Puding Karamel Big Brader

Puding Karamel Big Brader


Rasanya orang lain tentu dah biasa buat karamel ni tapi ni lah first time Kak Noor buat adeeii ketinggalan jugak lah rasa nya akak ni, biasa lah lambat loading istilah sekarang ni,tapi syukurlah first try pun kira sedap lah macam dalam gambar orang lain jugak haha tak mau kalah ni,resepinya tak banyak songeh pun sikit je bahan2 nya jom tengok resepi moh!!

Bahan-bahan nya

  • 400ml susu segar atau susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 5 biji telur  (* 2 biji di buang putih nya *)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara membuat nya
  • Untuk karamel, masukan gula kedalam periuk dengan 1 sudu besar air dan masak di atas api sederhana,bila nampak sedikit perang,masukan 1 sudu lagi air,masaklah sehingga dan tuang kedalam loyang dan ketepikan
  • Masukan  telur kedalam mangkuk,sambil dikacau masukan gula sedikit demi sedikit,kacau perlahan sehingga sebati dan jangan sampai berbuih
  • Dalam periuk lain masukan susu dan esen vanilla,panaskan sekejab jangan sampai mendidih
  • Dengan susu yang masih panas tu masukan sedikit demi sedikit susu kedalam telur tadi kacau sehingga sebati dan tuang kedalam loyang karamel tadi
  • Tutup loyang dengan 2 lapis foil,boleh jugak dikukus tapi Kak Noor bakar je dalam oven tapi mesti kena letakan air suam kedalam dulang,baru letakan loyang karamel dan bakar pada suhu 150 degree selama 40 - 45 minit
  • Bila dah masak,jangan buka dulu foil biarkan 5 minit baru lah dibuka
  • Dah sejuk bolehlah disimpan dalam petiais dan sangat sedap dimakan masa sejuk-sejuk

4 comments:

  1. Sedapnya kak Noor...:))))))))))))))))))))))))

    ReplyDelete
  2. Noor, sy tak pernah bakar. sy kukus je. xpa lain kali sy bakar la pulak...

    ReplyDelete
  3. oh yeke Nuril I ni first time buat tengok resepi tu boleh bakar so bakar lah kes malas jugak ni sbb kalau kukus kena tunggu hahaa tapi rasanya lebihkureng je kot kan,thanks Nuril sui singgah disini dan follow me ya

    ReplyDelete
  4. dulu akak ingat susah snagat nak buat ni so tak berani nak mencuba sekali mencuba Sha rasanya tak kan berenti setakat ni nak berkali2 sbb ia nya snagatttttttt sedap dan lembut..hehee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home