Muffin Pisang

Muffin Pisang


Petang ni rajinnnnnnn !!! sebab sayangkan pisang yang dah kehitaman kulitnya tu daripada membazir dibuang baik diadunkan jadi muffin lagipun full house hari ni anak-anak masih bercuti, resepi dah dapat dari blog  AnnaQawina bahan2 asas memang dah stanbye saja kat umah ni almaklum rumah tukang masak hahahaha perasan lah pulak!!

Bahan-bahan nya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 200gm pisang lenyek
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sudu kecil bikarbonat soda
  • 1 1/2 sudu baling powder
  • sedikit esen vanila
  • Coklat chip ke badam ke untuk hiasan,tapi kalau tak letak apa2 pun jadi jugak muffin tu selera ditangan sendiri..
Cara membuatnya
  • Hancurkan pisang dan masukan sedikit garam..
  • Ayak tepung bersama2 dengan baking powder dan soda bikarbonat dan ketepikan
  • Pukul telur hingga berbuih dan masukan gula dan pukul lagi hingga kembang
  • Masukan pisang dan kacau sehingga sebati dan masukan jugak minyak dan tepung sedikit demi sedikit titikkan esen vanila dan masukan susu segar dan chocolate chips pesan AnnaQawina masa ni jangan guna mixer guna spatula atau senduk kayu je kalau langgar aturan dan tak cantik jangan salahkan Kak Noor pulak ok hehe
  • CEdokkan adunan masukan dalam papercup muffin dan isikan 3/4 cup saja dan letakan chocolate chips diatas nya tapi Kak Noor lebih suka badam jadi nya terpulang pada taste sendiri tau..
  • Bakarlah pada suhu 170'selama 18 - 20 minit terletak pada ke panasan oven masing2 lah..
  • Dah siap sedia untuk dihidangkan YEAHHH SANGAT SEDAP DAN LEMBUT!!!

2 comments:

  1. Salam kak noor.. waduhhh sedappnya.. kebetulan masa nak buat minum petang dah cadang jugak nak dikerjakan pisang yang sememangnya dah lebam... ehh.. tak jadi.. sebab sang keladi yang di beli minggu lepas dah sebuku lebam hehhee.. so sha dulukan cik sang keladi.. pisang skip hehhee... terbaik kak Noor.. i like...:)))

    ReplyDelete
  2. waalikuumslaam Sha, hahaha tulah dia mana yg kritikal lah kena dulu kan Sha, masa beli tak hingat beli2 je tulah nafsu kita ni tak pandai habis2 tkpe keladi pun sodap jab akak gi makan hehe thanks Sha sudi singgah kat sini <3

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home