Ayam Dan Kambing Madras Bersama Roti Puri Memang Cun

Ayam Dan Kambing Madras Bersama Roti Puri Memang Cun


ASSALAMUA'LAIKUM WARAHMATULLAH
Pertama kali masak Ayam Madras dan Kambing Madras memang tak menghampakan
Sebenarnya kaknoor hanya nak mencuba je, cari cari resepi terjumpa kat Pinterest, memang SEDAP GILER resepi ni, lagipun semua rempahnya homemade  di goreng tanpa minyak dahulu  seperti, jintan putih dan ketumbar. Kalau beli yang ready made yang dah jadi serbuk kaknoor memang tak suka sebab kurang wangi, jadi nak yang sedap kena lah goreng dan kisar sendiri.



Untuk resepi Roti Puri boleh lah ke SINI RESEPI ROTI PURI



RESEPI AYAM MADRAS

Bahan nya
1 ekor ayam dipotong (curry cut) dan bersihkan
3 biji cili hijau dipotong 1"
5 sudu besar minyak masak
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar dihiris nipis
1 inci halia di hiris kecil panjang
4 ulas bawang putih dihiris nipis
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar yogurt
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk buah pala
1 sudu kecil garam masala
300gm tomato di dadu kecil
secukup nya garam

Cara nya
1.  Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bunga cengkih dan buah pelaga.
2.  Tunggu sehingga rempahnya keluar aroma masukkan bawang besar.
3.  Goreng sehingga keperangan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
4.  Kemudian tambahkan cili hijau, halia dan bawang putih dan gorenglah lebihkurang seminit.
5.  Tambahkan serbuk cili, jintan putih, ketumbar, kunyit dan garam dan kacau biar sebati.
6.  Bila dah wangi dan sebati tambahkan ayam, tomato dan yogurt  dan kacau rata.
7.  Masak lah sehingga mendidih dengan api yang sederhana sehingga ayam masak.
8. Akhir sekali masukkan serbuk buah pala, garam masala dan sedikit gula merah *optional 
Kaknoor suka rasa nya yang agak sempurna, maksud nya semua rasa ada kat sini, Masin, Manis, Pedas dan Berempah..
9.  Bila ayam dah cukup masak boleh lah diangkat dan hidangkan dengan roti atau nasi terpulang lah.



Pastikan bawang nya digoreng sehingga betul betul perang tau!! 
Sebab akan mempengaruhi rasa Ayam Madras kita nanti.


Kalau nak rasa yang lebih spicy boleh tambahkan serbuk cili dan pastikan tambah jugak serbuk jintan  ya baru lah seimbang rasa nya, kalau tak berat sebelah memang tak sedap...



Kalau ada yang suka letak tomato puree yang dalam tin tu pun ok jugak, tak payah lah nak potong2 lagi, tapi kena agak agak lah ya..



Resepi asal yang kaknoor ikut ni tak letak yogurt, tapi kaknoor memang suka rasa yogurt jadi kaknoor letak lah dalam 3 sudu, memang tak menghampakan semua yang makan cakap sedap sedap haha kembang lah makcik ni kan..



Begini lah bila dah semua nya di masukkan, agak berkuah sebab tujuan asal masak Ayam Madras ni nak cicah dengan Roti Puri, boleh kurangkan lagi kuah ni, hanya renihkan dengan api yang perlahan ok.



Sebab ada yang teringin nak makan Kambing jadi Kambing ni pun di Madraskan jugak lah haha
Tapi agak kekuningan sikit, kaknoor hanya kurangkan serbuk cili je sebab yang nak makan Kambing ni tak suka pedas jadi agak Mild lah rasa nya, tapi masih ada ummphh sebenarnya Kambing Madras yang licin dulu hehe..




Nampaknya sebulan 2x buat Roti Puri ni, memang sedap sangat lah tu kan, sila kan pada yang nak mencuba memang berbaloiii




Gini lah rupa Ayam Madras Kak Noor mesti ada yang tertelan air liur dah tu




Kambing Madras memang sedap sangat licin oleh pelanggan kaknoor hari tu hehe..



ALHAMDULILLAH, bila semua kata sedap Ayam Madras dan Kambing Madras di makan bersama Roti Puri ni, tukang masak pun happy sangat, hilang segala penat lelah di dapur..


17 comments:

  1. Replies
    1. sangatlah sedap nya Anum boleh try lah buat

      Delete
  2. Replies
    1. tidak syak lagi Nor setiap minggu anak-anaka minta buat lepas tu

      Delete
  3. Lapar teruk lepas tengok menu sedap ni kak nor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu senang je fizah boleh lah cuba pasti nak dua tiga kali

      Delete
  4. Ya, Kak Noor, PH tengah telan air liur nih! hee..hee... Tak sabar2 nak cuba resipi ni Kak Noor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan asyik janji je PH nak buat mesti buat dan buat tau haha

      Delete
  5. pepagi nengok ni haahh, lapoooo..
    ayam madras ye.. thanks KakNoor for sharing. nnt blh cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lapooo ke ni Yan
      ye Madras mari dah cuba belum ni Yan??

      Delete
  6. amboi..sedapnyer tengok...belom makan lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila makan kalau tak sedap tu diam diam je lah hehee

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak Noor cayaanngg! Melelh lir tengok menu macama2 di dapur Kak Noor ni tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa'laikumuslam warahmatullah Mie
      dapur orang tua Mie tapi idea anak-anak yang teringin nak makan

      Delete
  8. Teringin nak buat roti puri tu lah KN....hari tu makan kakak buat. Sedapnya...
    Makan pulak dengan ayam madras...pergh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jintan manis kenapa tak letak KN? Apa fungsi Jintan Manis ek?

      Delete
    2. dah buat ke belum Anom??
      ye Madras memang sedap digandingkan dengan roti puri ni tau

      Jintan manis tu kaknoor tak suka sangat bau nya, lebih suka wangi jintan putih jadi kaknoor tak letak, boleh jugak kalau nak letak, kan ke kita yang buat dia kan Nom boleh sukahati lah letak yang mana suka, fungsi tu taklah tau sangat, mungkin untuk sedap je kot hehe

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home