Last Episod Rambu Ramba Dikotaraya London, Bath,Oxford & Great Malvern Birmingham

Last Episod Rambu Ramba Dikotaraya London, Bath,Oxford & Great Malvern Birmingham



ASSALAMUALAIKUM adik2 akak cayang!!!rasa nya cukup lah setakat ini kak Noor bercerita pasal London dan segala nya disana,nanti lama2 sangat pasti ada yang jemu dan jelak pulak kan..
Terus ke main point lah ya, biasalah kalau anak2 bawa jalan mesti tempat yang senang cari makanan halal dan of course lah nak sedap jugak kan, anak sulung akak dah hampir 8 tahun kat London jadinya dia dah jadi master dalam bab makanan halal ni,jadi tempat yang dia bawa mama dan bapa ialah WESTFIELD iaitu complex membeli belah yang terbesar lah rasa nya kot sebab semuanya ada kat sini termasuk restoran Malaysia yang terkenal iaitu Restaurant JOM MAKAN, kalau makan kat sini tak boleh nak bandingkan harga Malaysia dengan London sebab kalau bandingkan pasti nya semua nya pengsan sebab terlalu mahal sangat,sepingggan mee atau nasi dah 7 or 8 pound, kalau duit Malaysia didarab dengan 6 kot, jangan ada yang pengsan pulak ya!!!tapi daripada keletihan dan kelaparan baik lah hati suka dengan KEKENYANGAN heee sabo je lah



Tengok tu Pakcik Lebai ni dah licin tu makanan nya mesti lah sedappppp kan!!lagipun sayangkan bayar mahaiiii makan sikit baik kebas je semuanya berbaloiiiii2...



Ini pulak gambar makcik  kat Paddington Station otw nak ke Bath rumah anak kedua yang nak grad tu,sempat lagi beli majalah masak Jamie Oliver tu macam2 masakan ada kat sana,tunggu akak buat testing nanti ya..



Memetik strawberry fresh kat Oxford saat yang tak boleh dilupakan,macam tak nak balik bila kat sini seronok sesangat sangat...



Ditepi ladang strawberry tu ada restaurant dan tempat untuk diaorang buat majlis kawin patut lah cantik sangat dengan hiasan dan landskap menambat jiwa akak..



Masih lagi restaurant yang cantik tu tergoda lah nak gantung bunga macam ni..



Ditepi ladang strawberry tu sebelah satu lagi pun cantik jugak di hias makna nya ladang strawberry tu dikelilingi hiasan yang cantikkkkkkk2 belaka.



Part yang tak boleh tinggal ialah acara makan,dah letih diladang kenyangkan perut di AL - SALAM LEBANESE RESTAURANT,main tunjuk2 je sebab tak faham tulis ARAB hahaa tapi sedap jugak lah semua benda kat atas tu dimakan dengan nasi Arab yang sedap tu..



Acara wajib AMBIK GAMBAR heeeee



Dah kenyang start lah makcik ni jalan dan shopping cikitttttttt2
eksen je lebih tu haha



Tak banyak pun soping sebenar2nya meronda ja yang lebih,cuma yang tak boleh tinggal satu kedai dekat Bath ni iaitu Lakeland kedai barang dapur dan aksesori buat kuih bagai semua ada kat sini macam nak hangkut semua barang tapiiiiii....




Ni pulak time dah habis majlis graduation tu meronda lagi kat Bath terjumpa Macbook yang besar gabak ni anak2 cakap cepat mama ambik gambar kat sini,mama pun apa lagi pucuk dicita ulam mendatang lah hahaha..



Kali ke2 melawat WESTFIELD tak puas rasanya lagipun kat sini ada World Food Court 
banyak makanan se antero dunia ada disini dan yang best HALAL..




Sehari sebelum balik sempat lagi melawat kat Buckingham Palace,ni otw nak kesana melalui padang yang luas dan tengoklah tu matsalih bersantai sambil baring2 lagi..



Akhirnya dapat jugak jumpa pakcik guard yang selalu dimainkan oleh Mr.Bean tu,sayangnya kami tak masuk kedalam Istana ni sebab datang bukan time dia buka jadi nya hanya sempat bergambar kat luar saja lah



Wajah2 ceria anak2 mama heeee



Pasangan veteren pun sempat jugak bergambar kat Palace ni sesekali kan jangan jeles hah....



Macam famous sangat lah pulak ni aduiii tak malu sungguh!!!!



Pagar beso kat Palace tu jadi sasaran kami jugak hahaha


Cantikkkk...



Acara biasa dah letih singgah restaurant India,dah tak ingat nama nya tapi memang sedap lah
makan segala benda kat atas tu maklum sedang laparrrrrrrrrr...



Last day di London terpaksa ke sekolah anak ke3 di Malvern sebab ada majlis penyampaian hadiah,ni kat 
Paddington Station menunggu train posing lah dulu kan, tatau bila lagi nak kesini..


First time masuk majlis makan yang ada omputih ni,lagipun majlisnya pukul 2 petang so makan dulu lah
Alahai makanan nya tak lah mengikut selera kita tapiii kena jaga jugak hati diaorang so makan lah yang vegetarian je,Salmon dan salad heee,padan muka aku!!!mana ada sambal segala hahaha




Ni lah gambar makanan yang akak makan tu agak2 sedap tak makanan ni??? heee hanya orang yang makan saja yang tau segala nya....



Kat sini ada sorang orang Malaysia yang dah kawin dengan omputih kat Malvern ni dan dia bekas guru jugak tulah dia Mak Teh panggilan mesra pada kakak kat atas tu,sangat baik orang nya walaupun cakapnya dah sedikit berubah pelat nya tapi still ada Malaysian nya tu..



Dah masuk dewan tu dengar aje lah ape yang dicakapkan walaupun ada jugak yang 
"blur" hahaha



Yang bertudung tu orang Brunei lah yang telah kehilangan kedua orang tua nya semasa dia belajar kat UK,tapi semangat masih kental dan membolot 3 hadiah sekaligus dalam Maths,Chemist dan satu lagi akak tak ingat hehee ALHAMDULILLAH..



ACARA yang ditunggu-tunggu ke empat2 Bruneian menerima hadiah
Alhamdulillah sejuk hari mama dan bapa




Sebelum meninggalkan Malvern School sempat lagi berposing walaupun didalam hujan yang 
tak berapa lebat tapi basah jugak lah kalau tak berpayong...
Bukan apa tu tengok bunga yg bergantung yang lawa tu tak sah lah kalau tak ambik pic...



Dah sampai train station


Acara posing memosing hampir habis, babai Great Malvern panjang umor pasti datang lagi


Last call sempat bergambar dengan anak mama Nabilah, lepas ni dia kesekolah semula sebab acara belum selesai,ada Strawberry Tea pulak,kesian mama tak dapat hadir sebab train ke Paddington dah menunggu,lepas tu terus ke Heathrow flight kul 10 malam,aduh sungguh padat acara makcik dan pakcik ni dalam plane pengsan dua2nya hahaha
SELESAI 
Lepas ni baru ada N3 makan2 lagi heeee..

22 comments:

  1. Tahniah pada anak k.Noor,
    dah kembali semula ye....
    ok...sy menunggu acara masak memasak k.noor plak lpeas nie ye....

    gambar2 kat atas tu semua....cun belaka tmptnya...teringin nak pgi...tp ntahlah....ada rezki...smpi la kut.......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks Syifa,alhamdulillah dah kembali ke pangkal jalan ni heee
      nak tau nak masak apa lagi ni,insyaallah kalau ada rezeki boleh lah kita pergi sama2 Syifa nak tak??

      Delete
  2. kak noor, paling tak tajan tgk strawberry yg segar tu.. klu dapat cecah ngan coklat lak, terangkat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesuma cayang..
      akak pun teingin nak buat jugak strawberry yg cicah cekelat tu nnt lah tunggu masa yg banyak boleh lah kita gubah sikit2 bagi ummpphh hee

      Delete
  3. kak noor suka tengok gambar gambar ini semua walaupun panjangnya..ha ha ha, tahniah untuk anak-anak kak noor. Tapi sekarang malaysia kalau nak ke London taklah mahal macam dulu, sekarang hanya kali 4.6 atau 4.8 aje kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Yati,amboii banyak nya jadi emak orang ni ..
      yalah Yati kak Noor pun tak perasan jugak kali berapa,masa balik baru ni singgah umah Phia,tanya hubby dia skrg ni kai berapa?? dia kata kali 6 hahaha tulah akak tulis kali 6 sbeno nya tak tau jugak, lainkali kena tanya Yati lah serbi serbi tau kan...

      Delete
  4. seronok baca kisah2 kaknoor di sana.Anak kak noor mmg cantik2 comel2.kata org beauty with brain.Tahniah buat kak noor sekeluaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai cantik ape nye tu Ina sayang Ina lagi lawa tau heee biasa je la budak2 sbb happy2 mama dtg mesti lah senyum manjang,orang senyum mestilah cantik kan heee nak senyum lah ni Ina nak lawan budak2 tu..

      Delete
  5. Assalamualaikum Kak Noor,
    seronok tngk pengalaman akak kat UK bersama keluarga tersayang..mmng bestkan bila semuanya berkumpul..anak akak dah abes belajar kat UK, anak Yatie baru nak bermula, skrng anak bujang Yatie kat Sheffield UK..manis2 anak dara akak...leh kenen2 ni..sudi tak..he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalm Yatie..
      alhamdulillah kesempatan yang diberi oleh Allah bertemu dengan anak2 di UK,oh yeke kat Sheffield nnti bila grad Yatie pun boleh kesana jugak tu mesti lebih menarik lagi pengalaman Yatie,biasalah dimana Uni anak2 belajar maka disana lah kita akan pergi kan,semoga Allah panjangkan umo utk menungga akak sulung lagi yg grad PhD nya dua tiga tahun lagi ...
      ada sorang lagi yg solo tu Yatie bekenan ke??heheee

      Delete
  6. waahhh akak seronok dan bangga nyer ade anak pandai mcm ni kan!tumpang bangga ni kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Mrs.Eady
      alhamdulillah semua kurnian Allah jua kan berkat doa ibubapa usaha anak2 dan izin Allah kan,,

      Delete
  7. Wah...memang gue jeles tengok Kak Noor jalan2 di UK...selamat kembali ke tanah air tercinta..pasni hidangan mesti sedap2...nak tunggu resepi yang guna strawberi fresh dari ladang..

    ReplyDelete
  8. Rahel cayang,nnti akak nak buat resepi special dari strawberry ni,yg fresh dulu tu smua dah masuk peyot tau,ni kena beli lah gamaknya lagi,tapi tk boleh lawan Rahel yg terer tu lah akak ni menu2 kampongan heeeeee

    ReplyDelete
  9. Salam k.Noor. tahniah juga buat buat Nabilah.pandai2 anak dara k.Noor...bertuah k.Noor dan suami.byk tempat juga k.Noor sempat jln2 kat sana.....tp yg best petik buah strawberry tu.....teringat pula kenangan dulu2 petik strawberry kat sana....

    ReplyDelete
  10. Kak Noor... tingginya nasi kat restoran India tu!
    Bahagia rasanya ye Kak Noor dan abang Kak Noor, anak-anak dah menjadi... tahniah dulu kepada ayahbonda yang mendidik mereka! Lepas tu baru tahniah buat anak dara Kak Noor yang come lote tu...

    ReplyDelete
  11. salam kak nor cyyggg..sejuk perut ibu mengandung..semua ank2 kak nor pandai2..apa rahsianya tue..nampak sopan2 semuanya..suka tgo..maknya pun paling ayu dan sopan giteww..he hehe hee..seyeess..lps nie episod masak2 la pulak erk..x sabo nk nunggu:)

    ReplyDelete
  12. AS'salam Kak Noor

    alahai..seronok bercampur teruja juga ct membacanya kisah kak Noor dan family. apa lagi kalau dapat jejakkan kaki ke kota LonDON tu. emm...mengidam dalam mimpi jer kot tak pun tunggulah bila dah pencen keja nanti baru jalan berdua2an dengan suami tersayang hehehe

    seronk tengok kak Noor berposing sana sini, macam ct juga suka bergambar pantang dapat port baik aje mulalah kamera jadi habuan ditangan hehehe

    ReplyDelete
  13. boleh tak nak cakap, berkenan betul dengan handbag coach kak noor! huhuh....suke!!!

    ReplyDelete
  14. salam kak noor .. dah selamat kembali Malaysia dah ..eh ke Brunei?? ..wani sebenarnya confused samada kak noor menetap di Brunei ke atau Malaysia hii.. suka betol dengar cerita jalan2 kak noor ni...tengok gambar strawberry cam nak menyelit jugak kat celah pokok strawberry tu hiii ... tumpang seronok .. semua anak2 kak noor pandai2 belaka ..alhamdulillah sejuknya hati ibu.. lepas entry makan2 nanti entry masak2 lak ya ^__^

    ReplyDelete
  15. Bestnya kak jalan2...
    Bila nak jalan sesama g landen ni ha..ha..

    ReplyDelete
  16. saya pun seronok baca kisah akak gi jenjalan jumpa anak kat uk ni...dpt juga la menumpang tengok2 gambar org...saya nak pegi sendiri memang tak sampai kot..heheheh

    seronoknya kak gi ladang strawberry tu...manis ke masam rasa buah kat sana ye? heheheh

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home