Kelupis // Ketupat Periuk Kera

Kelupis // Ketupat Periuk Kera


Assalamualaikum dan salam Isnin 25 Muharram 1439 Hijrah
Alhamdulillah masih lagi di beri kesempatan oleh Allah  untuk bernafas di hari ini.
Bersyukur lah masih sihat walafiat dalam usia yang semakin senja ini
Sakit pening demam tu mainan hidup lah kan..
In Shaa Allah selagi ada daya dan upaya akan cuba menjadi insan terbaik terhadap agama, keluarga dan masyarakat sekeliling IN SHAA ALLAH



Minggu lepas kaknoor ke "Tamu " bahasa orang-orang Brunei untuk Pasar Pagi disini.
Pertama kali nampak Periuk Kera ni di sini, selalu jugak ke Tamu ni tapi belum pernah tengok ada orang yang menjual Periuk Kera ni, teruja tengok Periuk Kera ni cantik dan unik jadi kaknoor beli lah, tak mahal pun $1 je satu bekas tu. Dan satu bekas je pun kaknoor beli hahaha..
Dah beli tak tau nak masak apa pulak!!
Google punya google terjumpa resepi Ketupat Periuk Kera, tapi kaknoor tak lah buat ketupat, kaknoor buat Kelupis macam cara orang Brunei buat Kelupis guna daun Nyirik tapi kali ni kaknoor guna Periuk Kera..




Mesti ada yang belum pernah tengok Periuk Kera ni, ke kaknoor yang ketinggalan haha
Whatever lah ya, tapi serius memang cantik Periuk Kera ni dengan warna nya unik, macam sotong pun ada jugak kan!!

Disini kaknoor letak resepi Kelupis Brunei, yang di intai dari blog 
cuma kaknoor guna Periuk Kera je
Kurangkan lah bahan tu  kalau kita buat sedikit ok..

KELUPIS BRUNEI (By: Anne Nurhani)

BAHAN-BAHAN:
1. Beras Pulut 500gm
2. Santan 500ml
3. Sedikit garam
4. Sedikit minyak masak
5. Daun irik @ ngirik

CARA-CARANYA:
1. Beras pulut dicuci bersih dan ditoskan.
2. Masukkan santan dan garam dalam kuali. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan pecah minyak.
3. Masukkan beras pulut dan gaul sambil masukkan minyak masak sedikit-sedikit. Gaul sehingga sebati, kering dan berkilat. Ingat, guna api perlahan k...
4. Angkat dan letak dalam bekas lain.
5. Bungkuskan pulut dalam daun irik @ ngirik.*kaknoor masukkan dalam periuk kera
6. Kukus kelupis selama 1 jam.*kaknoor kukus 15 - 20 minit sahaja
7. Angkat dan letak secara berdiri untuk keluarkan wap air. Ini penting untuk memastikan kelupis tahan lebih lama.
8. Sedia dimakan bersama kuah kacang/rendang/kari ayam atau daging...




Ini belum di kukus ok..



Nampak kan bolat je Periuk Kera ni..
Opppss terlupa lah pulak, Periuk Kera ni sebelum kita masukkan pulut tu, kena cuci bersih dulu ok, cuci bahagian dalam nya dan kaknoor lap sampai kering baru masukkan pulut yang telah di masak dengan santan tu..



Bila dah lepas di kukus  Periuk Kera ni dah bertukar warna kemerahan, macam sotong kan haha



Alhamdulillah first time makan Kelupis Periuk Kera ni, rasa nya sama saja lah dengan kelupis biasa tu, kebetulan ada lebihan kari boleh lah di gandingkan dengan kelupis ni, lebihan sambal tumis pun boleh jugak, ikut citarasa Mem yang nak makan lah kan..


6 comments:

  1. waduh3.... geram lak nengok kelupis periuk kera ka noor tuh, udahla cantik je rupa, bulat2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan dana nak makan mesti cantik cantik baru best hehe

      Delete
  2. Betul lah macam sotong, Kak Noor! Tak sangka periuk kera ni boleh guna untuk buat masakan. Hari tu PH ada nampak orang jual pokok periuk kera. Cute sangat tapi tak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun baru tau jugak PH
      itu beli dulu periuk kera baru google resepi hahaha

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home