Gulai Siam Pucuk Kayu

Gulai Siam Pucuk Kayu


Hajat dihati nak buat gulai lemak pucuk ubi,Kak Noor keluarlah mengintai pucuk ubi kat keliling rumah,alahai menghampakan sedikit bebeno dapat nya, yang banyak pucuk mengkudu,pucuk kadok dan macam2 lah maklum rumah orang tua mesti banyak ulam2,kena tukar resepi lah pulak ni jadi gulai siam sebab dapat campur banyak daun2 kayu ni jadi lah banyak gulai kak Noor hahaa

Bahan-bahan nya

  • Pucuk ubi, pucuk mengkudu dan pucuk kadok secukupnya
  • 5 helai daun limau purut dihiris kecil 
  • 10 biji cili padi haijau dan merah *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 sudu ketumbar goreng tanpa minyak dan kisar
  • 1 inci kunyit hidup *
  • beberapa keping ikan masin
  • 1 cawan santan atau lebih
  • sedikit kerisik
  • garam dan gula secukupnya


Cara membuatnya

  • Pucuk ubi,kadok dan mengkudu dihiris kecil dan direbus untuk menghilangkan pahit nya tu tak perlu lama sangat nanti hancur pulak,kalau perlu pucuk kadok biar kejab saja sebab ia nya lembut,kalau perlu ramas2kan sikit daun tu untuk buangkan airnya 
  • Kisar bahan yang bertanda * sehingga hancur dan masukan dalam periuk bersama separuh dari santan tadi dan masaklah sehingga mendidih kena kacau selalu supaya ia tak pecah minyak
  • Masukan daun2 dan ikan masin,ketumbar dan separuh lagi santan,masukan garam, gula dan kerisik dan kacaulah sehingga sebati dan lembut
  • Kalau kurang santan boleh lah ditambah lagi untuk yang suka berair dan berkuah,akhir sekali masukan daun limau purut yang telah dihiris halus
  • Masak lah sehingga terbit aroma dan boleh lah ditutup api
  • Ready untuk makan dengan nasi panassss...

19 comments:

  1. mengkudu ni daun dia tak pahit ke kak? banyak jek keliling rumah kat kampung. tak reti nak makan, hehe

    ReplyDelete
  2. salam kak nor
    biasanya makan buat ulam mcm tu jer..x pernah nk terfikir masak mcm nie..sedap x kak?..resepi yg sihat nie.

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap lauk ni...tp QH xgeti la mkn ulam2 ni...hihi...kalau hubby mgkn dia suka la kot...

    ReplyDelete
  4. Salam kak noor...memang sedap daun pucuk kayu ni,iza selalu makan ngan sambal belacan je..

    ReplyDelete
  5. wah... menu klasik Kak Noor... Sedap tu... ogyep tak pernah makan daun mengkudu, rasanya camne ya...

    ReplyDelete
  6. Wah kak...nampak menyelarakan, lagi2 gaul ngan nasi panas..

    ReplyDelete
  7. Izah,mengkudu tak pahit lah pada pencinta ulam tapi pada yg tak suka maybe diaorang kata pahit bagus tau makan yg pahit jadi ubat heheee moh buat gulai ni Izah hee

    ReplyDelete
  8. wlikmslam Zila,ulam pun sedap tapi kalau buat macam ni lagi sedap tauuuu try lah makan benda2 macam ni dpt awet mudo tau hehee

    ReplyDelete
  9. Qasey masih muda kot tulah tak reti makan,tapi kalau nak selalu nampak muda kena belajau makan ulan2 gini tau baru mudo belia gitu tiru macam saya heheeeeeeee

    ReplyDelete
  10. wlikmsalam Iza,cuba try buat macam ni mesti nak lagi berkali2 sedap tau bagi akak lah lemak2 merdu gitu

    ReplyDelete
  11. Ogyep daun mengkudu tu rasa lemak2 dan ada lah pahit sikitttttttt je tapi sedappp orang muda memang tak pernah makan kot tapi akak tolak daun batu dan kayu je haha semua lesap dlm perut ni

    ReplyDelete
  12. mesti Rohah kaki ulam macam akak jugak kan hehee best sangat gaul dngn nasi sedappppppppppppp

    ReplyDelete
  13. salam k.noor.....yg knoor dok kutip ulam2 ni smua @umah knoor @Brunei ni ke? ada ke daun kaduk kat sini. huhu!!!bestnya la kalau dapat g kutip sama (hehe!!!betui2 xmalu).

    ReplyDelete
  14. Hello! Saya pengikut ke-100 Anda di blog! : D Anda memiliki blog yang bagus. Saya suka resep. Silakan lihat blog saya juga jika Anda punya waktu. :)

    Edible Entertainment

    ReplyDelete
  15. wlikmusalam Ros, sorry lambat respond,yalah umah kak Noor kat Brunei memang banyak ulam2 kalau nak buat nasi lemuni pun ada singgah ja bila2 senang,bermacam2 jenis ulam ad akat umah ni hatta daun sekentut pun ada ni baru tanam lah heheeee dtg lah ya spg 1267 masuk je terus umah cat hijo tu yalah tu,yg banyak orkid ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pucuk dicita ulam mendatang...kik3x...ros teringin kat daun kaduk tu kak. saya mmg pengemar tegar ulam2 kg. insyaallah kak, nanti ros singgah (btw akak mmg ada kat rumah ke, nak g redah je ni)...klu blh bg no phone, courtesy call le dulu ye- baru bersopan santun)

      Delete
    2. taklah selalu sngt ada kat umah tpi kena phone dulu lah ya,kdg2 tu jd tukang masak tapi kdg2 jadi supir jugak so on off tu biasa lah Ros, akak dah add kat fb nanti kita bagi kt inbox fb ya heheee

      Delete
  16. kak Noor nak juga...
    nak jadi jiran akak lah macam ni he..he..

    ReplyDelete
  17. hehe Qis dah lama akak tunggu utk berjiran dgn Qis ni tapi sampai skrg habuk pun tkde..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home