Buttermilk Chicken Goreng

Buttermilk Chicken Goreng


Dah lama tak buat buttermilk chicken ni, anak2 tersangat lah suka nya benda ni kalau dulu2 masa baru2 Kak Noor pandai buat memang dua tiga hari sekali mesti ada menu ni,tapi bila dah selalu jadi boring jugak so lama jugak lah tinggalkan buttermilk ni tapi sekarang ni anak2 dah mula suka balik sebab makan kat luar tak sama dengan yang mama masak chewah!! kembang lah sekejab mama nya ok jugak tu anak2 suka makan kat rumah daripada kat luar dah memang dijamin halal dan bersih lagipun kita masak dengan kasih sayang so makanan pun jadi sedappppppp ...

Bahan-bahan nya

  • 1 keping dada ayam dibersihkan dipotong kecil gaulkan sedikit serbuk lada hitam dan perapkan dalam 10 minit
  • 1 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu butter
  • cili padi secukupnya dihiris atau diletak je sebiji-sebiji
  • daun kari pun suka hati nak letak banyak ke sikit
  • * optional capsicum merah,hijau dan kuning dihiris
  • * optional broccoli kalau ada boleh jugak diletak supaya lebih colouring tkde pun tak kisah masih sedap buttermilk tu hehe
  • garam dan gula secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Ayam yang diperap tadi dicelup dengan telur dan digoreng sampai 3/4 masak
  • Panaskan kuali masukan butter biar cair masukan susu cair dan kacau sehingga mendidih,pelankan api supaya susu tak mudah hangus
  • Bila dah mendidih masukan lah garam dan gula secukupnya ikut selera masing-masing,masukan ayam,cili padi,daun kari,capsicum dan broccoli jangan terlalu lama nanti sayuran tak cantik 
  • Seeloknya half done je sayur tu krup-krup lebih nyaman bah...
  • Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas~ sangatttttttt sedap terpercaya cuba lah sendiri hehe

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home