Salmon Bakar Cicah Sambal Kicap

Salmon Bakar Cicah Sambal Kicap




ASSALAMUALAIKUM ! adik2 dan semua rakan2 blogger,hari ni dari pagi tadi hujan je,hajat dihati nak jogging lah sikit buang lemak2 berlebihan ni tapi keadaan cuaca tidak mengizinkan, mungkin nak suruh duduk je dalam rumah dan MEMASAK JE KOT heee,hari ni akak masak paling simple lah hanya 


SALMON BAKAR CICAH SAMBAL KICAP

Beberapa keping ikan salmon atau apa2 jenis ikan kegemaran dibersihkan dan diperapkan dengan lemon dan ketepikan 

Utk bahan perap 

Sos teriyaki secukupnya ( kebetulan ada dalam simpanan)
Sedikit serbuk lada sulah or lada hitam
Sedikit serbuk jintan putih (digoreng dan dikisar)
Sedikit kunyit serbuk
Garam dan sedikit madu 
Peraplah ikan salmon selama 15 - 20 minit atau lebih lagi baik

Panas kuali tak melekat tu atau pemanggang ajaib dan letakan sedikit minyak dan pangganglah dengan api yang perlahan sehingga masak dikedua2 belah ikan salmon .


Utk sambal kicap simple
Hiriskan cilipadi,bawang merah atau bawang besar,perahkan sedikit limau kasturi atau limau nipis campurkan kicap manis ABC atau kicap manis apa jenama pun, campur sedikit kicap masin dan gaul rata.
Ikan Salmon dan Sambal Kicap sudah sedia untuk dimakan!!!

Disaat akak menulis ni hujan masih belum berenti,kalau hujan macam ni makan apa pun 
PASTI RASA SEDAPPPPPP SAJA KAN
HUJAN PUN SALAH ~ PANAS PUN SALAH JUGAK
BEGITU LAH MANUSIA TAK PERNAH PUAS HATI DENGAN APA YANG DIBERI
KITA SEBAGAI MANUSIA SEHARUSNYA BERSYUKURLAH
DENGAN APA YANG ALLAH TELAH KURNIAKAN UTK KITA
BELAJAR REDHO DENGAN KETENTUAN ALLAH
KERANA APA YANG TERJADI TU PASTI ADA HIKMAH NYA





SELAMAT MENCUBA UTK ADIK2 AKAK YA

11 comments:

  1. Salam kak noor! ya ampun ikan salmon sampai skrg kita tak leh makan, kdg teringin sgt nak makan sashimi ikan salmon tp bau dia kuat betulll lerr :D tapi org2 dlm rumah ni semua makan kita ajerr yg tak makan :D padahal ikan salmon lah yg byk khasiat huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wlikmslam Ika
      ish kak noor tk rasa ada bau pun,sebenarnya akak dah perapkan dgn lemon jdnya wnagi oooo lemon tu,sbb banyak khasiat omega 3 tu tulah akak makan jugak ni hee

      amboi Mala
      tak boleh telan jugak kah,rasanya kalau buat sendiri lebih nak makan ni boh ja apa yg kita rasa nak bubuh pasti sedap

      betul KA
      sbb dia berkhasiat tu sesekali kena jugak kita makan kan utk kesihatan hee

      Delete
  2. sama la .... masih tak dpt nak telan salmon .. hanyiak! hehehe nak cuba masak snediri satu hari nanti ... (bila tak tau)

    ReplyDelete
  3. Uwaaaa....tak adil..tak adil....nak jugak satu slice ikan salmon...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun selalu jugak rasa tak adil RAHEL sbb U selalu post yg nyaman2 dan cantik2 tu kekadang jeles tau nk jadi mcm Rahel jugak heee tapi imposible lah tu..

      CDCH..
      Kadang yg pangang2 jugak bagi habis nasi banyakkkkkkkk kan Nisah

      salam kenalan jugak dari kak noor,terimakasih jugak pasal sudi singgah kat blog akak dan follow me

      Delete
  4. akak.. Ya Allah terliur nisah tgknye kak.. walopun nama je ikan bakar.. tapi ckp nak buat selera nisah membuak2... heheheee.. (^_~)

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan kak...akak buat saya telan air liut tengok...haaahhh...nak jugakkk

    ReplyDelete
  6. Kak sedapnya ikan salmon...errr kak noor saya x penah masak guna sos terayaki tu kak..jakun x tau cemana rasa n apa gunanya... Pe kata pos seslice ikan ke seberang kaut gak mcm mana donut izah tu berjaya merentasi laut cina selatan..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Chah sudi singgah seberang laut ni heeee
      lebihkurang sos ikan jugak lah sos teriyaki tu Chah,cuma mungkin ada lah kot campuran lain yg menamakan dia teriyaki, guna nya biasanya utk memerap lah samaada ikan ke,ayam ke daging ke or kambing, tapi kalau sekadar se slice je nak pos tak berbaloii lah Chah cayang nanti akak pos kan dua tiga ekor ikan salmon ni baru berbaloiiii2 kan heee

      dah tak larat nak angkat badan ni Norzie cayang hee apa lagi dah malam2 ni dok tengok bantal je sbb banyak makan hee

      Delete
  7. Benar tu kak Noor....apa yang terjadi mesti ada hikmahnya.
    Sedapnya ikan salmon bakaq cicah sambal kicap,makan pulak dengan nasi panas2....mmg terangkat.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home