Lasagna Kak Noor yang yummy....

Lasagna Kak Noor yang yummy....


Assalamualaikum semua kawan2 yang sudi singgah disini...
Semenjak dua menjak ni mood memasak makin menjadi2 sampaikan benda ni kalau dulu2 nak sebut pun tak reti, tapi yang heran nya sekarang dah teringin pulak nak  buat hahaa,ini kali ke2 kak Noor buat lasagna ni,first time buat ikut betuiii2 dalam kotak lasagna tu yang siap ada resepi nya, of course lah style omputih punya yang tak pedas yang lebih ke masam sikit sebab guna sos tomato,tapi yang ni akak dah buka mata sikit ikut citarasa sendiri lebih rasa timur kita ada pedas dan kari sikit,korek2 resepi dari blog tersohor Matgebu kak Noor tambah itu ini ikut citarasa family..

 Bahan2nya

  • Kepingan lasagna secukupnya
  • Cheese mozarella pun secukupnya jugak
  • Cheese cheddar kak Noor tak bubuh sebab dah mewah dengan cheese mozarella tu
  • Inti ayam * boleh jugak guna daging cincang
Bahan2 inti
  • 1 keping dada ayam dicincang halus
  • 2 biji bawang besar didadu kecil
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1 inci halia jugak ditumbuk
  • 1 sudu cili kisar * nak lebih terpulang
  • 2 helai daun bay * kak Noor tak guna sbb tkde
  • 1 tin tomato plum * akak guna cili sos 1 cawan
  • 1 sudu rempah kari * akak guna 2 sudu haha nak pedas banyak
  • 2 sudu tomato puri * akak tak guna sebab dah lebihkan cili sos
  • 1 tin cendawan butang * kak Noor guna mix vege 1 cawan sebab bos tak suka cendawan
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan utk white sos
  • 600ml susu segar
  • 3 sudu tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • secubit garam
Cara membuat inti nya
  • UNTUK INTI : Panaskan sedikit planta kemudian masukan bahan tumbuk dan bawang besar dan tumis sampai layu,masukan rempah kari,cili kisar dan cili sos jugak dada ayam dan mix vege,masak sampai berubah warna masukan garam dan gula dan ketepikan,kalau boleh biarlah inti ni basah jangan terlalu kering..
  • UNTUK WHITE SOS : Panaskan susu bersama tepung kacau dengan whisk jangan sampai berketul masukan sedikit garam dan serbuk lada hitam masak sehingga pekat dengan menggunakan api yang perlahan,angkat dan sejukan.
  • PENYEDIAAN LASAGNA : Panaskan air sehingga mendidih masukan sedikit minyak dan celur kepingan lasagna sehingga lembut,angkat dan letakan di atas dulang yang disapu sedikit minyak masak
  • Sapukan bekas lasagna dengan sedikit mentega dan letakan kepingan lasagna tadi biar memenuhi ruang dasar bekas,sudukan inti ayam or daging diatas lasagna,letakan cheese mozarella dan white sos,lapis lagi dengan kepingan lasagna,inti,cheese mozarella dan white sos dan buatlah sampai habis dan yang terakhir inti dan cheese mozarella ditabur diatas lasagna
  • Bakar pada suhu 175'C ( oven antik kak Noor suhu nya 220'C) selama 30 - 35 minit atau sehingga masaklah ya..
  • Pada pencinta pasta memang sedap bangat ni budak2 kat dalam umah kak Noor ni walaupun mata tak biru rambut tak perang tapi kalau pasta posto no 1 hahaaa sedappppppppp mama tumpang dua kaki..



19 comments:

  1. terliur dibuatnya .. nak buat kulit lagsana dah habis... kene beli dulu...

    ReplyDelete
  2. Aaa... aaa.. aaaaa.... <<< tengah nganga mulot ni kak noor.. dapat sesuap jadilah ehhehehe...

    ReplyDelete
  3. i m drooling here... meleleh je cheesenya tu...

    ReplyDelete
  4. Masya beli jgn tak beli akak baru nyoping tulah dah stanbye dua peket lasagna ni thanks ya sudi singgah sini heee walaupun utk jamu mata

    ReplyDelete
  5. asslm Kak Noor...kecur tgk lagasna ni...tp QH suka mkn yg panas2 tu...klau dh sejuk terasa muak sikit..

    ReplyDelete
  6. Mrs Eady of course dear sangattttttttttt yummy kan thanks sudi singgah sini ya

    ReplyDelete
  7. Sha, akak dah suapkan dua potong tu cemana rasa cuba komen sikit wahai master chef heheeee

    ReplyDelete
  8. ogyep,ololo meleleh ke nak hanta jauh sangat ni terpaksa kena buat lah kot ogyep hehee

    ReplyDelete
  9. Waalikumslam Qasey, akak pun suka panas jugak lepas baru angkat dari oven tu terus potong aduii yai cheese mozarella yg ditarik jadi panjang tu lah yg buat tak tahan tu kan hehee

    ReplyDelete
  10. Hi Kak Noor, sedap....best ya! Ada lagi tak? I suka itu cheese topping. I pun tengah lapar ni, tengok lama sikit kena cuci keyboard ngan air liur. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hai Ame,aduiii kesian tu kalau dah air liur kena keyboard tengok lama kalau kenyang takyah makan yg lain malam ni Ame save bajet hahaa

      Delete
    2. Kak Noor, takut keyboard terbakar aje. Malam tetap kena makan juga, takder esok sakit kepala dan pening2x.

      Akak, you tak erti speaking London tak apa, kat blog saya ada member baik Queenie & Somuffins dia orang kadang2x pun tulis bahasa juga.

      Delete
  11. Wow....!! sungguh x tahan melihat tepi2nya itu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asyifa, yang tepi tu yummyyyyyyyy tu sbb banyak cheeseee akak harap Syifa bawa bersabar ya hehee

      Delete
  12. salam kak nor..
    alahaiii dh lama x makan lasagna nie..rajin btul kak nor nie..terliurrr:)

    ReplyDelete
  13. wlikmslam Zila,dah lama teringin nak makan tapi belum cukup bahan,tadi gi nyoping terpaksa rajinkan diri lah Zila kalau dkt nak belanja lah semua yg dtg sini heee

    ReplyDelete
  14. salam kak Noor,
    Rambut dah tukar warna biru ke??hehe jgn marah ye,gegurau aje...sedap ni ha menu on puteh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Rohah,rambut tak tukar biru tapi tukar tudung je kasi biru-biruan hahaaa sama dengan mata tu..

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home