Laksa Kedah dan Orkid Sekitar Rumah diBrunei

Laksa Kedah dan Orkid Sekitar Rumah diBrunei



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua adik2 blogger
Hari ni akak nak kongsikan resepi simple turun temurun sejak berzaman dah dok buat laksa macam ni
Sebenarnya kuahnya ada lah lebihan dari masa hariraya aidilfitri dulu,dah sebulan lebih ni,akak frozenkan sebab sayang daripada membazir biarlah simpan di frezer,ALHAMDULILLAH memang masih sedap dan rasanya tiada yang kurang ,cuma kita perlu panaskan je,tapi kena stanbye awal lah kuarkan dari frezer supaya dia cair dengan sendirinya, lebih mudah kalau dah ada kuah cuma kita perlu rebus laksa je kan jimat masa dan tenaga..

UNTUK BAHAN KUAH
1 kg ikan kembung direbus dan diambil isi dan dikisar
20 biji cili kering direbus dan dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 kuntum bunga kantan
10 tangkai daun kesum
7-8 keping asam keping
garam secukup rasa

MASUKAN isi ikan yang dikisar dalam periuk bersama dengan air rebusan ikan yang sudah ditapis,asam keping,cili kisar,bawang merah,daun kesum dan bunga kantan jugak air secukupnya,dan masaklah sehingga mendidih,dan tambahlah garam dan perasa,tambahlah air ikut kegemaran masing2 ada yang suka pekat,kurangkan air dan jika suka kuah yg agak cair lebihkan air,pada selera akak kuah ni sedang2 lah tidak pekat dan cair itu lah yg POWER heee
( UNTUK KUAH NI AKAK MEMANG SENGAJA TAK TARUH BELACAN SEBAB ADA YANG TAK SUKA BELACAN)


BAHAN SAMPINGAN
Sebungkus laksa kering direbus sehingga lembut dan ditoskan
1 biji timun dihiris kecil
1 biji bawang besar dihiris kecil
1 kuntum bunga kantan dihiris
beberapa tangkai daun selom dihiris
beberapa biji cili padi dihiris
beberapa biji telur direbus
LIMAU TAKDE LAH PULAK boleh jugak ditambah kalau suka ya


DAH SIAPPPP bolehlah makan dengan kuah yang disediakan tadi,kalau tak habis kuah tu jangan dibuang tau SAYANGGGGG simpan dalam frezer bila2 nak makan just panaskan saja dan direbus laksa dan buat aksesori nya mudah kan!!!



READY UNTUK DIMAKAN  penyediaanya kurang dari  setengah jam lebih jimat masa kan..



Ni akak sengaja snapkan orkid yang berkembang pada hari masak laksa tu biasalah kalau ambik gambar kat luar macam2 benda nak snap..



Jangan keliru tau orkid oren yang atas dan bawah ni tak sama tau hanya kaler je yang sama tapi bentuknya sikittttt lainn



Boleh pandang2 jangan pegang2 tau heee



Ini bunga nya yang macam giant sikit bosar dari yg lain mungkin spesis lain kot



Yang ni geng yang oren tadi cuma kaler ni merah sikit



Orkid ni yang jarang berbunga warnanya yang macam kaler harimau tu yang buat tertariksss


Spesis ni pun agak jarang jumpa tapi bila berbunga memang tahan berbulan2 dan banyak tangkai sebab mungkin dia nak berkawan tak suka setangkai2  haha..


Ini orkid biasa je tapi warna nya menggoda kan purple gitu..
SELAMAT MENJAMU MATA YA JANGAN JELES TAU!!!

8 comments:

  1. cantiknya orkidddd
    suka sgt..kat rumah ada juga tp x banyak le.
    Laksa tu pun mengancam kak

    ReplyDelete
  2. laksa oh laksa .... baru jugak buat laksa. pagi petang - siang mlm mkn laksa. tak masak nasi dah :)

    ReplyDelete
  3. menjejeh air liur tengok laksa.... ikan ada tp malasnya nak buat!

    munger2 pun tersangatlah cantiknya. mmg jeles lah!

    ReplyDelete
  4. salam k.noor....ucu dtg ni ada hajat...
    mana2 orkid yg berbunga,yg akak dah tak larat nk jaga tu pas-pas lah kat ucu ....kurang arang..temburung bakar ucu sediakan...hahahaha...:) windu dgn akak...

    laksa mmg fav. ucu tu..semangkuk dijamin x cukup...

    ReplyDelete
  5. Berbunga2 hati gitu ...nengok ke laksa tu .....

    ReplyDelete
  6. Salam kak noor! sedapnya laksa!! kita suke makan laksa, lama sgt tak buat laksa itu hari balik mesia mak buat jugak laksa masa buka, tp takde mee laksa lah pulak, sedapnya!

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Noor cayang... sedaplah laksa tu. Dia adik beradik dengan laksa Penang ke? Cam sama je kak? Kita tak pernah masak laksa tau. Believe it or not. Tapi kita suuuuuka laksa penang..

    Cantiknya bunga-bunga orkid akak. Green hand la akak ni. Kita rasa kita red hand kot sebab semuanya cam layu je... ahahahaha....

    ReplyDelete
  8. salam kak noor...lama tak singgah sini...nampak ngancam la laksa kedah tu...sy ni nama ja org kedah tapi dah macam lama sgt tak masak laksa..huhu..bunga orkid itew sgt gorjes!! jatuh cinta nengoknya.. :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home