Oreo Cupcake Resepi Matgebu Yang Memang Gebu & Sedap

Oreo Cupcake Resepi Matgebu Yang Memang Gebu & Sedap




SELAMAT MALAM !!! disini waktu ni dah lepas isyak baru boleh mengadap laptop dan segala macam,tapi lepas magrib dah selesaikan apa yang patut,biasalah malam jumaat ni baca Al-Quran mana yang termampu sementara menunggu isyak tu,mesti ada yang tertanya tak makan malam ke???
Kalau nak tau akak makan malam memang awal iaitu seawal pukul 5 - 6 petang lah sebab time tu anak akak balik sekolah dan semuanya pun dah ada dirumah terus je makan,makna nya kami makan malam sebelum waktu magrib,dari dulu sampai kini dan mungkin selagi ada hayat kot,memang mudahlah makan awal semuanya beres awal .

CUP CAKE ni kebetulan ada lebihan oreo tak tau nak buat ape petang tadi,biasalah blog rujukan cari2 punya cari terjumpa resepi dari Matgebu ni bahan yang diperlukan semua dah ada jadinya teruskan misi lah hee,izinkan kak Noor letakan resepi CikMat kat sini ya untuk panduan anak2 akak nanti.







BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
  2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas  jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja...(kak Noor tak ubah apa2 pun biasa lah murid  baru belajar)


Memang sedap sangat cupcake ni lembut dan gebu sekali anak2 akak lepas satu- satu dan yang paling best anak bungsu siap bawa kesekolah lagi untuk majlis hari guru nya hari ni,katanya cikgu kata SEDAP hahaha credit utk Cik Mat lah ni.



Jangan jemu tengok gambar ni boleh jugak kalau ada yang bekenan nak ambik satu dua tiga




Dengan cuaca yang lembab dan hujan ni memang sedap dilayan cupcake ni,nampak tak payung MERAH dibelakang tu lepas kena hujan makan cupcake memang TERBAIK HEHE..


SELAMAT MENCUBA TERBAIK PUNYA NI KALAU DARI MATGEBU
RUGI TAK TRY TAU..

15 comments:

  1. salam syg kak nor,
    kita kecur kt sambal kicap kak nor tue..2nd cup cake tu jgk..mcm nk rembat satu jew wt rasa..he hheee..bestnya dpt mkn ptg2 kn..zila biasanya lps mgrib baru dpt mkn sama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang mu diterima zila tomey
      kalau kecur tak payah susah2 esuk boleh hiris2 segalanya dan mkaan,bukan lagi rembat satu kalau adik tomey ni 10 pun akak kasi hee..
      lepas magrib oklagi zila kalau lepas isyak makan adoiiiii tak tahan akak..

      Delete
  2. Ellerinize, emeğinize sağlık. Çok leziz ve iştah açıcı görünüyor.

    Saygılar.

    ReplyDelete
  3. salam kak nor...nak wat gak la cup cakes ni sok...tempting lak tgk huhuhu

    ReplyDelete
  4. kecur jugak ka tgk cc oreo tu...xpyh buh krim pon dh sedap tu...bairkan togel gitu lg sedap rasanya...

    ReplyDelete
  5. Askum Kak Noor cayangku... Kak Noor sori lama tak BW kat sini bukan sini je semua dapur kengkawan sha dah lama tak jengah... sha sibuk sekarang ni kak Noor... kak Noor jangan merajuk ehh.. nanti bila sha free dari 'dunia' sha tu semestinya segalanya akan kembali seperti selalu.... apa pun Kak Noor sentiasa di ingatanku begitu juga dengan kengkawan yang lain.. sayang semua...

    Kak Noor ada lagi tak kek yang comey dan sedaps tu? nak 7 ketul tolong postkan! hehhehe cayang akak muahzzzzzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  6. resepi CMG always terbaik..n CC oreo akak tu...adehhh...mmg meruntun kalbu kak..tergigit2 oreo tu..hummm emmm..humm....heheeh

    ReplyDelete
  7. Hai Kak Noor cayanggg... kami pun makan malam sebelum pukul 6 walaupun sesekali terlajak he he he hh... elok benarlah amalan ini untuk kesihatan.
    Resepi2 dari CMG memang semuanya enak-enak belaka kan Kak!

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap kek oreo ni Kak Noor...ada senang nak try la...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Kak Noor :D
    CMG punya masakan mmg sedap...Cup Cake Oreo ni mesti sedap ni...bila anak2 balik nnt boleh cuba buat...kena masukkan dalam list...

    ReplyDelete
  10. Aslmkum k.Noor.byk ketui cc tu....boleh hulur 3-4 ketui nak mkn dg Syakirah...hi..hi...ada oreo dlm cc....pasti sedap rasanya ni...
    re; itulah mat saleh tu dok merapu apa..tak faham..blog lainpun ada dia singgah merapu gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMASYA - itu bukan mat saleh..itu mat turki...dia kata cupcakes tu nmpak cantik n tempting sgt...( huhu review google translate )

      Delete
  11. mitk share ye kak...nk bt utk hubby

    ReplyDelete
  12. terime kasih dengan cupcake ni..nk buat untuk jamuan akhir tahun..hehe..suke kite..

    ReplyDelete
  13. Salam kak. Kalau kite buat doh dye dlu. Simpan dalam peti sejuk. Esok bake tkpe tak?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home