Apam Gula Merah Yang Tak Jemu Disantap

Apam Gula Merah Yang Tak Jemu Disantap



ASSALAMUALAIKUM  dan salam sayang untuk semua yang sudi singgah di blog akak ni,hari ni akak nak kongsikan resepi yang menjadi kegemaran kita sejak zaman dolu2 sampai kini yang tak lekang dek panas dan tak lapok dek hujan heee, masih lagi dalam situasi berpuasa ni jangan marah2 tau biasalah kalau sedang berlapar ni salah sikit udah nak melenting kan BANYAKKAN BERSABAR YA itulah cabaran dan untuk menambah pahala kita jika sekiranya kita bersabar MUDAH2AN ALLAH memberikan kita hati yang tulus dan bersih dalam menjalani ibadah puasa kita sepanjang bulan ini..

Apam ni akak dah buat masa hari ke3 berpuasa biasalah dah sibuk2 memang tak sempat nak update dan selalu delay sehari dua hari tak kisahlah tu kan janji ada gambar nya walaupun makanan nya dah habis ditelan perut heeee




Bahan-bahan nya

  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula melaka diracik halus
  • 3 sudu gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 2 cawan tepung
  • 1 sudu kecil yis
  • 3/4 cawan air
  • secubit garam dan kelapa  parut
Cara memasaknya
  • Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan sehingga gula melaka larut dan sejukan.
  • Larutkan yis bersama dengan 3/4 cawan air,kacau sehingga yis tidak berbiji
  • Masukan campuran gula melaka dan gula putih,campurkan larutan yis kedalamnya dan kacau
  • Akhir sekali masukan tepung dan secubit garam dan kacau supaya tidak berbiji.
  • Tutup dan biarkan selama 40 minit atau sehinga naik 3x ganda
  • Tuangkan kedalam loyang yang telah dilengserkan dengan marjerin.
  • Kukuslah sehingga masak selama 30 - 35 minit
  • Sejukan dan gaul lah dengan kelapa parut yg sudah di gaulkan sedikit garam..


SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA YA...

20 comments:

  1. Apam nie mmg sedap kan kak...
    cukup rasa gula dan mnisnya...sy mmg suka apam nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat Syifa tang masin2 kelapa tu yg best kan taksedar berketoiii2 masuk mulut hee

      Delete
  2. kak nor cyyggg..x pernah rasa jemu mkn apam nie..letak kelapa byk2 waalaa sedap..terasa masin2 kt kelapa tue..he hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiiii zila akak sorang ni anak2 pun suka sngt ni tulah macam nak buat lagi je tapi kelapa tu mesti ada rasa masin kalau tawaq mmg tk sodap kan

      Delete
  3. mmng sedap apam mcm ni, kuih kegemaran yatie sejak dulu lagi...mcm nak buatlah juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam lahkita Yatie kuih zaman berzaman yg tak pernah jemu semakin makan semakin sedap tulah kadang2 bahaya jugak ni buat Yatie gerenti Yatie punya lebih sedap lagiiii

      Delete
  4. wahhhhh nmpk pun dah sedap kalo rase sure lagi sedap nih! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah dah langsai semuanya Mrs Eady confem sedap lah tukan hee

      Delete
  5. KA x gemar sgat makan ni but feveret my mum ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohyeke KA rugi loh tk gemar tapi mungkin KA masih muda belia biasanya orang2 veteren macam akak mmg fav like ur mom jugak lah kot kan

      Delete
  6. Wah...rajin buat apam ya Kak Noor,....sy pun suka apam gula merah ni...lagi2 klu disalut dg kelapa parut yg setengah tua..memang mantap rasa dia kan kak...nanti klu senang2 sy mo try jugak ni..terima kasih share resepi apam yg sodap.Selamat berpuasa ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fav kita semua ni Rahel cayang,kelapa banyak nyaman bah kan, tapi anak2 biasa lah tak suka sngt banyak kelapa jadi mama nya yg take over hehee tapi kalau Rahel yg buat apam ni sure comey lotey macam tuan dia jugak..

      Delete
  7. mmg sedap nmpak apam gula merah akak ni..salah stu menu wajib kami juga nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah Noorsha suka mengepam tak jemu2 kalau hari2 pun ok jeeee kan

      Delete
  8. salam..
    hi kak noor.. cm best je nmpk.. gebusss.. tp terpaksa tolak ke tepi dulu, cOz umah xde pengukus. huhu..
    thanx ya, singgah blog sy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmslaam Aizu..thanks jugak coz sudi singgah blog akak ya
      laaa tkde kukus ke siann kalau dekat boleh pinjamkan kukusan akak ni heee tkpe tunggu time2 genting nnt mesti ada kukusan ni kan

      Delete
  9. Salam rindu kak noor! Salam ramadhan buat akak sekeluarga moga diberi kesihatan yg baik sepanjang menjalankan ibadah puasa dan jugak hari2 yg seterusnya insyaAlah! Mak kita paling suke buat apam mcm ni sbb ayah kita paling sukeeeee mkn apam ni ehehehe... Dulu2 kita tak suke tp skrg dah jadi suke, cantek kaler apam akak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sayang jugak dari kak Noor ya Ika,semoga ibadah kita diterima ALLAH hendaknya disamping menyediakan juadah buat family tersayang,akak dulu kini dan selamanya snagat suka apam ni hari sedappppppp ja heee

      Delete
  10. saya mmg suka sgt apam gula merah..tapi sekalipun tak penah lagi buat kuih apam.tggu cuti la nnt nk try buat.

    ReplyDelete
  11. putih bersih macam salji je kelapanya..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home