Wedges Dan Ikan Dori Ala Buddy Cake Boss

Wedges Dan Ikan Dori Ala Buddy Cake Boss


ASSALAMUALAIKUM dan salam hari kamis untuk semua,CERIA kan diri kita ya walaupun pada hakikat nya MACAM2 MASAALAH melanda, setiap orang tak sama masaalah yang ALLAH bagi,ada yang berat dan ada yang ringan dan ada jugak yang terlalu berat dan tak kurang terlalu ringan tapi walau apa pun situasi kita tetap redho dengan KETENTUAN nya sesungguhnya itulah lumrah hidup manusia kan,tak mau lah nak berpanjang lebar lagi terus lah ke resepi kita hari ni ya....

Sebenarnya resepi ni dah akak buat dua tiga hari lepas biasalah disebabkan "kebizian" yang tak pernah habis2 jadi delay lah pulak entri ni,mudah je tapi sedap CONFEM, gara2 selalu tengok channel AFC, TLC dan segala macam C lagi tulah tak tahan kena buat jugak resepi dari Buddy tu..





3 keping fillet  ikan dori
1 biji telur
secukupnya cheese parmesan atau cheddar cheese
secukupnya breadcrumbs
sedikit garam 
sedikit cili flakes  * yang ni kak noor tambah
minyak untuk menggoreng


Campurkan telur dengan cheese parmesan or cheese cheddar dan kacau rata
Ambil sekeping ikan dori masukan ke dalam campuran telur dan cheese tadi,gaul rata biar kedua2 belah diselaputi dengan telur
Salutkan lagi kepingan dori tadi dengan campuran  breadcrumbs dan cili flakes jugak garam
Biarkan tebal2 breadcrumbs tu lagi sedap, buatlah sehingga habis ikan dori 
Kemudian boleh lah digoreng di kuali yang tak melekat tu dengan api yang sederhana panas,balik2an dikedua2 bahagian ikan supaya kuning dan garing ..
Masa siap menggoreng akak tak sabar nak rasa huh!!!!!
I tell U sangat lembut dan bercheese mmmmmm yummy sangat sedap lah pendekata.
Panjangkata pun macam tu jugak SEDAP heee


WEDGES tu akak goreng yang frozen sebab nak save masa

SALAD TIMUN tu 
AKAK tumbuk cekur dan cilipadi,lepas tu gaulkan dengan timun,campur garam dan gula sikit pastu campur jugak hirisan daun cekur dan daun kemangi 
Kacau rata dan bolehlah dihidangkan besama dengan gorengan ikan dori ALA BUDDY CAKE BOSS tu pasti menawan kalbu sesekali layan selera anak2 macam ni,kalau suka mayonis boleh lah di picitkan mayo kat atas wedges tu dan boleh lah di SANTAP BERADAP...




Nampak kan isi ikan yang putih tu tang tu lah yang sangat sedap tau,kalau U all nak tau lepas tu ada lagi lebihan ikan dori dalam frezer terus kuar kan lagi untuk makan malam pulak hahaaa sebab yang untuk tengahari tu dah langsai sekelip mata je hahaaa...


13 comments:

  1. Terangkat makan nie Kak Noor. Cili padi lagi buat salad memang bestlah.:)

    ReplyDelete
  2. aduh aduhhh terliur nie kak! dahlah saya suke fish n chips :-)

    ReplyDelete
  3. ape yg ade cheese sgt la sedapppp!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam kak! kita kan tak pernah makan fish n chips ikan dori pun kita tak tahu rupa dia mcm mana ya? ehehe... pernah jugak ler hb order FC ni tapi rasa sikit mcm kurang berkenan agaknya restoren tu tk pandai masak atau tekak kita yg cerewet :D guna ikan apa yg sesuwai selain dori eak?

    ReplyDelete
  5. Asslmkm Kak Noor.
    Nakkkkk..tapi lambat masuk ni kompem dah habis ni. Tak pernah lg mkn FnC ikan dori ni...

    ReplyDelete
  6. aslmkm kak nooooorrr...nampak sangaat sedap..dah kenyang rasa lapo balik..hihi

    ReplyDelete
  7. Assalam kak noor.
    Sedapnya kak....terliur sudah.

    ReplyDelete
  8. slm kak Noor syggg...sedapnya...mkanan jenis gini QH suka juga...terliur n kecur ni bile tgk menu di atas..

    ReplyDelete
  9. salam syg kak nor..
    kecurr..zila suka buh mayonis byk2 mabless...
    nnt nk try jgk la kak nor:)

    ReplyDelete
  10. Hai, kalau singgah sini memang kecur air liur la. Malangnya tempat nya jauh.Telan je la air liur tu...

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Noor...nampak sungguh sedap la ikan dori tu...kite selalu mkn fish n chip kat kedai...ermm lembut dan sedap ikannya.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home