Kunjungan sahabat Fb ke rumah

Kunjungan sahabat Fb ke rumah


Assalamualaikum semua adik2 dan rakan2 yang lain..
Aduh lama nya rasa tak menulis entri ni rindu sesangat dengan kawan2 disini
Malam ni baru ada kesempatan untuk menulis sepatah dua kata sebab dah rindu sangat tapi cuma dapat Tengok gambar dulu lah resepi nya kemudian ya heheee
Gambar di atas tu chicken pie dan chilled blueberry cheese tart yang dihidangkan masa
Rakan fb datang berkunjung kat rumah akak hari isnin baru ni


Yang paling tinggi tu ialah karipap pusing tapi akak tak buat tau !! yang tu order je
Yang akak buat hanya tart dan pie je maksudnya yang simple lah sebab kesuntukan masa



Ini pulak gambar nasi hujan panas yang main hentam2 je tapi dia orang kata sedap jugak hehee kembang semangkok si makcik ni tak lah penat sangat memasak kan ...


Kari ayam yang dibuat rempah sendiri untuk mendapatkan kelazatan yang lebih ummpphhh  hehe


Sweet and sour ikan merah bersama dengan tomato ceri boleh tahan je lah hee


Ni pulak kerabu mangga bersama dengan bunga kantan dan ikan bilis yang paling laris sekali...


Sambal belacan dan kuncu2 nya yang tak boleh tinggal nyaman bah..


Dua orang rakan Fb Za Zaira dan Piah Dungun Anak Cikngoh bersama seorang ustazah yang jugak dari Trengganu kite 
Alhamdulillah mengiratkan ukhwah sesama islam semuanya dengan izin Allah jua..


Piah dan ustazah yang pertama kali berjumpa bukan main rancak lagi berbual..


Bersama Hajah Saodah orang Penang yang dah menetap di Brunei  
Sahabat Fb yang jadi reality semoga bertambah erat persahabatan ini...
INSYAALLAH akan bersambong lagi bila keadaan mengizinkan 
SELAMAT MALAM SEMUA YA!!!!

14 comments:

  1. sambil mata dok pandang siling bilik ni...dok angan2 gak la.."kalau la aku jln2 ke Brunei ni mesti kak noor hidang kat aku makanan lazat2 gak ni." bole ke kak noor...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ina cayang,mestilah siapa yg dtg kerumah akak akan dilayan macam ni dngn makanan yg akak pandai lah hehee tapi akak taklah hebat sngt masak tapi rasa nya ok lah sekadar menyenyangkan hehee

      Delete
  2. Kak noor, ogyep pun nak gi cuti2 kat brunei lah kalau cam ni... Baik punyaaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ogyeppppp,sila2 dtg cuti2 Brunei pasti akan lebih baik dari ini heeee tapi mesti kena calling2 jgn terjah je air kosong lah jawabnya..

      Delete
  3. Walllaaa..memang tak boleh tahan tengok hidangan tu..yang paling menawan ialah sambal belachan dan kerabu mangga..perghh..kecur..kecur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rahel..kerabu mangga dan sambal bacan tu yg terlaris rasanya pada kawan2 akak tu biasalah menu kmpong fav ramai heeeee

      Delete
  4. Wahh.. pagi-pagi dah rasa lapo tengok blog kak noor ni.. Kalau saya ada rezeki pergi sana, bole kak noor masak untuk saya kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummi,no hal lah kalau merancang nak dtg sini mesti kena awal heeee pasti akak masak penuhkan meja yg ada ..

      Delete
  5. Salam Kak Noor cayangg wahh seronoknya dapat bertemu dengan rakan FB meriah giteeww berposing kat dalam FB hehhee.. dengan kacamata hitamnya awww.. nampak muda 20 tahun you! serius ni.. kak noor tu hidangan kat atas tu dah macam standard hotel 7 bintang!!! berbintang2 mata ni memandang hadoii.. bilalah dapat jumpa kak noor ekk... Insyallah one sweet day.. sebab hubby pun ramai kawan business di Brunei... lama dah ajak ke sana Insyallah one day.. kalau ke brunei mesti sha singgah rumah kak noor yaa... tunggu tau.. tak tahu bila lah tu hehheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam Sha cayangggggggggg!!! akak menunggu Sha dtg ni betul sumpah kalau dpt bertemu dgn masterchef ni mmg tak lena tidur tau mesti ya one sweet day pasti kita bertemu dan lepas tu Sha ajar akak masak ok hahaha
      kalau dah ada rakan2 bisnis kat Brunei ni maknanya ada jalan lah tu,ikut lah suatu hari Sha ya
      mana ada bintang Sha merepek je lah Sha ni
      spek hitam tu kebetulan semuanya,masa tu akak drive dah panas pakailah spek maklum takut hitam,bila pakai tengok masing2 dah sama lah pulak spek nya bolat2 gitu aduhh muda keeeeee best nya kena pakai selalu lah ni kot

      Delete
  6. salam kak nor..
    wahhh bila turn kita leh dtg pulak nie..he ehh ee akk nk kerabu mangga tue..sedapnya kak..rindu dgn kak nor..jgn lama2 myepi ye.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam cayang zilaaaaaaaaaa
      bila2 pun boleh zilaaaa datang pasti akak dilayan dan dimasak kerabu mangga jugak hahaa
      syok nya ada yg rindu dgn akak ke ni ??? ke akak je yg perasan hahaaa insyaallah lepas ni tk hilang lagi..

      Delete
  7. Salam k.Noor.seronokkan bula ada rakan maya dtg berkunjung...tambah kenal mesra.hidangan nasi pun sedap tu....

    ReplyDelete
  8. wlikmslam mamasya, mmg happy sangat2 sbb biasanya berjumpa di alam maya tapi kini dpt berjumpa betuiii tulah sebelum diaorang dtg sempat lah masak sedap2 lepas tu dok asyik jenjalan masak pun tk smpat heheee bila mamasya nak dtg lagi Brunei ni??nnti calling2 ok

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home