Solok Lada Step By Step

Solok Lada Step By Step


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu untuk semua adik-adik dan anak-anak yang selalu singgah sini, masih lagi tuan tanah mood ke laut..........
Itulah proses kehidupan di dunia ni, ada kala nya ALLAH bagi sedikit ujian supaya kita lebih mensyukuri nikmat yang sebelum ini, ALHAMDULILLAH apa saja yang ALLAH berikan kena redho dan pasrah, sebab kalau kehidupan tanpa ujian tak lengkap lah proses kehidupan anak Adam di bumi ALLAH yang luas ini..

Kadangkala ALLAH hilangkan sekejab matahari..
Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat..
Puas kita menangis mencari dimanakah matahari..
Rupa nya ALLAH nak hadiahkan kita 
PELANGI YANG INDAH 



BAHAN UNTUK SOLOK LADA

 Lada solok secukupnya (cili hijau muda belah dua dan buang bijinya)
 Isi ikan kembung agak-agak je berapa banyak lada tu
 Kelapa parut (terpulang nak banyak ke sikit ikut selera family)
 Santan (pekat + cair agak-agak 1 cawan )
 2 ulas bawang merah dan 1 labu bawang besar
 1 inci halia muda ( kalau takde halia muda yang tua pun boleh lah)
 Gula dan garam secukup rasa
Kaknoor tambah sedikit cilipadi hijau untuk menambah rasa pedas pada solok lada ni

CARA MEMBUAT SOLOK LADA

~  Bersihkan lada, buang biji nya dan ketepikan, kalau boleh lada nya biarlah yang besar supaya
     banyak isi ikan dapat di masukkan, tapi kalau takde yang mana yang ada lah kan..

~  Tumbuk bawang merah dan bawang besar, halia muda, dan cilipadi, sehalus yang boleh lah
     Kalau di mesin bahan akan agak berair jadi agak susah nak masukkan dalam lada sebab dah
     lembek, jadi rajinkan menumbuk kesemua bahan ni untuk mendapatkan hasil yang baik hehe..

~   Isi ikan dan kelapa parut jugak di tumbuk secara berasingan, kemudian barulah di campurkan
     kesemua bahan dalam satu bekas, di tambah garam dan sedikit gula merah, rasa lah ikut
     kesesuaian.

~   Kemudian boleh lah di masukkan kedalam lada hijau yang telah di bersihkan tadi, isi lah penuh
     penuh supaya lebih terasa sedap dan mantap.

~   Akhirnya masukkan dalam periuk dan masaklah bersama dengan santan + sedikit garam
    dengan api perlahan sehingga lada nya lembut .


Pada yang Suka Ikan memang sedap lah di ratah begitu saja, tapi pada yang Tak Suka Ikan kena tengok saja lah, boleh jugak di gantikan dengan isi ayam atau daging cincang, mesti lebih sedap dari ikan ni kan...

   
     

Lada hijau dah standby untuk di isi dengan campuran ikan..



Agak pekat lah campuran ni supaya mudah di isi kedalam lada dan tak muda jatuh.
Bila di masak pun tak mudah keluar dari lada kalau kita selalu balikkan..



Sayangnya lada kaknoor tak lah panjang sangat, tapi dah ada yang ngidam nak makan yang kontot pun oklah daripada takde langsung kan..



Tak banyak bahan sebenar nya nak buat solok lada ni cuma nya agak rumit sikit dan ambik masa lah masa mengasingkan isi ikan tu..



Masa ni yang best sebab dah hampir selesai proses kita..



Alhamdulillah dah siap pun solok lada ni, boleh lah dimakan dengan nasi putih atau nasi biru, terpulang selera sebab kita yang buat dia kan, tak wajib jugak di makan dengan nasi biru pun, tapi paling best dengan nasi biru lah, tapi nak buat nasi biru pun banyak songeh jugak tu kan! Dengan segala macam eksesori nya yang lain, mau pengsan kat dapur lama lama..


6 comments:

  1. k.noor ltk ikan mentah eh..kami ltak ikan rebus..hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu kaknoor letak ikan rebus jugak Nor, lepas tu tengok ada yang letak ikan mentah, akak cuba rupa nya lebih sedap yg mentah tau!! tapi masak kena lama sikit lah

      Delete
  2. Mesti sedapkan..

    Nak coba suatu Hari nanti

    ReplyDelete
  3. comel solok lada noor sedap tu mkn dgn nasi panas

    ReplyDelete
  4. mudah je sebenarnya kan, saya suka solok lagi.

    ReplyDelete
  5. terasa2.. sy peminat solok lada ni, heheh

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home