENGAN TAK JE KAN..

6 comments:

  1. CUP KECIL COMEL SEDAP RASA SEKALI GAP DH HABIS

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka yang kecik macam ni P untuk sekali ngap saja

      Delete
  2. haduuuuu...mengoda nya. Kak Noor, meleleh dah ni..Sib baik doh jauh Kak Noor, kalau tak pening kepala Kak Noor, Ita dok mengetuk pintu dapur rumah Kak Noor..hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi suka Ita kalau ada yang mengetuk pintu dapat jadi kawan sembang kan, sayang nya jauh sngt lah Ita

      Delete
  3. Sedapnya KN. Pernah makan yg potong potong tu. Buat versi ni mesti tak berapa remeh kan KN. Mcm buat tart je kekdahnya.

    Ha a....mala dgn tak malas je. Sekarang ni mmg tak de reason lagi nak ngelat, semuanya boleh google

    ReplyDelete
  4. betul tu Anom buat macam ni senang nak makan
    No reason at all kan nak ngelat hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home