Resepi Simple Keropok Arrowhead

Resepi Simple Keropok Arrowhead



 Assalamua'laikum warahmatullah pada semua adik-adik blogger yang Kak Noor hormati
Dengan izin Allah hari ni dapat lah memasuki ruang yang dah lama sangat tak singgah ni.
Memang dah tebal habuk nya ni kan. tapi dek kekangan masa yang terhad terpaksa akur lah..
Alhamdulillah masih lagi dapat berkongsi sedikit ilmu yang tak seberapa pun ni..
Ya lah bercuti panjang dengan badan yang kurang sihat menjadikan lebih malas untuk mengupdate
Alhamdulillah hari ni mood sudah mari untuk menulis resepi yang simple untuk kudapan di musim yang hanya datang setahun sekali ni..




Biasa nya di musim Tahun Baru China baru timbul Ubi Arrowhead//Ngaku//Sengkuang China ni, kalau tidak memang susah kita nak jumpa, lepas balik bercuti baru ni kaknoor ke supermarket dan terpandangkan Arrowhead ni, terus terlintas nak buat keropok, mungkin jugak masa tu sedang lapar hehe, sikit je pun beli dalam 10 biji sebab memang belum ada mood sangat nak memasak, sekadar nak melepas rasa teringin je..



Untuk yang nak membuat keropok selepas ni boleh lah refer resepi kaknoor di bawah ni ya, memang sedap lah pada yang suka tu sebagai jajan, lagipun ia nya asli kita yang membuatnya kan, takde campur bahan-bahan lain yang kita tau halal haram nya, kali ni kaknoor gaulkan dengan tepung jagung kering tu je pada Arrowhead ni selepas di potong sebab nak kan lebih rangup..

 BAHAN NYA
1 kg ngaku atau arrowhead
sedikit garam, bawang putih dan cili flakes
sedikit kacang goreng dan ikan bilis goreng *optional
minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1. Kupas ngaku, cuci dan tos kan sekejab.
2. Sagat dan gaulkan dengan bawang putih, garam dan cili flakes.
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
4. Tos kan, biarkan sejuk dan gaulkan dengan ikan bilis dan kacang goreng.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.


Pada yang belum merasa, rasa nya ngaku ni lebih manis dari ubi kentang, lebih sedap dan lebih krup krap, menjelang  chinese new year SAHAJA yang timbul buah ubi ngaku ni, kalau ada yang teringin boleh mencari ngaku di pasaraya dan buat sendiri  ya..




Kebetulan dah ada badam dan kacang kuda boleh lah gandingkan dengan kerepek ni, dan kita dapat variasi rasa disini kan..




Sedikit tips :-
Kalau lepas di goreng tu, kita masukkan dalam bekas kedap udara untuk sehari dua, tiba-tiba bila nak makan kerepek kita dah tak serangup macam first time kita goreng, jangan panik pulak, panaskan oven dengan suhu yang sederhana, kalau oven kaknoor, kaknoor set kan 100'C untuk api atas dan bawah, panaskan dalam 10 minit kemudian masukkan lah kerepek ni dalam tray, kemudian masukkan dalam oven 5-7 minit, kemudian keluarkan, IN SHAA ALLAH kerepek ni akan rangup semula dan tak kan lembek lagi IN SHAA ALLAH

 

 Kalau dah makan kerepek ni tak sedar habis sebalang ni, ditambah lagi dengan coklat dan segala macam kat kiri kanan tu mesti dah tak nak makan nasik lagi lepas jajan ni..



Ini lah dia Arrowhead atau Ngaku atau Sengkuang China, macam-macam nama benda ni, tapi rasa nya tetap sama dan semesti nya sedap..

SELAMAT MENCUBA PADA YANG BELUM PERNAH CUBA OK..


20 comments:

  1. anehnya ubi ni hanya muncul sewaktu dekat raya cina hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betuk tu Kam pada time Cny saja timbul benda ni

      Delete
  2. Replies
    1. cari lah masa Rai mesti ada tu masa kalau mau kan..

      Delete
  3. pernah buat tahun lepas, penat jari...tapi bila makan, sekali hadap boleh habis. hehe

    thanks untuk tips kerepek yg nak lemau tu. boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. membuat memang agak remeh sikit kan Ujie tapi time makan macam kilat kejab je habis
      alhamdulillah dengan tips tu kerepek ni takkan lemau lagi In Shaa Allah

      Delete
  4. SEDAPNYA KEREPEK NGAKU KALAU DIGORENG MCM KELEDEK SEDAP JUGA KOT

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try jugak P guna keledek In Shaa Allah sedap kot

      Delete
  5. Hi Kak Noor! Chinese New Year nak sampai ada jer benda ngaku ni. Hari tu nampak kat Aeon tapi tak beli. Sedap keropok ngaku yang Kak Nor buat digandingkan dengan kacang dan ikan bilis. Siap satu balang besor PH boleh ngap hee..hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau Cny tak sampai lagi memang kaknoor pun tak merasa nak makan ngaku ni PH, setahun sekali je dapat merasa ngaku ni, kaknoor kan suka kekacang apa saja kerepek pun nk letak kacang hehe

      Delete
  6. teringin juga nak buat nih, kena pergi belilah buah ni nanti macam sedap je

    ReplyDelete
  7. Assalam kak nor..lama x singgah sini..kerepek ngaku!! Arrowhead tu rupanyan bunah ngaku tu ke...ada nampak kat hero market..bila nk raya cins baru ada jual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa'laikumuslam JM terimakasih sudi datang jauh2 kesini hehe, nama nya kemain macam hebat kan JM

      Delete
  8. Pernah nk try buat tp rupanya kerepek tu akan jadi lembik or lemau eh..alaa kat umah x de oven ada microwave jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada air fryer kat rumah JM pun boleh jugak utk rangupkan kerepek ni JM

      Delete
  9. Hai Kak noor. Lama hilang, akhirnya muncul kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Ain tenggelam timbul makcik ni kan

      Delete
  10. kak Noor..tadi JM ada beli buah arrowhead ni..tgk balik resipi dari kak Noor..nak buat kerepek ngaku sbb nampak sedap..cuma nak tahu..bawang putih tu kena potong ke tumbuk ke atau mcm mana sblm di gaulkan sekali dgn ngaku dh di sagat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. di tumbuk lah JM sorry kalau tak jelas resepinya di atas tu ya, tapi boleh jugak kalau tak suka bawang gaul je dengan tepung beras pun ok tapi mesti tepung nya kering ya

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home