Rendang Cilipadi Ayam Kampong Plus Labu

Rendang Cilipadi Ayam Kampong Plus Labu


Kesibukan dengan tugasan harian membuatkan Kak Noor lambat untuk update blog ni,rasa dah lama sangat tak masuk ofis ni tapi sebeno nya baru 2 hari itulah panahan blog dan fb ni kan sehari rasa setahun,kalau dua hari rasa macam dua tahun lah, bukan ape mencari ayam kampong keliling kampong nasib baik jumpa kalau tak memang kempunan lah nak makan ayam kampong rendang cili padi ni,sangat lazat se ekor pun boleh habis dimakan sekali hadap je

Macam rendang yang lain jugak cuma kak Noor masukan cilipadi dan labu kuning untuk rendang ni,jom semak bahan2 dulu

  • 1 ekor ayam kampong dibersihkan dan dipotong kecil
  • 3 batang serai *
  • 1 inci halia *
  • 1 inci lengkuas *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 15 biji cili padi merah dan hijau *
  • 4 keping asam kulit atau 2 keping asam keping
  • 2 cawan santan 
  • 2 sudu kerisik
  • beberapa ketol labu kuning
  • sedikit minyak untuk menumis
  • secukupnya daun selasih
Cara membuatnya
  • Kisar bahan yang bertanda * sehingga halus dan lumat
  • Panaskan kuali dan tumislah bahan kisar sehingga berbau wangi dan pecah minyak masukan ayam kampong dan biarkan ayam merenih dengan api perlahan dan kalau perlu masukan dulu satu cawan santan dan kacau sehingga sebati dan mendidih
  • Ayam kampong memang agak keras so kena bagi masa yang lama sikit untuk kasi lembut kena banyak bersabar sikitlah
  • Bila ayam sudah lembut boleh lah masukan lebihan santan,kerisik,labu garam dan gula jugak asam kulit or asam keping tu
  • Masaklah sehingga labu lembut dan tutup api,taburkan daun selasih biar wangi rendang ni,lagi banyak lagi sedap.


Makan dengan nasi panas atau roti prata pun sodap jugak ni terpulang selera masing2 lah...
Tapi sedang lapar apa2 pun sedap je kan heehe...

4 comments:

  1. Sedapnya kak noor.... nak cari ayam kampunglah lepas ni hehehe.... nak ke Melaka sat lagi... suka betul ke pasar melaka... macam2 sayur kampung ada...:))) selamat bersantai hujung minggu kak noor dan keluarga tersayang :))

    ReplyDelete
  2. hahahah cari Sha kejar sampai dpt ayam kampong tu jaga2 jgn terlepas pulak nanti ya,drive safely Sha,thanks tengah santai dengan bantai ni nak jadi dugong jab

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, ayam kampung masak rendang... dah terasa2 manisnya... Kat sini, payah nak dapat ayam kampung fresh, kalau ada mahal sikit..

    ReplyDelete
  4. sama jugak disini ogyep puas mencari jugak ni akhrnya dpatlah jugak walaupun lama,tapi alhamdulillah memang manis tau dan sngt sedp heehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home