Sambal Tumis Sotong Kering

Sambal Tumis Sotong Kering


Dah lama beli sotong kering ni tapi belum jugak dipedulikan,entah kenapa semalam ternampak dah kekeringan dan kesejukan dalam petiais jadi Kak Noor terus rendam, kebetulan hari ni teringin nak buat nasi mandy atau ada jugak yang panggil nasi arab,biar lah tak matching sambal tumis sotong dengan nasi mandy janji orang makan nya happy kan hehee..

Bahan-bahan nya

  • 4 ekor sotong kering di rendam dipotong kecil
  • 3 sudu cili kisar
  • 5 ulas bawang merah ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 sudu air asam jawa yg pekat
  • gula merah dan garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
Cara membuatnya
  • Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan wangi
  • Masukan cili kisar dan kacau biar sampai pecah minyak,masukan air asam jawa,garam dan gula merah * tujuan masukan gula merah supaya sambal lebih ngancam dan merah *
  • Bila cili dah masak dan berkilat masukan sotong kering dan kacau lah sampai sotong masak dan kuah memekat
  • Kalau ada yang suka sotongnya berenang boleh lah tambah air haha..
  • Dah masak boleh lah dihidangkan dengan nasi putih ke nasi kuning ke,tapi hari ni Kak Noor nak try dengan Nasi Mandy woooooooooo...

2 comments:

  1. salam k.noor....sedapnya sambal sotong. kak, nak tanya akak beli kat mana sotong kering ni sbb dah lama ros cari @Brunei ni tapi xjmp. selalu tgk @rest kk koya je masa makan rojak dia. huhu!!!kalau dulu @Msia mmg menu wajib ni atleast 2 bulan sekali.

    ReplyDelete
  2. Ros,laaa duk kat Brunei ke ni??kat mana tinggal?? akak beli kat soon lee lah entah lah jarang jumpa jugak sotong kering tapi hari tu ada pulak kat soon lee sg liang ni so mmg tak tunggu lama lah beli je itupun diaorang bubuh satu plastik tu hanya 3,4 ekor kecik2 lagi tu hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home