Goreng Pisang Cheese Bersama Homemade Sos Karamel

Goreng Pisang Cheese Bersama Homemade Sos Karamel


Assalamua'laikum warahmatullah
Selamat pagi pada semua yang masih setia dengan blog ni
Semoga kita semua didalam keadaan sihat walafiat dalam menjalankan aktiviti harian
Alhamdulillah di pagi isnin ni ada sedikit ruang untuk mengupdate blog yang dua tiga hari sepi
Kekadang masa sangat mencemburui untuk masuk kesini
Banyak yang lebih meminta perhatian, biasa lah jadi menteri macam-macam hehee..

Pada yang dah ada pisang tu boleh lah try Pisang Cheese bersama Sos Karamel memang terlajak sedap, semua rasa ada kat sini, tak percaya boleh cuba sendiri..




Untuk resepi pisang goreng nya.

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
sedikit kunyit
2 sudu besar minyak panas/mentega/planta
secukup nya air sejuk agak-agak pekat lah utk salutkan pisang tu
Cheddar Cheese untuk di taburkan di atas pisang

Cara nya

Gaulkan je semua nya,  akhir sekali letakkan minyak panas yang telah stanbye utk kita goreng pisang tu, sebelum masukkan pisang, letakkan sikit minyak dalam bancuhan tepung untuk merangupkan lagi gorengan kita. Gorenglah pisang yang telah di hiris nipis, salutkan pada tepung sehingga kekuningan dan tos kan.

Untuk menghidangkan nya, susunlah goreng pisang tadi didalam pinggan, sudukan sos karamel keseluruh pisang, taburkan cheese yang telah di parut, goreng pisang cheese dah boleh di nikmati
Bismillah..




Untuk merangupkan lagi pisang tu, jangan potong tebal pisang tau!!
Mesti agak nipis, kaknoor kalau pisang yang sederhana besar tu akan di belah 3-4 
Memang agak susah untuk kita salutkan tepung bila nipis tapi hasil nya terbaik..




Sangat sedap dimakan ketika masih panas atau suam-suam kuku tu, tak sedar beberapa keping pisang dah hilang

Resepi Sos Karamel ni kaknoor ambik dari Pinterest, memang best kalau kita ke Pinterest disamping gambar nya yang menarik, resepi kat sana memang banyak yang best dan selalu teruja nak mencuba, Alhamdulillah bila dah cuba sangat menepati citarasa..




Bahan Sos Karamel
1/4 cawan air
1 cawan (200gms) gula putih
2/3 cawan( 160 gms ) heavy cream
3 sudu besar butter ( 45 gms )
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh garam 

Cara nya
Masukkan air dan gula dalam periuk dengan api yang sederhana
Kacau rata sehingga gula larut dan berbuih
Dengan api dapur yang kuat kacau perlahan adunan gula sehingga bertukar warna
Bila dah berwarna kekuningan/keemasan tutup api dan alihkan periuk
Masukkan heavy cream kacau rata, kemudian butter, vanilla dan garam
Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan sejukkan
Masukkan dalam bekas yang sesuai dan letakkan dalam petiais
Adunan akan menjadi lebih pekat bila kita keluarkan dari petiais




Sos Karamel ni memang tahan lama kalau kita letakkan dalam petiais, cuma akan jadi bertambah pekat bila lama-lama dalam petiais, tapi jika nak guna hanya masukkan dalam microwave dalam seminit dah cair semula, atau kalau takde microwave boleh biarkan di suhu bilik 30 minit, sos ni akan cair dan mudah di gunakan..

SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA ADIK-ADIK KAKNOOR YA..


14 comments:

  1. Replies
    1. pagi pagi dah telan ayaq lioq ka El mesti masih lapaq ni kan

      Delete
  2. Replies
    1. alhamdulillah Nor manis masin memang kena selera ni

      Delete
  3. Alaaaa....dah lama x makan pisang goreng la...terasa plak di tekak pisang goreng cheese...kena cari la kalau mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng pisang macam ni memang tak dapat tolak AS kalau kat rumah ni memang sekejab dah hilang dari pandangan mata kasar hee

      Delete
  4. GORENG PISANG CHEESE WAH LEMAK BERLINANG BIBIR TU SEDAPNYA

    ReplyDelete
  5. sedap kak, dah lama tak nampak depa jual skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri lah Rai kalau tak de orang jual

      Delete
  6. Saya pernah makan pisang goreng cheese. Saya tak sangka idea inovasi pisang goreng cheese sedap sehingga menjilat jari

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee mestilah sehingga menjilat jari sebab lebihan cheese dan karamel kat jari tu CM hehe

      Delete
  7. sesekali makan goreng pisang cheese memang sedap..

    ReplyDelete
  8. adoiiii..hancuss diet cm gini...hihihi...dugaan2

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home