Kek Pisang Dua Seri Juwita Fariz

Kek Pisang Dua Seri Juwita Fariz


ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam,tentu masa ni dah santai2 sikit kan,lepas berbuka tadi,solat segalanya pun dah beres terawih dan tadarus jadinya baru lah dapat masuk ofis satu ni
ALHAMDULILLAH Kek Pisang Dua Seri juadah berbuka tadi,pepagi tadi teruja tengok dari blog 
Juwita Fariz kebetulan ada pisang jugak kat umah tulah  fenin dok fikir nak masak apa,malas jugak nak goreng2 selalu,buat kek ni Alhamdulillah anak2 pun suka jugak, bahan yang digunakan tak banyak sangat yang biasa ada kat dapur kita surirumah ni kan...
Untuk JUWITA FARIZ  izinkan akak kongsikan resepi Ita kat sini ya,mana tau ada teringin nak buat untuk menghabiskan pisang tu,tapi sorry lah ya akak punya tu taklah secantik Ita punya yang cute takpe next time mungkin lebih mengancan lagipun pisang dan coklat nya tak sama tinggi haha



Bahan-bahan:

Lapisan bawah 
1 cawan tepung gandum 
1/2 cawan serbuk koko 
3/4 cawan gula perang
1 sudu kecil serbuk penaik 
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 
1 1/4 cawan susu segar 
1 sudu kecil esen vanilla 
1/2 cawan minyak masak sayuran 
 secubit garam 


Lapisan atas 
 2 cawan tepung gandum 
¾ cawan gula 
4 biji telur 
1 sudu kecil serbuk penaik 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil ovalette 
I cawan pisang dilenyek 
1/2 cawan minyak sayuran


Cara-cara :

  1. Panaskan air dalam periuk pengukus. Tutup penutup pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak menitik diatas kek. 
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata 
  3. Masukkan minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.Kacau hingga sebati. 
  4. Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci dan kukus selama 10 minit.
  5. Sementara lapisan bawah ikukus sediakan lapisan atas.Putar telur dan gula dengan pengadun elektrik hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga betul-betul kembang. 
  6. Didalam bekas berasingan ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. 
  7. Masukkan pisang lenyek, minyak kedalam adunan telur tadi dan putar lagi hingga sebati. 
  8. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar setelah itu tambakan esen pisang. 
  9. Setelah lapisan bawah habis dikukus, masukkan adunan pisang ini diatasnya an kukus 40 minit.
  10. Setelah siap sejukkan dan boleh dihias mengikut kegemaran masing-masing.



INI saja nak show sikit mug yang adik akak BALQIS NAZID kasi by hand dari seorang kawan kat KL masa gi Uk dulu,baru teringat nak show hahaha cantik kan!! Thanks Qis ur hadiah tu bersama telekung dan buku masakan tu pun lupa nak ambik gambar jugak next time ya...



Ni kek pisang lepas dimake up tapi taklah secantik sifu nya pun 
Takpe tak pandai lah tu kan,mesti kena belajar mendeco lagi ni dari Eric heee

9 comments:

  1. Salaam Kak Noor..

    Alahai sedapnya tengok kek akak ni...

    ReplyDelete
  2. waalikumusalam MamaFami cayang..
    thanks sudi berkunjung malam2 ni kesini ala tkleh lawan yg mama punya kek kan akak ni baru2 belajar buat kek nak kena cari sifu macam mama jugak ni..

    ReplyDelete
  3. salam kak Noor alahai malunya hik..hik..

    Allhamdulillah kalau akak suka... :)

    kak Noor cantiknya tekstur cake akak ni..jeles sangat..
    akak ni buat apa semua nampak perfect jer... ni yang makin tak sabar nak ke sana lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam adik manissss...
      suka lah Qis apa saja pun tolak batu dan kayu ja itupun kalau batu dan kayu utk hiasan pun suka jugak heee
      alahai Qis akak nmpak mcm tak cantik pun sbb ada yg berlubang sana sini tak tau apa sebabnya tapi rasanya mmg sedap lah gebuss ja,anytime boleh dtg sini sila sila ya Qis..

      Delete
  4. Selamat pagi Kak Noor... cantik tekstur kek pisang dua seri tu...nampak gebu! Amie baru selesai sahur ni...waktu imsak pukul 4.30 pagi. Di Brunei pukul berapa imsaknya Kak Noor.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya Kak Noor....saya mmg suka kek2 yg dikukus.Alangkah bahagianya kalu dapat sepotong....hehehe!

    ReplyDelete
  6. Mas suka dgn kate2 hikmat kt mug tu....
    Kek pisang akkk cntik je kejadiannya....nak mintak sepotong juah sgtlh plak...cuci mata je lah hehehe

    ReplyDelete
  7. salam kak noor..chanteknya mug tuh...nak kek yg siap saggul munge biru tu tau..mokwo bulan2 posa memang jarang nak buat kek...kalau dah sedap, rupa mcm mane pun tak kesah lah kan!

    ReplyDelete
  8. uniknya mug tu! kite dah lama tak buat kek pisang. tak topup lagi stok telur.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home