Udang Garing Daun Kesum

Udang Garing Daun Kesum



Assalamulaikum dan selamat petang semua nya,semakin dekat dengan hariraya semakin sibuk lah semua kaum2 ibu kan,macam2 benda nak buat tapi kita hanya diberikan dua tangan dan dua kaki sahaja jadi semua kerja terpaksa lah ikut kemampuan kaki dan tangan sendiri,masakan udang garing daun kesum ni pun sebenarnya dah agak lama akak masa tapi kerana keterbatasan waktu baru hari ni dapat masuk entri nasib ada gambar kalau tidak mesti dah takde bukti lagi, resepi ni pun akak sekodeng dari 
blog AMIE'S LITTLE KITCHEN dan DAPUR IBUNDO dan ramai lagi rakan2 blogger yang sudah buat sorry akak tak tertulis  ya sebab nampak sedap je tulah akak pun buat tapi memang berbaloi2 sebab semua anak2 suka sangat dengan keranggupan udang ni,terimakasih banyak2 untuk semua sifu kita izinkan akak kongsikan resepi U all kat blog akak jugak ok untuk panduan rakan2 dan anak2 semua..




Bahan
500 gm udang

Bahan perap
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil lada hitam 
1 sudu besar tepung jagung & sedikit garam

Bahan cincang
6 ulas bawang putih
3 cam halia
1 tangkai daun kari
1 tangkai daun kesum
1 tangkai daun selasih
1 biji bawang besar (bundo tambah) 
1 biji cili merah
minyak untuk menggoreng



Caranya

Kelar bahagian belakang udang dan bersihkan nya
Gaulkan udang bersama bahan perap dan biarkan seketika
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebikkkurang 2 sudu besar sahaja.
Tumis bawang putih dan bawang besar dan halia sehingga agak garing
Masukan cili merah diikuti daun kesum,daun selasih dan daun kari
Sentiasa kacau supaya tidak hangus,goreng sehingga garing
Masukan semula udang dan gaul rata.



15 comments:

  1. akk nor..kita dtg bawak piring nie..kot2 ada lg leh la wat lauk buka nnt:)zila pun nk try nnt kak..best resepi nie:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila, hahaha kenapa kecik nsgt piring je ke? bawalah mangkok tingkat dapat tapau apa yg lain lagi hehee

      Delete
  2. Replies
    1. Mrs Eady sangat menarikss macam nk try lagi esuk lusa utk raya pun ok gak ni

      Delete
  3. Assalam kak noor,sy pon dah 2 kli wat udang nih,sedap mkn ngan nasi panas,gaul2 ngan mnyak tuh sikit,mmg ambk lauk len dah..time sahur suka mkn lauk kering2 sbb tuh dah 2kli wat,hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmsalm Ct cayang..
      akak pun skrg ni suka yg kering2 tak suka yg berayaq kalau sahur gaul dng nais mmg power ni mesti try dua tiga kali baru puas hati heee

      Delete
  4. sedap kan nor...
    ratah je dah sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ratah rugi bundo mesti makan dgn nasi baru lah berbaloiii2 hee

      Delete
  5. Hadoiii Kak Noor cayanggggg.... rasa macam nak buat lagilahhh... wangi, rangup, sedap .. sedapppp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak noor suka segala daun2 yg ada kat atas udang tu nyaman bah tu kan esuk lusa nk shopping udang lagi dan buat macam ni

      Delete
  6. Salam Kak noor...
    Nampak je udang ni terus lapar lg ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmuslaam kak Nita cayang..
      meh akak suap kan pasti tak lapar lagi hee

      Delete
  7. saya x pernah masak/makan lagi ni kak...
    sure rasa segar sebab ada daun kesum

    ReplyDelete
  8. lauk cam ni mmg sedap. gaul ngan nasi panas pun dah cukup..tak payah kuah2..

    ReplyDelete
  9. Haiiiii sedapnyaaaaa.... tapi apakan daya sekadar tgk gambar je...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home