Mini Cottage Pie

Mini Cottage Pie


Sayangkan kentang yang dah tumbuh kat bakul kentang tu hari ni pagi-pagi suruh maid kupas dan rebus dan lenyek, nasib ada jugak yang membantu kalau tak malas jugak sebab pagi-pagi memang sibuk bangat sebagai surirumah sepenuh masa,tapi walaupun sibok nak jugak makan sedap-sedap,, tak percaya cuba try buat resepi cottage pie pasti kawan-kawan semua teruja dan memuja heehe jom cek resepi dulu kalau ada kentang yang dah tumbuh-tumbuh tu tak tau nak buat apa ni lah masa nya gunakan kerajinan anda...

Bahan-bahan nya

  • 500 gm isi ayam
  • 1 tin cendawan butang dihris kecil
  • 1/2 botol sos tiram
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 2 biji bawang besar di dadu
  • 1 buku cheese cheddar diparut
  • sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 5 sudu susu cair
  • mentega secukupnya
  • mangkuk timah secukupnya
  • kalau takde  mangkuk timah boleh lah guna bekas yang sesuai kat rumah masing ya..
Cara membuatnya inti nya
  • Panaskan sedikit mentega, kemudian tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi kemudian masukan serbuk lada hitam dan lada putih
  • Kacau biar sebati masukan isi ayam dan sos tiram,cendawan,garam dan sedikit gula.
  • Rasalah ikut citarasa sendiri utk memekatkan inti bancuhkan sedikit tepung jagung dan kacau lah biar pekat dan berkilat diangkat dan biarkan sejuk.
Cara membuat kulitnya
  • Ubi kentang direbus dan di lenyek sehingga halus kemudian masukan sedikit mentega lebihkurang 2 sudu,sedikit garam dan susu cair kedalam adunan kentang tadi
  • Gaul biar rata dan sebati.
  • Ambil sedikit inti masukan dalam mangkok timah,kemudian tutup dengan adunan kentang dan tekan lah sehingga rata menutupi semua bahagian inti,buatlah sehingga habis adunan kentang
  • Akhirnya taburkan cheese cheddar parut di atas kentang dan bakar lah sehingga cheese agak kekuningan dengan suhu 180'C selama 10 ke 15 minit .
  • Dah masak kuarkan dari oven dan dihidangkan panas-panas SEDAPPPPP sangat!!!


selamat mencuba & semoga success!

8 comments:

  1. asslm Kak Noor...nmpk mmg sedap...QH xpenah cuba lg ni..bahan pon simple...nti bleh la QH cuba...

    ReplyDelete
  2. waalikumuslam Qasey,try lah sekali sekala ya akak selalu buat utk majlis2 anak diaorang suka snagat ni,thanks jugak sudi singgah ya QH

    ReplyDelete
  3. salam kak noor,terimakaseh sudi singgah di 'mykitchen'..
    dah lama saya tak buat western..sekali sekala mmg best kan kak noor?

    ReplyDelete
  4. waalikumusalam Any..thanks jugak utk U sudi singgah kat dapor akak ni ya,betul dah boring dgn makanan kita sesekali tak salah ber western2 kan heehe

    ReplyDelete
  5. Saved as a favorite, I love your website!

    my website Voyance Gratuite

    ReplyDelete
  6. Hello just wanted to gіve you a quіck heads up and let you κnow
    a few of the іmages аren't loading properly. I'm not ѕure why but ӏ thіnk its a linkіng iѕsue.
    I've tried it in two different browsers and both show the same outcome.

    My site Pas Cher

    ReplyDelete
  7. Ahaa, its fastidiοus diѕcussіon
    on the topic of this aгticle at thіs ρlaсe at this
    ωеb site, Ӏ have геaԁ all that, ѕo now me also commеnting аt thіs ρlаce.


    Look into my ωeblog maquillage pas cher

    ReplyDelete
  8. Hello! I'm at work surfing around your blog from my new iphone 4! Just wanted to say I love reading through your blog and look forward to all your posts! Keep up the superb work!

    Look into my web site - voyance

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home