Ketupat Palas & Rendang Ayam Kampong

Ketupat Palas & Rendang Ayam Kampong

Assalamualaikum dan salam pagi kamis untuk semua adik2 blogger
Dua tiga hari lepas akak jenjalan di "tamu" istilah pasar malam lah kalau kita orang Malaysia tu
Tapi diBrunei ni dipanggil "tamu" round punya round terjumpa daun palas ni tiba2 je teringin nak makan Ketupat palas walaupun hariraya masih lambat dan puasa pun belum kalau hati dah 
Berkobar2 nak makan Kak Noor buat je ikut hati ni 
Walaupun taklah cantik sangat balutan nya tu sebab dua tiga tahun sekali membuat lagipun time kita nak guna daun palas ni takde lah pulak,so makan je bila2 time dia menyerah diri  kan heheeee

Sorry adik2 semua tersangat lah tak cantik balutan ketupat tu tapi rasanya memang mantop lah
Untuk ketupat  tak de lah sukatan yg khusus pun main agak2 je
Akak masakan santan dalam kuali kacau sehingga mendidih masukan sedikit garam baru masukan beras pulut dan kacaulah sampai santan tu kering, tutup periuk dan kecikan api, biar sampai 15 -20 minit barulah ditutup api * tak perlu masak sangat sebab kita akan kukus lagi  *dan biarkan sejuk sekejab dan bolehlah dibungkus dengan daun palas ni


Bahan2 rendang 
2 ekor ayam kampong  dibersihkan dan dipotong kecil
5 sudu cili kering kisar
10 ulas  bawang merah*
5 ulas bawang putih *
2 inci lengkuas *
4 batang serai *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup *
3 sudu kerisik
3 cawan santan
gula merah dan garam secukupnya
daun kunyit dan daun limau purut secukup nya
sedikit minyak untuk menumis

CARA NYA
Kisar semua bahan2 yang bertanda * sehingga halus
Panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan kisar sehingga wangi dan layu
Masukan cili kisar dan kacau biar sebati dan pecah minyak baru masukan ayam kampong dan santan
Selalu kacau dengan api yang sederhana bila dah santan hampir kering boleh lah masukan kerisik,garam dan gula merah, daun limau dan daun kunyit
Kak Noor suka rendang  yang agak berkuah sikit senang nak makan dengan nasi ke,roti ke...
Sebab nya kak Noor guna 2 ekor ayam tu IALAH..........hahaha untuk di frozenkan lagipun alang2 kita buat rendang biar lah dapat makan 2,3 kali sebab banyak songeh hehe
Untuk family akak yang tinggal berempat ni 2 ekor ayam kampong dapat makan 3 kali so frozenkan lah 
Bila2 nak makan lagi cuma panaskan je save tenaga dan waktu..  
Mungkin malas jugak kot hehee                                



Macam  hari raya lah pulak ni berketupat segala


Lepaskan geram makan ketupat sekali hadap 3 biji hahaha dan ratah ayam kampong 
SEDAPPPPPPPPPPP 

12 comments:

  1. Salam pagi kak noor! sedapnyer ketupat palas, kat sini nak buat mmg sah2 takde lerr dia punyer daun tuu :D mcm suasana hari raya gituu kan kan hihihi.... rendang pun lama sgt tak buat, masa raya jer buat agaknyer kalau nak bua tunggu raya mmg mkn rendang setahun sekali ajerr, mmgnyer kita ni pemalas :D

    ReplyDelete
  2. salam kak Noor harap sihat2 ye...aduuhhh leleh saya negok ketupat palas dan rendang ayam kampung tu...dah lah fv gan ketupat palas....kalau balik kelantan pasti beli byk ketupat palas manis ...rajin akk yeee...

    ReplyDelete
  3. uwaaaaaaa...
    dah rasa macam raya dah ni kak..
    sedappp tu...

    ReplyDelete
  4. sedapnya la..mcm raya plk rasanya..ganti posa pun xlgi ni..huhuhuuh..

    ReplyDelete
  5. salam kak nor..kita dtg nak raya...anak branak pakai baju sepasang nie..he hehe kak klu org johor x pandai buat ktupat palas ..klu beli mmg pandai..rendang tue kak..alahaiii mengoncang iman:)

    ReplyDelete
  6. Duhai kaka Noor...
    Nape rajin sesangat buat tupat tu...aduh, mmg betul2 buat saya lapar la...mane nk cari ni?

    ReplyDelete
  7. huhuhu...nangissss....tak pandai buat ketupat palas ni.Aduhhh sedapnye kak nor.Awatlah kak nor ni rajin sgt...eee rasa nak cubit2 je ketupat dgn rendang tu.mana la ni gi cari ni.

    ReplyDelete
  8. salam knoor....itu yg ros pelik tu, time raya aritu mana nampak urat pun daun palas ni. camana blh muncul dpn knoor plak ye. sah dah ni kalau raya ni mau tempah 100biji. heheh!!

    ReplyDelete
  9. salam kak noor...bestnye dah mcm raya...siap ketupat daun palas best tuuu

    ReplyDelete
  10. dulu arwah mak mertua suka sgt buat ketupat palas nie,cuma terkilan x dpt belajar dgnnya......

    ReplyDelete
  11. Assalam kak Noor...Watie ni bukan yang jenis makan pulut sangat...apatah lagi lauk ayam...pun tak makan jugak...tapi kalau nak ajak buat ketupat palas tu boleh lah jugak...sebab arwah nenek dah ajar...dan selalu jugak tolong mak mertua buat masa raya...boleh lah nak temankan Kak noor sambil kita berbual-bual...hehehe...camlah dok sebelah rumah erk!

    ReplyDelete
  12. Aslmkm. Best nya menu raya ni.... dah lama tak tolong makcik buat ktupat palas... nanti bila buat lagi mesti jadi ketupat jantan - failed!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home