Sandwich Telor Mayo Memikat Matahati

Sandwich Telor Mayo Memikat Matahati


Assalamua'laikum warahmatullah
Salam sejahtera pada yang masih sudi singgah lalu di blog ni
Tuan tanah blog ni ON OFF je ikut KEBIZIAN yang tak bertahap dah
Walaupun kadangkala keliru dan pilu ku gagahi jugak mengupdate blog ni
BERSABAR semoga ALLAH merahmati kita semua walau apa pun situasi yang kita hadapi.
Resepi hari ni yang dah beberapa hari yang pasti memang bukan hari ni
Nasib baik ada gambar sebagai bukti pernah buat sandwich telor ni hehe..



Bahannya
Roti wholemeal secukupnya ( gardenia putih biasa pun ok )
3 biji telur rebus dan hancurkan
1/2 batang carrot dihiris halus *takde stok
Beberapa lembar daun salad 
mayonis ikut sesedap selera anda
Kalau kaknoor memang suka agak banyak dan semestinya letak dalam 4-5 sudu utk 10 keping roti
sedikit lada sulah atau lada hitam serbuk
garam dan gula secukup rasa
boleh letak cheese slice jika ada stok
Kalau takada cheese slice pun ok je sandwich kita masih sedap dan lazat

Caranya
Gaulkan semua bahan-bahan inti sandwich, kecuali salad
Dah secukup rasa sapukan di atas roti dan tutup dengan sekeping lagi roti
Letakkan salad dahulu diatas roti tu, yang suka tomato boleh jugak letak tomato panggang
Untuk yang guna cheese letak  cheese sebelum inti nya ok
Susunlah ikut kreativiti
Sedia untuk di nikmati.




Yang tak suka salad boleh abaikan ya, kalau kat rumah kaknoor kalau salad macam ni memang tak lama dalam petiais sekejab saja hilang, ada yang pakai untuk ulam, ada yang guna untuk nasi goreng lah, pendekata memang laris kalau salad macam ni..



Memang kenyang kalau dapat sandwich kaknoor ni sebab penuh dengan filling yang banyak sebab kita yang nak makan kan, memang letak ikut selera hati..




Masa ni takde salad jadi agak kurang lah hijau nya
Yang tak suka sayur memang tak kisah lah kan..




Selain telor rebus kita boleh jugak buat scramble egg, bancuh telor dengan sedikit susu segar, letak sedikit perasa atau garam, cara nya sama jugak dengan yang di atas tu..




Anak bungsu kaknoor memang suka sangat dengan sandwich macam ni, lagipun senang nak makan tak kotor tangan, tapi kalau untuk makan kat rumah kaknoor akan potong dua atau empat, lebih kecil, lebih mudah untuk makan..




Pada yang suka yang simple dimple macam ni bolehlah try, sebenarnya campuran telor dan mayonis tu boleh kita buat malam kalau untuk breakfast, sebab adunan tu akan lebih mesra lagi bila kita letak kan atas roti esuk pagi nya, tapi kena lah letak dalam petiais ya, jangan letak di luar pulak nanti Masyam pulak jadi nya...


9 comments:

  1. thanks kak noor share resepi mudah ni...nanti SA nak cuba sebab dah jemu plak sandwich beef bacon dan sandwich sardine

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali boleh cuba yang simple macam ni AS laju je masyuk sebab lembut sangat filling telor mayo ni tau

      Delete
  2. WAH SEDAP SGT TU WALAU SIMPLE DMPLE JER

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 yang simple dimple rasa nya lebih sedap dari yang banyak songeh ni P kan
      lagi satu save jugak masa kita berlama lama kat dapur hehee

      Delete
  3. Replies
    1. mudah sangat Alya boleh try anytime je kan

      Delete
  4. Kak Noor, egg sandwich PH punya fevret tau! Nampak jer kat supermarket, mesti beli. Teruja nak try buat kat rumah ikut resipi Kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke PH oklah tu boleh lah try lepas ni jangan asyik dok lepak kat restoren je tau
      balik rumah buat sandwich ni hehee

      Delete
  5. banyak kali teringin nak buat macam nih. esok2 nak buat laa..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home