Roti Naik Pahang

Roti Naik Pahang


Dah lama nak buat roti ni tapi asyik bertangguh saja sebab ada saja makanan kat umah takut membazir pulak,buat banyak2 takde yang nak makan,hari ni sampai lah hajat ank buat sebab petiais dah empty hahaa baru lah anak-anak makan roti ni, tak banyak bahan pun untuk buat roti ni jom tengok dulu..

Bahan-bahan nya

  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula
  • 2 sudu kecil ibu roti atau mauripan
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil shortening
  • 500 gm tepung roti 
  • 300 ml air ( Air ni di campur sekali telur dan susu manis jadikan 300ml )
  • 1 sudu besar susu tepung
Cara membuatnya
  • Kak Noor guna kaedah breadmaker
  • Masukan air yang dibancuh dengan telur,susu manis dan susu tepung,masukan tepung gula,marjerin,shortening dan akhir sekali ibu roti.
  • Putar semua nya sampai jadi doh biarkan 40 minit,tumbuk2 kan pastu buat lah ikut kreativiti sendiri
  • Boleh jugak di isi dengan inti kacang hitam, cheese ke,atau bijirin lain,hatta roti kosong pun sodap jugak ni
  • Biar naik dua kali ganda barulah di bakar dengan suhu 180'C selama 15 ke 20 minit atau sehingga masak.
  • Masa masih panas tu sapukan dengan marjerin untuk mencantikkan kaler roti tu..
  • Makan masa panas roti ni memang sedapppp

0 comments:

Post a Comment

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home