Ikan Masak Cuka Cara Cik Noyah

Ikan Masak Cuka Cara Cik Noyah


Assalamua'laikum warahmatullah dan salam sejahtera pada semua yang sudi singgah
Diblog kaknoor yang tak seberapa ni, mood kadang-kadang HILANG!!!
ALHAMDULILLAH siapa lah kita untuk menidakkan apa yang terjadi..
ALLAH lebih tahu segala nya apa yang di berikan pada setiap makhloknya..

Hari ni Kaknoor sekali lagi nak kongsikan resepi ulangtayang, tapi memang kegemaran seisi rumah sebab rasa nya masam-masam manis macam kehidupan seharian kita jugak, ada kalanya masam, ada kalanya manis dan suka gumbira kan!! Kali ni takde ikan tongkol jadi KakNoor guna ikan sebelah 
(tak tau lah ada yang faham ke tak) ikan sebelah tu, yang sebelah hitam dan sebelah nya putih tu hehe


 Kalau takde ikan tongkol boleh lah guna ikan lain yang sesuai lah, ikan merah pun boleh jugak, disini kaknoor guna ikan sebelah sebab ikan tu je yang ada stok dalam frezer..


Ikan Tongkol Masak Cuka dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit dan digoreng
§  5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.

 Kebetulan dah banyak sangat cili scotch bonnet jadi kaknoor letakkan je cili tu dua tiga biji, nak lebih pedas boleh lah gigit pada yang mampu..




Masakkan ikan cuka ni eloknya kita masak sehari awal, supaya lebih mesra dan sebati segala bahan dalam masakkan ni, untuk makan esuk, kita masak hari ni, tapi kalau dah tak sempat nak makan on the spot pun oklah kan, janji happy..



Kaknoor memang suka sangat dengan masakkan yang macam ni, apa lagi kalau letak kacang panjang, meratah semangkok pun tak terasa, mungkin selera veteren kot suka yang masam-macam macam ni, sapa geng dengan kaknoor suka ni? Cepat angkat tangan haha...




Scotch Bonnet ni di petik dua minggu lepas, selepas bercuti, Maa Shaa Allah makin banyak merahnya macam gambar di bawah ni, Subhanallah rezeki Allah ALHAMDULILLAH..



Masih banyak dalam petiais kalau ada yang nak boleh lah calling kaknoor nak bagi je, siapa cepat dia dapat lah hehe..

9 comments:

  1. ni masakan nyonya ye kak noor? geram nengok scot bonet kak noor tuh nk minta poskan mcm jauh sgt brunei ke kl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana, kalau nak benih no problem In shaa Allah kaknoor akan poskan tapi benihnya saja lah bukan cili nya ya, bagi address lah

      Delete
  2. Replies
    1. memang sedap Nor pada yg suka masak cuka ni

      Delete
  3. kalau JM dekat ngan umah kak Noor mmg akan pergi umah minta Scotch Bonnet ni..tak pernah mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee boleh kalau dkt rumah nak tangkap masuk dlm rumah nak jamu macam-macam benda dalam rumah ni JM

      Delete
  4. Cantiknya Scotch Bonnet tu KN...geram nengoknya.
    Saya mmg tak pernah masak cuka mcm ni KN... Tak sangka pulak masak cuka ni kena buh jintan manis bagai tu KN

    ReplyDelete
  5. salam..selamat hari raya pn noor...saya berminat nak minta benih cili yang kiut tu
    alamat saya...salimah bt ali blok 12E2, to6,u03, fasa 12, Prisent 9, 62550 putrajaya..terima kasih ya nor

    ReplyDelete
  6. Tips Tips Melatih Sabung Ayam Aduan Menjadi Ganas Dan Menakutkan Klik Di Sini

    Agen Sabung Ayam Online Terbaik Dan Juga Terpercaya http://www.bakarayam.co

    Informasi Terlengkap Mengenai Sabung Ayam

    https://ayambakar33033.wordpress.com/2018/06/21/lebih-dari-satu-ciri-memaparkan-ayam-bangkok-aduan-super-yg-menakutkan/

    https://ayambakar33033.wordpress.com/2018/06/21/lebih-dari-satu-ciri-memaparkan-ayam-bangkok-aduan-super-yg-menakutkan/

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home