California Pizzas

California Pizzas


ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari  rabu untuk semua pengunjung setia blog akak yang serba kekurangan ni semoga kita semua didalam lindungan ALLAH hendaknya disamping tugasan harian yang tak pernah surut2 malahan semakin hari semakin bertambah kerja, TETAPI walaupun sebanyak mana tugas mesti nak jugak lepak kat laptop samaada ber FB  atau ber BW jadinya kalau masak tu mesti nak sesimple yang boleh dan yang penting sesedap rasa dan secepat kilat,jadinya timbul lah resepi 

CALIFORNIA PIZZAS ni yang hanya ambil masa lebihkurang 20 minit..
Sebenar nya California Pizzas ni tak menggunakan doh pizza tapi hanya menggunakan roti tortilla tapi akak gantikan dengan roti pita ( akak tengok sama je pesen nya tu haha ) lagipun  itu je yang ada kat dalam esbok akak tu nak cepat lah katakan, lagipun ia nya tak banyak menggunakan bahan2 just simple2 bahan yang selalu ada dalam esbok kita,jom cek bahan mesti adik2 blogger nak cuba lepas ni heeee



Bahan2nya
Beberapa keping roti pita
3 batang sosej ayam atau daging dihiris bulat
1/2 biji capsicum merah didadu 
1/2 biji capsicum kuning atau hijau didadu
1/2 biji bawang besar didadu
sedikit oregano
sedikit mozarella cheese
sedikit minyak untuk menumis topping
sedikit cili flakes

Cara nya
Sapukan roti pita dengan sedikit sos cili or sos tomato ketepikan
Tumiskan bawang besar sehingga layu masukan sosej kacau sehingga separuh masak masukan capsicum dan cili flakes,tak payah masuk garam sebab sosej dan cheese sudah masin tapi kalau nak lebih masin terpulang lah kalau kena kencing tak dapek akak nolong eeeee...
Kemudian masukan topping yang dimasak tadi di atas roti pita letakkan rata2 taburkan cheese mozarella dan serbuk oregano dan bakar lah lebihkurang 10 ke 15 minit  dengan suhu sekitar 180'C
Lepas tu dah boleh makan SEDAPPPP !!!!! sebab roti pita tu nipis jadinya lebih ranggup berbanding pizza biasa yang lebih tebal
Sebenarnya resepi ni akak ambil dari buku  TASTE OF HOME ~ shortcuts 
Banyak lagi yang resepi simple2 dalam buku ni yang menunggu giliran heee


BEREHHHH  lepas ni dah boleh makan dan ber FB or BW heee
Kalau malas lagi boleh buat banyak2 untuk lunch anak2 pasti suka ni ...

12 comments:

  1. asslm Kak Noor...sedapnye tgk piza tu...fav ni...kne cri lepas ni...klau x kempunan nti...hehe

    ReplyDelete
  2. salam kak
    sedappnya...datang pagi2 terus lapar
    sedap buat breakfast ni :)

    ReplyDelete
  3. As'KUM Kak Noor cayanggg hadoii pepagi hari dah ada pizza yaa.. mau tak biru bijik mata memandang ni hehee... pizza simple buh cheese berbanyak wahhh sedapp naa lah tu kak noor aii... nak sepotong boleh nak kunyah sambil kais resipi kak blogs kak noor hehehe...

    ReplyDelete
  4. Salam kak noor..pepagi dah tayang pizza,klu jengok dapur kak Noor ni,memang tergoda memanjang.

    ReplyDelete
  5. Pizza mali2, mali dari jauh tu ei..California!!!..mmg tak teragak2 kalau disajikan depan mata, mesti cepat dicapai punya,tapi kalau malu2..hehe mau orang lain sambar dulu..sedap ye kak? best juga ye, guna tortila readymade

    ReplyDelete
  6. jelous dgn k.noor tau..pagi2 terbang ke amerika...pastu asyik berlegar2 kat alam maya jer....bila lah ucu dpt jadi mcm akak ni...

    kalau ucu bila dah malas tahap gaban buat piza guna roti gardenia jer.....

    ReplyDelete
  7. Hi Kak Noor cayang.... I miss you juga. Sori ya kadang2x tak sempat komen atau lambat sampai.

    Pagi2x dah ada pizzas.... yang express dan sedapppp...............akak makan kuih seri muka dah kenyang? I datang makan tengah ari... 2 keping cukup lah nanti petang pi pondok Sha makan kuih. hahaha

    Salam kak, jumpa lagi. Bye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Ame cayang 3x..
      sorry ya busy je manjang kat dapur lepas satu2 resepi di masak hee hari rajin lah katakan,sama2 jugak kita sama2 busy no hal tu...
      tadi pagi akak dah makan serimuka tu mmg sedap sehingga menjilat jari tak cukup lah kalau boleh nak lagi heee
      belum lagi tengok menu petang Sha sama2 kita serang dapur dia Ame..

      Delete
  8. Kak. Nanti saya nak try. Tapi nak guna roti capati kawan tu. ermm..mesti sedapkn..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home