Capsicum Hitam dan Itik Berempah

Capsicum Hitam dan Itik Berempah



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semuanya.

Saja kak Noor nak kongsikan capsicum hitam sebab ini lah first time akak tengok capsicum yang kaler gelap gini,siapa yang pernah tengok capsicum selain dari warna traffic light tu ya, macam2 sudah sekarang ni kaler sayur mayur kita, capsicum kuning yang kat atas tu pun warnanya agak pudar bukan kuning yang selalu kita tengok warnanya very light yellow chewah speaking london lah pulak ni heee..



Tapi walaupun hitam warna capsicum tetap menawan hatiku sebab ianya masih keras dan segar,tak berubah pun rasa asli capsicum walaupun kaler nya gelap macam tu, so don worry lah kalau ada adik2 terjumpa capsicum beli aje lah best jugak tengok warna yang luar biasa macam ni kan



Ini pulak resepi akak semalam tu,sebab anak2 kat umah ni teringin sangat nak makan itik so akak beli lah sekor itik yang agak besar,separuh nya dipanggang saja dan dah lesap sebaik lepas panggang,yang separuh lagi akak masak entah apa2 janji sedap je kan hee, akak dah survey sebenarnya macamana nak masak itik ni tapi malangnya akak takde sos hoisin yang selalu orang guna utk masak itik tapi akak guna sos yang ada kat umah lah iaitu sos teriyaki,ini pun  yang anak2 beli ada lebihan mama rembat je ganti sos hoisin tu

BAHAN2NYA
MAAF AKAK TIADA SUKATAN SEBAB MAIN AGAK2 JE

Secukupnya dada itik  dipotong kecil dan diperapkan dengan lemon dan garam agak2 20 minit baru dicuci
Bawang merah,putih dan halia dikisar dan perapkan pada itik yang sudah bersih tadi campurkan sos teriyaki,serbuk rempah lima,serbuk lada hitam dan sedikit gula dan garam,peraplah agak2 30 minit kemudian goreng sehingga masak dan toskan.

Didalam kuali panaskan sedikit minyak,tumiskan serai yang diketuk,halia dan cili kering yang dihiris kecill,tumis sehingga layu masukan bawang besar,sedikit cendawan apa saja,sos tiram,dan lebihan dari bahan perapan itik tadi masaklah sehingga kuah nya agak kering, masukan sayur campur pilihan masing2 maksudnya apa yang ada kat dalam petisejuk kita tu boleh lah dicampakan kat dalam itik ni,kalau boleh masakan itik ni agak kering lagi besttt..

SEBELUM NI AKAK BUKAN LAH PENCINTA ITIK,TAPI SEJAK MEMASAK SENDIRI  MACAM TERINGIN NAK BUAT LAGI LAH PULAK,LAGIPUN ISI NYA YANG AGAK KERAS TU BUAT AKAK TAK JEMU MAKAN , MACAM MAKAN AYAM KAMPONG LAH,MEMANG BESTTTTT,YANG BELUM MENCUBA BILA LAGI!!!!



11 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Noor :D
    Lin tak pernah lagi tgk Capsicum Hitam, biasa tgk yg warna traffic light tu laa...

    Aduhai! Kak Noor sayang...dah bertahun2 Lin tak makan itik, Lin makan Itik masa kecik2 dulu sbb nenek ada bela itik...mesti sedap kan Kak Noor? Terliur Lin melihat masakan Kak Noor..

    Terima kasih Kak Noor sudi komen di blog Lin...

    ReplyDelete
  2. salam ceria kak noor. GD pun x pernah masak itik cuma pernah le mkn sekali je pun itik serati masak kari ar tangan mak mertua.. Insyaallah akan dicuba... heheheh tapi x tau le bile...

    ReplyDelete
  3. Waalikmslm Lin thank jugak dari akak sudi komen ya,samalah kita dh brtahun2 tk mkn itik tpi rasanya lepas ni mesti nk mkn lgi sebab sedapppp

    ReplyDelete
  4. Thank Gya sudi singgah kt blog akak untung ya ada mertua yg pndai msk itik mesti terangkat ni kan...

    ReplyDelete
  5. Asslmkum kak Noor.
    Angkat tangan. . Sue pun x pernah nampak jg capsicum itam tu. Nnti nak carik betul2 ada x kat masia ni.
    Kak! Sedap ka daging itik tu. Sue x pernah dan x pernah teringin nak mkn daging itik pun. Tp bila tgk menu akk tu, mcm sedap pulak. :D

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak makan iti. Tapi seharusnya perlu dicuba .....

    Chik Att

    ReplyDelete
  7. salam kak nor ni first time wani tengok capsicum hitam.. tengok ke warna hitam kalo tak rasa mesti orang kata masam cam buah bery hihi... x pernah tengok lagi kat pasar sini jual ..wani pun x berapa gemar itik.. tapi blh gak jika dicuba hii

    ReplyDelete
  8. Salam knoor.
    1st time tgk capsicum warna itam....hehe....itik kan mmg peberet sy la kak.....masak redang itik...peghhhh...mmg sedap lah.....dagingya mmg lgi sedap dri ayam....tekak sy la....orng lain x tau la kan....hehehe......

    ReplyDelete
  9. Assalam kak Noor.
    1st time tgk capsicum color hitam gini.Kak,daging itik sedap dari ayam....saya suka masak rendang atau gulai.

    ReplyDelete
  10. kak noor, kalau balik kedah kami mmg tak miss la cari gulai itik ...

    ReplyDelete
  11. yelah kak noor 1st time KA tgk yg kaler hitam tu

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home