Pasta Bowties Goreng Bersayur Cara Melayu

Pasta Bowties Goreng Bersayur Cara Melayu


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk semua yang selalu singgah di sini jugak yang tak selalu pun  tak kisah lah tu sesekali menjengah,sebab kita punya kesibukan sendiri,dan masa untuk ber BW sendiri,mungkin pagi santai untuk sesetengah orang tapi tidak untuk orang lain,so kena terimalah kawan kita seadanya jangan mengharap yang lebih2 chewah!!!!

Pagi yang busy tak payah cerita panjang yang penting makanan tersedia bersama resepi nya heee menu akak memang yang mudah dan senang je sebab malas nak  berlama2 kat dapur tu kalau boleh nak ambik masa yang paling singkat dan makanan yang paling sedap!! aduh bercakap lagi ni....jom semak bahan2 nya ya..

1/2 bungkus pasta bowties direbus dan ditoskan
2 batang sosej dihiris bulat
brokoli dan bunga kobis secukup nya dihiris
kucai secukupnya dihiris
3 ulas bawang merah ditumbuk dgn 1 ulas bawang putih
2 sudu cili flakes
1 kiub pati ayam
2 sudu sos tiram
sedikit cheese cheddar di parut untuk ditabur di atas
sedikit minyak
sedikit garam dan gula utk perasa

Cara nya
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumislah bahan tumbuk dan sosej sehingga wangi dan garing
Masukan  bunga kobis dan brokoli jugak kiub ayam dan kacau sebati
Masukan pasta, sos tiram,garam dan sedikit gula jugak cili flakes
Tak perlu lama sangat nanti sayur tak ranggup krup krap tak best
Akhir sekali masukan kucai dan kacau lagi biar semuanya sebati dan boleh lah di padam kan api
Bila menghidang taburkan sedikit cheese cheddar dan cili flakes dan utk yang suka masam boleh lah perahkan jus lemon tapi jus nya takde takyah masam2 biar masin2 pedas saja heee





Sebenarnya hidangan pasta boleh di pelbagaikan ikut cara kita orang2 melayu,tak perlu lah asal pasta mesti kena ada oregano,thyme dan segala macam yang seumpama dengan nya,pasta sangat tinggi kandongan asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita,ianya jugak sumber karbohidrat kompleks seperti nasi,mi, laksa dan lain2 jugak dan ia jugak tiada lemak tambahan 
Semua fakta diatas kak Noor ambil dari Info Saji Jun 2012
JADI JOM SAMA2 KITA PASTAKAN HIDANGAN KITA SUPAYA KITA JADI LEBIH AKTIF DAN SIHAT



SELAMAT MENCUBA RESEPI PASTA KAK NOOR UNTUK YANG SUKA
YANG TAK SUKA BOLEH  LUPAKAN JE NO HAL..

15 comments:

  1. As'KUM kak Noor cayang.. hadoii rindu dengan kak Noor lahh.. lama sha bercuti.. bukan jauh naa.. tepi hidung tu aje hah! sebab nak mengejar masa.. :))

    Kak Noor wahh sedap ni... :)) sha memang suka sayur.. tapi kalau nak buat macam ni.. jawabnya ramailah yang puasa kat rumah ni hehehehe...

    cayang kak noor muahhhzzz

    ReplyDelete
  2. salam k.nor, simple tp sedap nmpk resipinya...boleh cuba nih...

    ReplyDelete
  3. Salam kak noor...sedap noo,makan pasta pepagi ni,mesti lewat makan tengaharikan,sebab kekenyangan makan pasta.

    ReplyDelete
  4. Rahel pun peminat masakan pasta..sedap utk sarapan dan juga utk minum petang..

    ReplyDelete
  5. heheh.. husband tak makan pasta. boleh buat ni makan sengsorang. makan sampai lebam. thanks kak noor for the menu today.

    ReplyDelete
  6. kak noor..saya pun sekarang ni suka goreng pasta2 ni...lagi pun kalau tumis cara melayu pun sesuai je...hehehe.tapi ni bow ni tak pernah beli lagi....

    ReplyDelete
  7. salam kak nor cyg..wahhh sedapnya kak..bila nak kasi zila rasa nie..:)

    ReplyDelete
  8. salam kak noor,
    kalau goreng cara melayu ni lagi laju makan kan hehehe

    ReplyDelete
  9. salam kak noor.. tun kalau masak pasta/spagetti pun mesti nk menumis lada. hahaha.. tekak melayu betul kan.

    ReplyDelete
  10. salam kak nor..sedap ni..
    saya pun sama kalau buat pasta mesti nak ikut selera melayu kita.

    ReplyDelete
  11. A'salam Kak Noor

    ct dah sampai ni siap bawak pinggan dah hulur2 nak merasa menu yang sedap ni, kalau hari2 dapat makan free kat dapur kak Noor boleh gemuks lah ct kan kak hehehe

    ReplyDelete
  12. ina sefamily pun sama gak mcm kak ct delima...tp ina bawak bekas nak tapau ni hihi

    ReplyDelete
  13. Assalam kak Noor.
    Nanti kalau saya pergi Brunei...akak masakkan pasta bowties goreng ni utk saya ye,hehehe

    ReplyDelete
  14. asslm kak Noor...wah kreatiffnye...ok jugak la klau masak ikut cra akak ni...sgt mnarik..yg penting sedap...QH suka...

    ReplyDelete
  15. lama tak makann...nak ckit kak noor cyg! ;))

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home