Sotong Goreng Kunyit Cilipadi

Sotong Goreng Kunyit Cilipadi


Satu bumbung tapi selera sangat berbeza,si kakak suka udang,si adik suka sotong,kemarin ikut selera kakak hari ni ikut selera adik pulak,selera mama belakang kira, dan tak pernah kira kesian!!!!mama kan serba makan bukan serba boleh hahaa apa2 pun sedapppppp je,kebetulan kat pasar hari tu ada sotong besar sikitlah so kak Noor teringat anak bungsu ni yang suka sangat dengan sotong jadi hari ni mesti dia tak kering gusi tengok sotong bergolek kat dalam pinggan..

Bahan-bahan nya

  • 1/2 kilo sotong di bersihkan dipotong
  • 10 biji cili padi ditumbuk
  • 1/2 inci halia jugak ditumbuk
  • 4 ulas bawang merah tumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit capsicum hijau atau merah dihiris
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya
  • Sotong yang telah dibersihkan digaulkan dengan garam dan kunyit perap dalam 15 minit
  • Panaskan kuali dan masukan sotong yg diperap dan biarkan sotong tu kering air nya sambil dikacau2
  • Bila dah kering air baru masukan sedikit minyak,dan tumislah bahan2 tumbuk hingga pecah minyak masukan air asam jawa garam dan gula jugak sedikit lagi kunyit jika mau kuningnya mantop
  • Jangan masak terlalu lama sotong takut keras jadi nya so bila dah mendidih tu tutup je api dan masukan capsicum tu dan gaul rata
  • Capsicum dapat dimakan mentah jadi nya no hal biar ranggup gitu sedap

8 comments:

  1. asslm Kak Noor...nampk sedap la sotong tu...

    ReplyDelete
  2. waalikumusalam Qasey sayang!! alhamdulillah baru lepas lunch ni manis gitu loh sedap bangat ni hhe

    ReplyDelete
  3. kak Noor nak sikiTtttt...... sangat mengiurkan!!!! aduhaii nak cari sotong jugaklah.... yum yum!

    ReplyDelete
  4. Sha,goreng2 ja sodap gak tu cari jgn tak cari beli bnyak 2 tau!!

    ReplyDelete
  5. salam kenal kak noor,TK sudi 4low blog iza.Sedap tu kak noor....Sotong/udang goreng kunyit ni memang sedap.Kegemaran iza dan keluarga gak.

    ReplyDelete
  6. salam kenal jugak dari kak Noor untuk Iza,samalah kita ya thanks sudi follow blog akak yg masih baru sebulan ni...
    kegemaran family kita sama sotong udang fav anak2 terpaksalah masak jugak

    ReplyDelete
  7. Sedapppp nya Kak Noor, anak2 ogyep suka sotong... esok2 bolehlah cuba resepi Kak Noor

    ReplyDelete
  8. thanks ogyep tak sempat utk malam lah tenghari dah lesap semua nya oleh anak2 akak,resepi sempoi je tu cuba lah tak banyak bahan pun janji ada sotong menjadilah tu..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home