Rebung Masam Lemak Udang

Rebung Masam Lemak Udang


Jarang jumpa rebung masam kat supermarket disini, nak jadi rezeki semalam masa jalan-jalan cari makan terjumpa rebung ni kat pasaraya disini, memang tak lepaskan peluang rezeki sudah didepan mata, Kak Noor beli aje lah walaupun agak mahaiiiiiiiiii tak kisah lah tu yang penting sesekali kena tukang masak pecahkan selera jugak hahahaa..

Bahan-bahan nya

  • 3 ketul rebung masam dihiris nipis
  • 6 ekor udang besor dibersihkan
  • 5 atau lebih cili padi ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 1 cawan santan (pekat + cair )
  • 2 keping asam keping
  • garam dan gula untuk perasa
  • 1 batang serai diketuk
Cara membuatnya
  • Masukan santan,serai dan bahan tumbuk dalam periuk dan masak lah sehingga mendidih * mesti di kacau selalu supaya santan tak pecah minyak *
  • Bila sudah mendidih masukan asam keping,garam dan gula juga rebung
  • Masaklah sehingga rebung lembut baru masukan udang,*pastikan udang jangan terlalu lama atas api sebab kalau over cook udang akan jadi keras*
  • Dah cukup rasa asam garam nya bolehlah diangkat dan dihidangkan untuk tengahari ni..

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home