Daging Lada Hitam ala Rainbow

Daging Lada Hitam ala Rainbow


Assalamualaikum semua yang selalu singgah kat sini
Kadang2 kerja memasak hari2 ni dah takde idea kan,asyik ayam ayam je hari hari,sekarang ni kak Noor dah tak larat nak makan ayam,kalau masak ayam tu untuk anak2 je dan hubby,kalau untuk kak Noor gorenglah ikan masin ke tempe ke pelik lah selera orang tua sekarang ni, tapi kalau daging tu boleh lah jugak sebab jarang masak,lagi pun daging ni tak ramai yg makan kat umah akak ni,tulah jarang akak beli,tapi disebabkan ada yg minta nak makan daging black pepper ni kena lah tunaikan hajat jugak nanti masam muka  jadi incredible hulk lagi susah akak heeee



Jadi hari ni akak masak daging black pepper atau daging lada hitam lah
Kalau ikut resepi akak memang tak susah pun nak buat ni,jom tengok bahan2 nya ok

1/2 kg daging dihiris nipis dan direbus sekejab * kalau daging batang pinang just potong je tkyah rebus
1 biji bawang besar dihiris bulat
1 sudu lada hitam dikisar
1 inci halia dihiris memanjang
sedikit kicap manis
sedikit sos tiram
sedikit capsicum tomato dan daun bawang


Caranya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumiskan halia dan bawang besar biar agak layu masukan daging yg direbus tadi dan gorenglah sehingga agak keperangan
Masukan lada hitam,sos tiram dan kicap manis dan kacau lagi biar sebati semua,kalau perlu tambah sedikit air,bila dah rasa masin manis nya boleh lah tutup api dan masukan tomato,capsicum dan daun bawang
Kesemua tu tomato capsicum dan daun bawang dapat dimakan mentah jadinya tk payah lah terlalu masak 
biar ranggup krup krap gitu lebih sedap..
Dah siappppppppp dan boleh lah dihidangkan dengan nasi putih ke nasi minyak ke up to kita sendiri yang nak makan lah kan heeee




Akak namakan rainbow sebab dia ada banyak kaler tapi rasanya taklah se rainbow mana pun kan tak kisahlah tu janji tuan umah ni perasan rainbow kira ok laht u..


12 comments:

  1. hahahaha, suka tajuk n3 tu...mmg rainbow pun...hihihihhi

    ReplyDelete
    Replies
    1. LIZA cayang heee thanks nya suka tajuk pun oklah tu..

      Watie..skrg ni semua benda boleh di rainbow kan janji cukup kaler kan heeee sama jugak lah dgn akak malasss

      Mrs Eady... nampknya kena telan dulu lah air liur tu kot

      INa...pasti berpeluh kalau dpt makan sbb akak kasi lebih lada hitam tu tau..

      Delete
  2. Salam,
    Ingatkan ada rainbow cake aja, daging pun leh masak rainbow, kikikik...nampak best tu. Sy pun jarang masak daging, bkn sebab anak2 tak suka tp sbb mak anak malas menunggu daging empuk...hehehe

    ReplyDelete
  3. lapar..dpt makan dgn nasi panas ni fuhhhhh..berpeluh

    ReplyDelete
  4. kak noor..tetiba ucu sakit lah lepas baca entry akak ni...
    pertama sakit mata...kedua sakit air liur..ke tiga sakit tekak (sebab tak masuk2 la daging tu..keh..keh...

    minta belas ehsan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucuuuuuuuu..bersabar lah Ucu kalau sakit kan ke banyak klinik buka hari ni hee restoren pun banyak tu jenguk2 je pasti tk sakit tekat lagi Ucu cayangggg

      Lawa..
      aduyaii selamat berpuasa ya tk lama lagi ni,akak pun tak tau jugak petua utk lembutkan daging,tapi pernah akak dengar bubuh sudu kt dalam rebusan tu boleh try jugak lah ya mana tau menjadi

      Delete
  5. sedapnya kak noor...kecur pulak air liur ni...boleh msk utk buka puasa hari ni... kak noor ada petua tak mcm mn nak lembutkan daging? huhu..

    ReplyDelete
  6. As'kum Kak Noor cayangg.. waduhh memang mengecurkan.. kalah restoran nih! sedapnyaa.. ngencess akhirnya tak sudah heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. SHA....wlikmsalam ling ling Sha..nak tnaya restoren mana ni yg kalah!! ke akak yg dikalah kan heheee macam2 je lah ling2 ni

      ZILA....alahai pengantin baru tkyah dulu turun dapur adik manisss kesian inai ditangan tu nnti habis tak manis lagi heee

      KSK ZAKIE... Akak suka rainboe tulah buh nama daging rainbow k lah bila cantik makan pun macam sedap je kan heee

      Delete
  7. salam kak nor cyg..my fav..smalam zila msk dging jgk ..tp wt rendang jer..nnt nk buat blk paper pulak la..aiiishhh x tahan goda2 nie:)

    ReplyDelete
  8. Walau nampak mudah kalau tak rajin tak jadi Kak Noor. Kombinasi warna yg menggoda selera:)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home