Kerabu Mangga Sempoiii

Kerabu Mangga Sempoiii


Teringin nak makan yang masam-masam pulak hari ni lagipun ada lebihan mangga dok tersimpan dalam petiais last call nak bagi habis mangga ni Kak Noor buat kerabu sempoiii ja nak bubuh segala macam santan dan kerisik boss tak suka pulak so ni lah yang boss paling suka,lagi senang dan sedap!! Ce tengok resepi dulu pasti anda terpikat hehehe..

Bahan-bahan nya

  • 2 biji mangga muda dikupas dan di hiris kecil jangan diparut terlalu halus tak gemo Kak Noor
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1/2 cawan ikan bilis dipanggang
  • 5 biji cili padi ditumbuk
  • 2 biji cili besar ditumbuk
  • 3 helai daun cekur dimayang halus
  • 1 sudu air limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya
Cara membuatnya
  • Gaul semua bahan-bahan diatas dan rasalah ikut selera masing-masing,nak kurang cili pun ok jugak.
  • Dah siap boleh untuk meratah gitu je or makan dengan nasi
  • Yang  baru baik demam mesti teringin ni sebab rasanya yang masam-masam manis gitu
  • Selamat memecah selera anda hahaha//

6 comments:

  1. Huihhhhh kecur ni kak noor..mangga muda ada lagi 3 bijik terkonteng2 dalam raga tu...nanti nak try.. tapi cekur tak ada.. buat apa yang ada aje lah yaa... thanks kak noor

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ibuuu. Manalah nak cari daun cekur kat sini. Huhu. Mangga pun disini kena jual banyak yang masak-masak. Yang tak masak pun selalunya mangganya dah lembik. :(

    ReplyDelete
  3. boleh lah tu Sha buat,tkde cekur pun takpe aksesoris sja tu daun cekur dan utk wangi je daun pudina pun ok gak,belasah je Sha kita yg nak makan kan hehe

    ReplyDelete
  4. ala kesian kat adik sarah tkpa lah dik bulan 7 tk lama lagi tu anti mama buat banyak2 utk adik ratah,kat London ada jugak tu kata kawan mama yg dok kat sana dik,cuba lah cari mana tau adik gi umah kak ejah cari kat tesco kat umah kak ejah tu dan baut macam ni baru besttttttttt

    ReplyDelete
  5. Mangga muda kalau dihiris halus mmg tak sedap kan? nanti benyek lembik....sedap kasar2 supaya rangup.

    ReplyDelete
  6. betul lah tu Zan kalau lembik jadi nya berair sangat,snagat tk sedap kan ala hiris2 je suka hati lah beso mana yg mau lagi sedappp thanks ya sudi singgah kat sini hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home