Mangga Ku Berbuah Lebat

Mangga Ku Berbuah Lebat




Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua adik2 yang sudi berkunjung kesini,hari minggu hari bersantai2 kan jadi hari ni kita berrileks2 lah saja lah tak payah memasak,sekadar makan yang simple2 saja lah atau makan MAGGI hahaa sesekali boleh lah makan maggi ni jangan amalkan tau,atau kalau malas lagi boleh lah makan MANGGA saja,buat semangkok garam belacan dan duduk menyicah dari pagi sampai petang ,baru lah datang ' CHERRY BERRY ' tapi takpe sekurang2nya buang lemak2 berlebihan tu

Kat umah akak sekarang sedang musim mangga ni banyak sangat sampai tak termakan,puas sudah jiran2 kenyang dengan mangga ni, kalau adik2 ada yang teringin boleh lah singgah ambil ya utk yg dekat lah,yang jauh tu sila pandang2 saja dan telan air liur aje tau heee..



Pokok mangga ni memang tinggi lah sampai terpaksa naik atas garage untuk mengambil buah ni,tapi kerana nak  makan buah yang masam2 manis ni terpaksa sanggup naik atas apa saja hahaha



Ini lah hasil menjolok mangga semalam tu,buah yang paling besar hampir 1 kilo 300 gm,akak pun terkejut jugak belum pernah terjumpa buah sebesar ni,biasa tu yang tak sampai sekilo memang banyak lah,mungkin rezeki lepas kenduri kot hee tapi sayang adik beradik semua sudah balik untuk di kongsikan makan bersama,jugak anak2 dah dua orang terbang ketempat masing2 aduiii sedih ni huhu..



Sebijik buah mangga giant tu bersamaan dengan 2 biji buah mangga yang biasa akak makan tu,memang 
HEBAT KAN BUAH TU.


INI LAH SEBAHAGIAN DARIPADA BUAH MANGGA YANG DI AMBIL TU 
ADA YANG TERIHINGIN TAK??? 
MACAM2 BOLEH DIBUAT DENGAN MANGGA NI ANTARA NYA
SAMBAL  ~  URAP  ~ PAJERI  ~  ROJAK ~  
Pendekata menu ditangan sendiri selesaikan ikut kegemaran lah 
JANGAN JELES HAH LEPAS NI INGAT NAK BUAT ROJAK KOT..


9 comments:

  1. Asslmkum kak noor
    Bestnya mangga dah berbuah. Byk pulak tu. Dan paling best, besar2 pulak tu. Heeee. . Sue pun pernah jg mkn mangga besar mcm tu. Rumah pakcik sue kat kg, mangga dia ada sepokok tu memang berbuah besar2. Memang baka buah besar kot. Mcm tu punya besar. Sebiji pun bole mkn satu keluarga kan kak.

    ReplyDelete
  2. rmh mak mala ada juga pokok mangga besaq2 mcm ni. mmg buah dia sebiji tu ada sekilo! tpai sayang terpaksa tebang pokok tu utk beri laluan pada renovation rumah. maklum la rmh teres.

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau saya jadi jiran kak noor.Biasanya saya kalau nak makan buah mangga mmg kena beli tapi jarang ada jual mangga muda.Saya suka menyicah mangga muda....sedapnya,rangupkan kak.

    ReplyDelete
  4. k.noor!! jgn sedih2.. meh hantar sini buah mangga yg banyak tu.. hehe geram jer tengok buah mangga yg besor tu.. ishhh.. kalau jd jiran k.noor kan best :)

    ReplyDelete
  5. memang musim mangga beranak pinak sekarang ni..fuhh..lebat betul gerantilan mangga tu bargayut kat pokok..saya punya ni pun baru menjadi, tapi buat tak berapa lebat..tapi hasilnya tersangat2 manis..

    ReplyDelete
  6. Kak noor ... pos mai penanggg ..... ayaq liur dah meleleh ni .....

    ReplyDelete
  7. Salam kak noor!!! Banyakkkkkkkknyaaaaaaaaaaa!!!! kalau kita ada kat sana kita ler org paling suke nak g metik dia nii bestnya! :D

    ReplyDelete
  8. wei terliuq dah ni kalau bukat rojak buah mangga, pos kat KAT sikit hehehehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home