Telur Ikan Lomak Cilipadi & Pegaga Juga Betik

Telur Ikan Lomak Cilipadi & Pegaga Juga Betik


Masakan ni kegemaran anak bungsu,apa saja yang kuning-kuning memang kegemaran dia, walaupun pedas,ingat lagi masa dia kecik2 asal tengok kereta kuning dijalan memang dia tak lepas pandang sampai hilang kereta tu dari pandangan hahaa panahan kuning pada si bungsuku,hingga kini pun masih lagi suka yang kuning2 walaupun umur dah remaja,berbalik pada telur ni sebenarnya memang agak susah nak dapat telur yang fresh, suatu hari memang hari terbaik untuk Kak Noor lah sebab dapat yang fresh telur tengggiri ni,resepi nya macam biasalah macam masak lomak yang lain....

Bahan-bahan nya

  • 1/2 kg telur ikan diperapkan limau dan dibersihkan
  • 10 biji cili padi merah dan hijau di kisar
  • 1 inci kunyit hidup di kisar
  • 4 ulas bawang merah di kisar
  • 1 inci halia di kisar
  • 1 batang serai di titik
  • 2 cawan santan 
  • 2 keping asam keping
  • beberapa potong betik muda
  • secukupnya daun pegaga
  • garam dan gula
Cara membuatnya
  • Masukan separuh santan kedalam periuk dan tambahkan bahan kisar,betik dan serai kacaulah dengan api yang perlahan supaya tak pecah minyak
  • Bila mendidih betik pun dah lembut masukan asam keping garam dan gula
  • Masukan separuh lagi santan bersama dengan telur ikan,kacau sampai mendidih dan telur masak masukan pegaga,tak perlu lama pegaga di atas api sebaik masuk pegaga dah boleh tutup api tapi pastikan telur ikan dah lembut ya ..
  • Sangat sedap dimakan dengan nasi panas panasssss...

6 comments:

  1. Adoii sedapnya kak noor... kalau kat sini... sekilo telur ikan RM15 segar dan mahal hehehe... tapi sha biasanya goreng aje.. wahh sedapnya tu kak noor.. kecur nih!

    ReplyDelete
  2. memang mahal Sha tleur ikan dah lah mahal susah pulak nak jumpa ni kan rezeki akak ni dpt yang segar bugar sangat sedap maniss goreng pun sodap Sha masa anak2 kecik dulu akak pun goreng je tapi skrg dah besar panjang bolehlah pelbagaikan ikut selera kita hahaa thanks Sha sudi singgah sini hehe

    ReplyDelete
  3. Saya suka sangat makan telur ikan terutama telur ikan yang bulat bulat besar macam biji sagu. Tapi lambat sekali untuk telur masak. Kadang kadang kena senduk keluar dan rebus dalam periuk lain

    ReplyDelete
  4. disini jarang ada telur y besar2 tu Zie yang banyak telur ikan tenggiri je,itu pun kalau nasib baik awal ke pasar kalau tak melepas jugak

    ReplyDelete
  5. Yang besar tu, telur ikan apa ya Noor. Telur ikan duri ke. Teringin lah pulak

    ReplyDelete
  6. ni telur ikan tenggiri lah Zie mmg susah lah nak dpt kebetulan jugak hari tu dpt telur ni tulah dikatakan rezeki kan

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home