Lemak Putih Pucuk Ubi

Lemak Putih Pucuk Ubi




Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua ya...
Sebenar nya ni resepi semalam tak sempat nak masuk entry biasa lah tu kan vip sibok manjang
so hari ni pagi sikit lah dapat tulis entry
dah lama sebenarnya tak makan pucuk ubi masak macam ni,selalu nya akak masak pucuk ubi mesti nak bubuh kunyit tapi tengok kat blog CMG  tu dia buat putih jadi macam teringin jugak,apa lagi kutip pucuk ubi keliling rumah terus buat lemak putih ni..
sedap sangat tau tapi biasa lah akak masak ikut citarasa family akak lah ubah sana sini 
yang pasti masak pucuk ubi ni sekejab saja hilang dari mangkuk tu makna nya sedap lah tu kannnn...


Bahan2nya

secukupnya pucuk ubi di rebus dan diramas buang pahit 
5 ulas bawang merah *
7 biji cili padi nak lebih kurang terpulang *
segenggam ikan bilis *
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
2 biji cili merah dihiris
garam dan gula secukup rasa

Cara nya

Bawang merah,cili padi dan ikan bilis di mesin kering jangan terlalu hancur
Masukan santan cair dalam periuk,masukan bahan mesin dan masak sehingga hampir mendidih masukan pucuk ubi yg direbus,garam dan sedikit gula
selalu dikacau supaya tak pecah minyak,bila dah mendidih dan pucuk ubi dah lembut masukan santan pekat dan kacau lagi sekejab dah cukup rasa boleh ditutup api
SEDAP DIMAKAN DENGAN NASI PANAS + IKAN GORENG + SAMBAL KICAP 
TAK PERCAYA??? 
MESTI TRY HEEEE..


10 comments:

  1. Salam Kak Noor cayangg... waduhhh lama tak makan pucuk ubi masak lemak.. bonda tak ada jawabnya tak merasalah lauk sayur kampung tak ada beregu nak makan hehhe...

    kecurr dah ni kak Noor... hadoii.. jamu mata kat sini ajelah nampaknya... muahhh cayang kak Noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha cayang!!! kadang2 kan naik bosan sangat makan sayur cina tu hari2 nasib ada tanam sayur melayu kat umah boleh kutip bila tringin tu heeeee
      mesti kena jamu mata je sbb kalau nak jamu selera pun mmg dah habis jugak ni hee

      Delete
  2. sedapnya kak noor...adda plk ikan masin ke, ikan rebus goreng ker..fuhh sedapnya..konpem makan tak toleh kiri kanan dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adda,masakan kampong mmg sedap ikan masin ke,pekasam ke pokoknya yg kampongan tu mmg ngancam selera kita semua kan ..

      Delete
  3. Salam Kak Noor :)

    kecur tgk lemak pucuk ubi nie.. lama betul tak mkn :P
    mmg betul lauk lemak pucuk ubi ni kan mkn ngan ikan grg + sambal belacan or sambal kicap perghhh blh bertambah nasi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam mama hawa,akak pun sama jugak kalau lama tak makan mesti rindu nk makan yg kampong2 punya ni kadang2 masakan gini mesti telebih makan dari masakan bandar hahaa

      Delete
  4. As salam kak Noor.
    Sedapnya masak lemak pucuk ubi,makan pulak dengan ikan gelama kering dan sambal belacan....mmg menyelerakan.Kat tempat saya susah nak dapat pucuk ubi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke Norzie susah nak dpt pucuk kat mana U tinggal ni bole akak hantarkan heee tapi mmg sedap lah pucuk ubi kalah ni semua sayur cina kan

      Delete
  5. masak lemak pucuk ubi tu kalau dapat kat anak teruna Ti memang dihirup hirup.

    kalau balik kampung habislah pokok ubi nenek dogol sebab buat masak lemak untuk dia. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wantie, anak U suka snagat ke?/ anak akak ni sorang je yg suka pucuk ubi yg lain tak minat bagus lah kalau anak2 suka pucuk ubi senang mama takyah masak yg lain lagi utk anak2..

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home