Donut coklat

Donut coklat


Fikir-fikir tak tau apa nak buat untuk sarapan pagi ni donut ajelah yang teringin dah dua tiga hari ni,kalau balik kampong tu teringin donut pergi  kat Tesco pasti macam-macam jenis di angkut,tapiii dah jauh-jauh ni Tesco pun takde,Fun donut pun jauh terpaksa lah kena buat sendiri,best jugak boleh ikut citarasa sendiri dan lebihkan kacang itu yang sebeno2nya..

Resepinya simple sangat jom cek bahan2 dulu tapi kalau ada yang tak suka semua benda2 yang Kak Noor letak tu boleh salut dengan gula icing je biar putih2 sedap jugak tu,pun kalau tak mau jugak gula nak yang polos je pun sodap jugak sebab donut ni dah rasa manis2 buah gitu..

Bahan-bahan nya

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis mauripan
  • 2 sudu tepung susu 
  • 1 sudu marjerin
  • 1 sudu gula
  • air garam secukupnya
  • 1/2 cawan air suam * kak Noor guna 125ml *
  • Coklat bar dipanaskan cara double boil or gula icing
  • Kekacang pilihan
Cara membuatnya
  • Bancuh yis bersama dengan air suam dan gula kacau biar sebati dan biarkan lebihkurang 15 minit atau lebih biar buih2 yis tu mengembang
  • Kemudian masukan tepung,tepung susu dan marjerin dalam satu bekas dan gaul biar sebati barulah masukan campuran yis tadi sedikit demi sedikit bersama dengan sedikit air garam
  • Uli biar jadi doh dan biarkan selama 1/2 jam biar adunan naik 2x ganda dan tumbuk2 kan pastu boleh lah di gelek di atas papan pencanai dan terapkan dengan acuan donut..
  • Kalau takde acuan bolehlah guna kreativiti sendiri gula gelas ke,cawan ke terpulang lah ya
  • Akhir sekali gorenglah dengan api yang sederhana sehingga kekuningan dan tos kan
  • Pada yang suka coklat boleh lah disalut coklat dan di deco ikut kreativiti sendiri.
  • Yang suka gula icing di ayakkan gula icing kat atas donut tu dan boleh lah buat minum pagi or petang


Kak Noor tak buat yang pakai gula icing sebab dalam umah semuanya hantu coklat so ikut fav anak2 lah sebab diaorang yang nak makan,kita ni numpang sebiji cukuplah hehe..

4 comments:

  1. Aduhai kak noor... anak2 sha memang sukakan donut.. selalu beli di big apple.. dulu rajin jugak membikin hehhe.. tapi sha buh nama big momma donut hahhaa

    ReplyDelete
  2. salam kak nor..
    mewah dgn coklatt...sedapnya kak..:)

    ReplyDelete
  3. wlikmslam Zila,apa yg anak2 suka gohead je Zila janji ibu nya tau jgn makan banyak sangat gomok nanti hehee

    ReplyDelete
  4. Sha, dah lama tak jalan kat Fun donat kalau diBrunei ni anak2 teringin lah pulak nak makan hentam ajelah janji ada cekelat kat atas tu habis jugak diaorang makan heheee

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home