Sambal Penyet Kak Noor

Sambal Penyet Kak Noor


Assalamua'laikum warahmatullah pada semua yang sudi singgah di blog kaknoor ni
Alhamdulillah malam ni ada sedikit kesempatan untuk mengupdate blog usang ni
Menu yang mesti ada setiap hari di rumah kaknoor sebab Big Boss suka sangat sambal ni
Disebabkan Big Boss tak suka dengan udang kering, gatal kata nya hehe, jadi kaknoor guna bilis lah
Pada yang tak gatal tu boleh lah guna udang kering lagi best rasa nya..





Kalau ada yang kurang suka pedas boleh lah kurangkan kuantiti cilipadi tu ok
Tapi bagi kami kat rumah yang hantu pedas ni, kalau cili macam ni memang biasa dah..




Antara bahan yang kaknoor guna untuk Sambal Penyet ni adalah
Cilipadi yang bermacam-macam warna, merah, hijau dan kuning
Banyak nya terpulang lah selera sendiri*yang ni stok seminggu ni
Beberapa ulas bawang merah dan putih
Sedikit ikan bilis atau udang kering pun boleh
Sebiji buah tomato yang agak besar
1/4 cawan minyak bunga/minyak masak biasa

Cara nya memang mudah sangat pun
Kesemua bahan-bahan diatas tu kaknoor kisar, tapi jangan sampai halus sangat
Kemudian panaskan minyak dalam kuali dan masukkan semua nya bahan kisar
Tambahkan dengan gula perang dan garam secukup rasa
Masaklah dengan api yang perlahan sehingga pecah minyak
Dah agak pekat dan cukup rasa boleh lah di angkat dan biarkan sejuk
Masukkan dalam bekas yang sesuai, tahan disimpan dalam petiais selama seminggu 
Nak makan keluarkan je kan..




Yang suka belacan jugak boleh letak dalam sambal penyet ni
Kat rumah kaknoor memang banyak pantang, ada yang tak suka belacan, ada yang tak suka udang kering, jadi untuk selamatkan semua dan tukang masak tak letih, jadi terpaksa lah ikut majoriti lah
Walaupun sebenarnya tukang masak sangat suka belacan dan udang kering hahaa..



Bawang pun boleh jugak guna bawang besar kalau kebetulan takde bawang merah masa kita nak masak sambal penyet ni, memasak ni tak semestinya ikut sangat sukatan kan, sebab kita yang buat kan, jadi apa saja yang terlintas boleh jugak di letak dalam sambal penyet ni..
Kadang tu bila dah boring guna bilis kaknoor guna jugak IKAN TAHAI tak tau kat tempat lain ada ke tak TAHAI ni, tapi kalau kat Brunei memang banyak di jual, TAHAI pun sedap jugak buat sambal tau lebih wangi..

Untuk makluman IKAN TAHAI adalah ikan tamban yang telah di salai, kita ambil isi nya saja dan masukkan dalam sambal ni..





Alhamdulillah dah siap SAMBAL PENYET KAK NOOR




Sedap di colek dengan ulam timun ke carrot ke, atau apa saja daun kegemaran masing masing lah, kalau kat rumah kaknoor hari-hari mesti ada sambal penyet ni dengan ulaman segar di luar rumah, contohnya selom, pegaga, ulam raja, cekur, kemangi, misai kucing dan macam-macam lagi ulam kat rumah, tapi kadangkala malas nak keluar rumah berulamkan timun dan carrot pun jadiiii lah..


9 comments:

  1. Selamat malam Kak Noor,'datang sini nak belajar buat sambal penyet versi Kak Noor, dan berkenalan dengan TAHAI! Itu rupa TAHAI ye kak, tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat siang Mie, tak tau Mie datang semalam dah tutup pagar lah heheee
      ye Mie tahai memang sedap dan wangi boleh try nanti

      Delete
  2. Sedapnya.. Rose nak cuba buatlah. Ni lah yang buka selera ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah cik rose memang sedap lagi pedas lagi best ni..

      Delete
  3. Replies
    1. kat rumah ni memang hantu sambal P memang tak dapat kalau takde sambal sehari mesti ada yang mencari

      Delete
  4. Wahhhh sedapnya kak noor, saya simpan resepi ta, mana tau kot2 teringin nnt...

    Yg pasti saya akan tambah belacan, kecur dah air liur terbayang kesedapannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap kalau tambah belacan atau udang kering kat sambal ni Alya mesti bertambah nasik bila makan

      Delete
  5. terima kasih share resepi sambal penyet.. mesti anak-anak suka.. tapi Eyda tak tahan pedas..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home