My Lazat Churros

My Lazat Churros


Belek-belek buku resepi ternampak resepi yang mudah dan simple tapi sedap,mula membaca resepi memang dah ingat pasti nak buat jugak hari ni so menjelajah dapur tengok semua barang dah ada so kak Noor pun sinsing lengan lah membuat churros ni,yang pasti mesti nak buat lagi lepas ni sebab pertama kali buat anak-anak dah makan sampai licin pinggan aduiii mummy tak sempat nak makan pun ada lah rasa time goreng tapi masa tengah panas tu belum dapat menikmatinya, ni kali ke2 buat dalam masa 2 hari memang kaki makan betul lah budak2 ni kan..



Sebenarnya resepi asal nya churros ni disalut dengan gula halus di luar tu tapi kak Noor rasa anak2 akak sangat tak suka dengan gula tu so kebetulan masih ada coklat jadi nya kak Noor panaskan coklat bar tu bersama dengan susu segar untuk di cicah bersama churros ni sangat sedapppp !!! Tapi untuk yang tak gemo coklat boleh lah salutkan dengan gula kastor yang ditambah dengan serbuk kayu manis pada churros ni ok.

Bahan-bahan nya

  • 1 cawan air
  • 100 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • secukupnya gula kastor
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Untuk yang suka coklat boleh lah  masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
Cara membuatnya
  • Masukan air didalam periuk dan masukan mentega,biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
  • Masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
  • Bila dah betul2 sejuk baru masukan telur * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros ni tak kan mengembang
  • Panaskan minyak,kemudian masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang,tapi kak Noor masukan dalam plastik  biasa ja dan digunting di ujung 
  • Paipkan kedalam minyak panas dan gorenglah sehingga kekuningan,angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.

9 comments:

  1. sedapnya kak...
    lagi2 dimakan bersama coklat..:)

    ReplyDelete
  2. yalah Zila sbb ada coklat tu lah menambah lazat dia ni ranggup dan bercoklat gitu....

    ReplyDelete
  3. wow..nampak coklat tu..kita plak yang rase nak meleleh air liur =)

    ReplyDelete
  4. dah habis Sha oleh budak2 kat umah ni hahaaa esuk lusa buat lagi akak hanto ekk..

    ReplyDelete
  5. tulah dia cik Wan panahan coklat tu kalau ada starwberry lagi malatop tu cicah coklat

    ReplyDelete
  6. coklat lagi... kalau kita sprinkle dengan coklat rice... makin tak berhenti lah mengunyah ya kak noor..

    ReplyDelete
  7. aduiii itu dah double2 coklat dah tu ogyep kan layan je janji tak lenguh mulut tu mengunyah oklah tu tambah banyak2 coklat rice lagi besttttttttttt hehee

    ReplyDelete
  8. bila plak nak bubuh garam?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home