Sambal Bilis Rangup Kaknoor

Sambal Bilis Rangup Kaknoor


Assalamua'laikum warahmatullah untuk semua pengunjung setia blog kaknoor
Alhamdulillah masih ramai yang datang merujuk resepi kat sini
Baru ni kak Noor just check kat Top Blogs di myTaste no bad lah 
Pengunjung yang datang 1K plus untuk seminggu kira oklah tu kan
Taklah boleh lawan blog yang hebat kan yang berpuluh K seminggu
Blog orang kampong gini lah bersyukur apa ada nya saja
ALHAMDULILLAH rezeki ALLAH setakat itu je..


Baru ni kaknoor beli sambal bilis rangup ni kat satu tempat, memang nampak macam teringin sebab tulis kat luar bekas tu sambal goreng bilis rangup, bila dah makan memang sedap dan biasa lah bila beli tu sedikit tak cukup lah pulak, jadi anak-anak suruh mama nya buat sebijik macam yang beli, mama nya ni pun suka jugak mencuba jadi try lah gitu gini, agak agak je buat macam resepi kat atas, ALHAMDULILLAH anak-anak cakap sebijik macam yang beli hehe, boleh lah tu kan, boleh jual kot kan hahaha...

Siapa yang rajin membuat boleh lah try resepi ni tapi kena sabar sikit lah lama kat dapur tu ok..yang nak try sambal kaknoor boleh secret pm / wa kaknoor 8739160 ok..





BAHANNYA
3 sudu cili kering kisar
1 cawan ikan bilis
2 labu bawang besar hiris kecil
3 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
Sedikit tepung beras
sedikit air asam jawa
garam dan gula merah secukupnya
 Minyak untuk menggoreng secukupnya
Kalau nak lebih pedas boleh tambah cili flakes


CARA NYA
1.  Ikan bilis di cuci bersih dan toskan, kemudian gaulkan dengan sedikit tepung beras.
2.  Bawang besar yang telah di hiris di gaul jugak dengan tepung beras.
3.  Panaskan minyak secukupnya dan gorenglah bawang besar dan bilis.
4.  Gorenglah sehingga garing dan rangup kedua nya dan tos kan.
Pastikan goreng satu-satu tau samaada bilis dulu atas bawang dulu, jangan masuk kedua nya sekali takut tak rangup pulak jadi nya nanti.
5.  Dalam kuali lain masukkan dalam dua tiga sudu minyak bekas gorengan bilis tadi.
6.  Tumislah bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan.
7.  Masukkan lah cili kering kisar, air asam jawa, garam dan gula merah
8.  Masaklah sehingga pecah minyak dan agak kering.
Masa ni memang agak lama lah didapur sebab api pun tak boleh kuat sangat ok.
9.  Bila sambal dah agak kering dan cukup rasa tutup api.
10.  Akhirnya gaul lah dengan bilis dan bawang besar, kalau kurang pedas boleh tambah ciliflakes kasi berpeluh sikit bila makan.




Masa ni sambal pun dah licin, sebab kalau buat memang sekejab habis, memang sedap lah pada tekak kaknoor, boleh makan dengan nasi goreng ke, mee goreng ke, atau nak buat makan dengan nasi lemak pun ok, untuk travel memang best ni sebab ia nya kering senang nak bawa..


18 comments:

  1. Terasa-rasa pulak mengunyah ikan bilis tu...krup krap krup krap... :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak noor...ni yang rasa nak buat jugak ni..ratah macam tu pun sedap kan

    ReplyDelete
  3. MMG TERASA KERANGUPAN SAMBAL BILIS NOR KALA MKN..DUK BYGKN SAJA HEH..HEH..

    ReplyDelete
  4. sedapnya tgk kak noor... mau apa je nk boh sambal rangup nih

    ReplyDelete
  5. Kak Noor, rugi kalau tak cuba kan? Tapi stok ikan bilis PH dah habis. Kena beli lagi lah ni...

    ReplyDelete
  6. Tkasih kk Noor share resepi.anak Saya suka Sgt sambal bilis Gaul dgn nasi

    ReplyDelete
  7. Wahhh sambal ikan bilis rangup memang sedap. Rose pun suka..

    ReplyDelete
  8. nampak sedap.. kalau ratah aje ni pun sedap

    ReplyDelete
  9. Baru tau kena gaulkan dengan tepung beras sebelum menggoreng KN. Selalunya main lebur gitu jer hihi....
    Tapi kadang ikan bilis tak tahan lamalah rangupnya KN.
    Tulah ada jugak dengar nak rangup kena tunggu sambal sejuk dulu baru masuk ikan bilis

    ReplyDelete
  10. sedapnya kalau makan dengan roti

    ReplyDelete
  11. Terima kasih k.noor. sedapnya. Rasanya says pun pernah mkn sambal beli yg ala2 gini. Boleh buat lpasni :)

    ReplyDelete
  12. Sedapnya..krap Krup je rasa hehe

    ReplyDelete
  13. masyaAllahh.. adik mek suka sgt ni sambal bilis macam ni. hihi

    ReplyDelete
  14. ni ratah saje pun habis ni kak...huhu

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaaa, moga ada kerajinan nak buat jugak, tq share resepi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home