First Time Buat Macaroon Resepi Ita Masam Manis

First Time Buat Macaroon Resepi Ita Masam Manis


ASSALAMUALAIKUM  apa kabar semua nya hari ni!! tentu semuanya sihat walafiat dibulan yang mulia ni terlebih dahulu akak memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada salah silap yang disedari atau tidak pada adik2 semua SELAMAT BERPUASA UNTUK ADIK2 YANG DISAYANGI hari ni first day puasa jangan lasak sangat ya heheeee maaf jugak kerana dah lama tak update blog ni sebab sangattttttttttt sibuk TUNGGU LAH YA NANTI AKAK BAGITAU APA SEBENARNYA hehehee dalam dok sibuk2 tu sebelum anak2 balik sempat lagi testing resepi Macaroon lagipun dah rembat Silicone Macaroon Mould kat suatu kedai yang menjual barang2 dapur di UK baru ni nama kedai tu LAKELAND(kak Noor "menggila" kat kedai tu hahaha geram tengok barangnya ) jadi nya semangat nak buat macaroon tu terlebih lah sebab dah ada mould ni,memang mudah lah kalau ikut resepi dari ITA MASAM MANIS tapi pastikan semua bahan2  mesti betul2 kering,InsyaALLAH rasanya lepas ni akan ada yang kedua dan ketiga lagi sebab anak2 akak sangat suka walaupun ianya agak manis,mungkin akak buat jugak untuk hari raya chewah dah ada mould ni senang tak yah lagi guna kertas dan kerja pun menjadi lebih mudah dan cepat, terimakasih  banyak2 pada ITA dan izinkan akak berkongsi resepi ITA kat blog akak jugak yang untuk panduan anak2 dara akak nanti.



 Bahannya


80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A

65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna


Langkah 1Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan


Langkah 2Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar( boleh rujuk ke blog ITA MASAM MANIS untuk lebih faham ya )  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (SILA RUJUK LAGI KE BLOG ITA )(anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!
Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.(Kak Noor punya almond mungkin tak kering sangat sebab itu lah ia nya agak kureng kembang macam Ita punya, tapi bahan lain perfecto ikut sifu) hehee
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.(sebab first time akak hanya guna satu warna saja )


Langkah 3Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.


Langkah 4Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!
Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!





Konon2 nya nak buat sambut anak2 lah tapi not bad lah anak2 kata sedap,cuma mama belum puas hati sebab macaroon nya agak kureng tembam,INSYAALLAH nak try lagi lepas2 ni untuk persiapan raya supaya lebih menjadi gumuk dan tembam macaroon akak hee



Gambar yang di atas dan di bawah ni lah rupanya silicone macaroon mould tu,hanya satu akak beli lepas tu pesan lagi dengan anak2 yang baru balik ni diaorang bawa dua lagi haha baru puas mama buat 
MACAROON lepas ni dah ada 3 set heeee



Selamat mencuba untuk adik2 akak,ganache nya Nutella paling best,boleh jugak guna peanut butter kalau tak mau manis sangat.

35 comments:

  1. As'kum KAk Noor cayang terbaikkkkkkkkkkkkk... wahh nanti sha nak carilah mould macaroons tu kat sini ada.. cuma sebelum ni sha ingat asam keping muahahhaha... cayang akak selamat berpuasa ya kak Noor cayang kalau dekat memang sha datang Brunei *wink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam Sha cayang adik akak sorang ni hehe..
      cuba lah cari Sha mmg senang kalau nak buat macaroon akak sbeenarnya tak lah suka snagt sbb banyakkkkk manisss tapi sbb anak2 dah suka kena buat lagi lah raya ni kot,

      sayang lah kan jauh kalau dekat best gak dpt gether2 time tu kan..

      Delete
  2. Salam Kak Noor..ros dah buat macaroon tu berkali-kali tak tahu kenapa kakinya tak nak keluar..huhuhu..bekas macaron tu berkenan le...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslam Ros..
      oh yeke akak pun baru first time belum ada pengalaman tapi kalau ada mould ni mmg senang sngt cepat kuar...

      Delete
  3. Salam kak...
    cayalah...! menjadi...sy buat dulu ~ (lepas raya thun lepas)..ada yg jdi ada yg tdk...tp bnyk yg x jadi sbnernya...hehe....

    tp niat nak buat lagi tu ada...tp x tau bila.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam Syifa..
      kita kena baut banyak kali kot baru lah menjadi sbb dah ada pengalaman kan yg penting api tu tkleh besar kan kena slow n steady,akak pun mmg nak buat lagi hee

      Delete
  4. slm rindu Kak Noor...lama tak ke sini...mjadi dh tu macaron tu...QH pon penah buat jugak mggunakan resepi yg sma...serbuk almond tu QH jemur dlu biar kering...mmg rumitkan..tp bhn2nye sng aje...mnarik tgk mould macaron tu...kt sni xtau nk cri kt mne..klau nk kirim ngn akak bleh ker ekk....hehe...

    slmt mjalani ibadah puasa buat akak skeluarga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qasey..
      orang tengok menjadi lah tapi mmg menjadi lah cuma tuan tanah rasa macam ada yg kureng ja tapi insyaallah nak buat lagi apa lagi bila ada mould ni,tulah kena jemur kering2 lah serbuk almond tu..
      nak kirim boleh Qasey sbb ada lago sorang anak akak yg belum balik tapi kena post lah hehe kalau serius nk boleh akak suruh anak akak belikan hehe

      Delete
  5. Salam Kak Noor..
    wah...macaron lagi..cantek kejadiannya...
    Selamat menunaikan ibadah puasa buat Kak Noor sekeluarga..

    Oh ya, Kak Noor..Rahel berminat la dg moul macaron tu..berapa harga dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam Rahel cayngggg!!
      macih sama jugak utk Rahel selamat berpuasa semoga puasa kita kali ini lebih baik dari tahun2 sudah ya..
      mould tu kalau harga UK dlm 8 pound ja,duit Brunei x2 = 16 tapi duit Msia 16 x 2.+++ lagi kena kira sendiri lah ya heee

      Delete
  6. Senang ye ada acuan tuk buat macaron, x yah dh lukis2 kt kertas :-)
    Mas pernah makan sekali je, rasanya manis sgt jadi kurang suka sikit tp geram sgt sbb rupe macaron sgt comel n warnanya sgt mengamcam hihihi

    ReplyDelete
  7. yalah Mas mmg senang nak buat kalau ada mould tu tak perlu kita jadi pelukis lagi kan..anak2 je yg suka snagt ni bagi kita ni rasanya buka selera lah tapi kena buat jugak anak2 dah fav tapi bolehlah kurangkan manis sikit dan fillingnya tukar ke peanut butter..

    ReplyDelete
  8. Tahniah, walaupun first time, cantik sangat dah kejadiannya tu. selamat berpuasa utk Kak Noor dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. macih Zie..
      sebab ada mould tu jugak Zie rasanya kalau guna kertas mungkin tak cantik sngt kot hee sbb walaupun bahan nya sikit tapi perlu teliti dan kering bahan2 nya..
      sama jugak utk Zie selamat berpuasa utk Zie dan family

      Delete
  9. salam ramadhan gak wat kaknoor sekeluarga ye! bak macaron tu 3 ketui..leh x? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa jugak utk doc masak ni boleh sat nak bagi macaroon ni 5 ketoi sbb free 2 bijik hahaha

      Delete
  10. salam kak nor cyyggg..
    senang dh ada mould tu kak..zila x brani lg nk cuba nie..mcm susah jew wtnya kan..thniahh akk punya macaron cantik2 tue..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmlsam zilla cayang menyayang..
      akak pun mulanya tk berani jugak,tapi kena beranikan sbb dah ada mould tu rugi tak buat heee

      Delete
  11. Asslmkum kak noor.
    Adiuh kak! First day pose ni tgk macaroon akk tu jd teringin pulak. Biasa tu x da pulak teringin. Hehehe.
    Selamat berpuasa ya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa Sue cayang
      dah dua tiga hari buat tak sempat post baru ada masa nak post time puasa ni heeee,teringin ke cayng..

      Delete
  12. Hi Kak Noor, Selamat berpuasa.
    Macaroon akak cantik molek....ingin nak makan sekarang.hehehe

    Have a nice day, salam akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macih Ame selamat berpuasa jugak dari kak Noor ok cantk ke my macaroon tu cantik lagi Ame kan hehe tkpe first try esuk lusa macam nak buat lagi je ni..have nice day to you jugak Ame..

      Delete
  13. Selamat Menyambut bulan Ramadan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat K.Noor sekeluarga.
    Nampak elok jadinya macaron k.Noor. sy belum cukup 'kebaranian' nak membuatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiranya akak ni berani jugak lah mamasya ya sampai berani buat macaroon ni ni pun sbb ada mould ni kalau tak mmg jadi penakut heee

      Delete
  14. selamat ramdhan dri kami sekeluarga...amboi posa pertama dh buat kueh mengancem nmpk...nmpk sedap tpi dh kata manis tu kena pas kat org mudo2 la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Yam..
      amboi baru nampak mai sini dah pandai lah tu, ni dah buat dua tiga dah tak dan nak post baru hari ni dan sbb posa heee

      Delete
  15. Salam Kak Noor ..

    Cantik macaroon tu kak noor..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmsalma kak Nita cayang
      macih lah ya first pun nampak cantik gak kalau berkali2 mmg lebih cute agkanya kan

      Delete
  16. Selamat pagi Kak Noor sayanggg....
    Pukul berapa waktu berbuka dan imsak di Brunei kak?
    Cantiknya macaroon tu kak Noor! Walaupun first time buat tapi dah lulus...dapat A!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat pagi jugak utk Amie
      di Brunei kul 6.40 petng magrib dan subuh kul 5 lebih sikit lah
      alah dpt A pasal ada mould tu kot kalau tak mesti fail dah ni rasanya haha

      Delete
  17. Assalam kak Nor cyng, salam windu, salam ramadhan kak.lama tak singgah sini. wahh sedap macaron tu. saya pernah buat sekali jer dulu. silicone tu kat sini ada jual tapi reganya dekat euro 4O jugalah.tak beli pun.

    ReplyDelete
  18. Klu macaroon filling durian sdap tak?...

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum,

    Saya ada menjual Macarons Silicone Sheet dari Germany. Lawati page saya untuk senarai barang dan harga. Terima kasih.

    https://www.facebook.com/media/set/?set=a.216893275114103.54014.197644460372318&type=1

    ReplyDelete
  20. senang jer rupanya ye KN.....tp mould tu pulak yg okje tak de huhu...

    ReplyDelete
  21. Sy bakar...tapi bawah dia berkaki cuma xde tapak...bhgn dalam mcm lompang ...kenapa ye

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home