Nasi Lemak Sambal Bilis Daging Panggang & Ikan Masin Wah !! panjang nyaa...

Nasi Lemak Sambal Bilis Daging Panggang & Ikan Masin Wah !! panjang nyaa...




Assalamualaikum dan selamat pagi untuk rakan2 blogger diharap semua nya sihat walafiat 
Tak mau cakap banyak lah hari ni sebab nak berpantun heehee

HUJAN RIBUT DI SANGKA TAUFAN
DATANG MELANDA SI PULAU JATI
SALAM BERSALAM MOHON KEMAAFAN
AGAR UKHWAH TERUS  ABADI



KALAU  ADIK  MENGAYAK TEPUNG
JANGAN TINGGAL SAKI  BERBAKI
KALAU ADIK NAK BALIK KAMPONG
BOLEH TAK KAK NOOR NAK TUMPANG SEKAKI...


DUA TIGA KUCING BERLARI
TERUS LAH KE RESEPI....





Untuk buat nasi lemak
Kak Noor blend  bawang besar 1 biji, halia 1/2 inci, dan 1/2 inci lengkuas, campur semua bersama santan, sukat lah beras, kak Noor guna 2 cawan beras basmathi, jadi santan nya antara 2 1/2  ke 3 cawan lah, dan masak lah macam biasa masukan dalam rice cooker dan jangan lupa garam tau!! kalau ada daun pandan boleh lah letak tapi kalau takde pun takpa jugak sebab lengkuas tu pun dah wangi..




Bahan Untuk Sambal Bilis
1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi



Untuk memasak daging panggang

 Hiris nipis daging yang kita perlukan, cuci bersih dan toskan.
Kisar kering 3 ulas bawang putih dan 1 sudu lada hitam ( untuk perap 1 kilo daging )
Lumurkan bahan kisar pada hirisan daging campurkan 1/2 sudu garam dan 2 sudu gula gaul rata dan perapkan agak2 dua tiga jam, lagi lama lagi baik lebih meresap bahan perapan tu
Letakkan sedikit minyak di dalam kuali serbaguna tu dan pangganglah di atas api yang sederhana sehingga daging masak di kedua belah,dan sehingga habis daging.


Ikan Masin 

Boleh lah guna ikan apa saja yang ada dalam stok kat rumah, akak guna ikan talang sebab ikan tu je yang ada boleh lah layan dengan nasi lemak ni selepas di goreng ranggup...

Telor Rebus dan Kacang goreng tu optional je eh  tapi rasa nya telor tu wajib kot kan, kacang tu je yg optional, suka hati lah nak lebihkan letak apa2 sebab kita yang masak dan kita jugak yang makan kan heee...





Resepi yang tak jemu dimakan sepanjang hari  
Kak Noor kalau masak nasi lemak memang untuk sehari suntuk ni 
Kes rajin lah tu kan...

33 comments:

  1. mencari mayang di ulu lepar
    sudah dapat bawa ke pekan
    perut kenyang jadi lapar
    melihat juadah yang puan hidangkan...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kak cik siap berpantun lagi ni...

      budak2 memakai selipar
      pakai selipar berwarna oren
      perut yg kenyang jadi lapar
      baru tengok gambar entah2 tk sedap langsung hahaa

      tak reti nak jawab ni kakcik

      Delete
  2. Berpantun la pulak... Kena follow ni..

    Pergi ke human mencari belati
    Belati disusun di tepi perigi
    Nasi lemak Kak Noor mengancam hati
    Kalau dekat, tentu ku pergi

    Amacam Kak Noor.NaJwaab jgn x jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ogyep..dengar ahhhh..

      kalau nak tidur tidurlah mata
      jgn menyiksa diri sendiri
      ala nasi ni biasa2 saja
      orang jauh je yang telan air liur sendiri

      hahaha lintang pukang
      macam chaw pu kang

      Delete
  3. assalamualaikum kak noor.. amboiii berpantun bagai.. nani ni tak pandai nak berpantun.. camne tu? hehehe.. :)
    nak cuba gak lah..

    Tolong mak pegi ke kedai
    Pegi ke kedai membeli aji
    Nasi lemak lauk bermacam bagai
    Rasa nak lagi dan lagi lagi

    Wahai kak noor yang manis sekali
    nanti ada masa, kita datang jengan lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani, kak noor pun tak reti jugak ni

      tolong ayah pergi sawah
      sawah ayah nunnnn di seberang
      kalau rasa nak lagi cepat lah tadah
      wahai Nani kalau habis jgn berang

      huh nak lari
      dah tak reti haha

      Delete
  4. Salam Kak Nooriah...nampak sedap sangat nasi lemak dengan setnya skali...sudah tentu berselera makan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikumslam Rahel
      nasi lemak bila2 pun mmg tak tolak punya kalau sedap tu bonus lah pasti betambah makan kan...

      Delete
  5. Replies
    1. Atie..
      yang simple dan dimple je ni tapi ok gak lah anak2 kata sedap heeee

      Delete
  6. kak nor,

    cik amoi basuh pinggan, mai sepinggan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha Hazel mai dengaq yg ni pulak no..

      atas para banyak pinggan
      di letak oleh adik yg sopan
      Utk Hazel bukan lagi sepinggan
      satu kontena sanggup akak terbangkan

      cepat jawabbbb

      Delete
  7. Cukup lengkap lauk pauk nasi lemaknya ye Kak Noor... dari laut sampai ke darat, dari ikan bilis sampai ke daging panggang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cukup Amie lengkap kan..
      mana pantun nya cikgu ala tak best lah..
      hehee

      Delete
  8. salam syg kak nor..
    hikk3x wahhh arinie main balas pantun yer..x reti nk balas nie kak..daging tue zila paling kecur..nk sepiring kak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumsalam Zila cayang
      takpe tak reti, akak pun spontan je teringat kat pantun tadi tu hee daging tu mmg best tak cukup sekeping ttau..

      Delete
  9. dari jauh saya memerhati
    tak jemu di pandang setiap hari
    ikutkan hati mahu merasai
    kalau boleh kirimlah ke langkawi

    hehe kak noor, lintang pungkang pantun nisah..
    xpe la kan asalkan, maksudnye sampai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai Nisah orang langkawi
      awat tak habaq awai ceq nak nasi ni
      kalau tak senang kak noor berlari-lari
      sebab kita memang satu negeri

      hehehee lintang pukang
      macam ikan belukang

      Delete
  10. x leh tahan tgok daging bakar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suria..
      aduii sian kalau dekat
      pasti U dapat .....
      berkerat kerat
      supaya kenyang dan sendat

      Delete
  11. Datang sini jalan-jalan
    Tengok2 apa yang dihidangkan
    sayu hati tengok gambar sajakan
    tgh deman ni takda selera makan.

    Aih kak Noor, tak kuasa berpantun-pantun, tak sihat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai Sweetie kalau demam jangan jalan
      takut tersepak batu dijalan
      alah calling saja mudah kan
      pasti kak noor dtg hantarkan

      hehehee
      semoga cepat sihat dear ya

      Delete
  12. Wahh kak noor hari ni menu nasi lemak sama la.. cuma saya punya warna kuning.. buat org lg terliuk siap ada pantun.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lina hehee saje hari ni angin klasik sikit
      nasi lemak lina pun sedap sngt tadi akak menjgah hee thanks sudi singgah sini ya

      Delete
  13. hmmm.. sedapnyerrr.. paling tak tahan kat ikan masin tu.. nyum numm.. :b

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheila ikan masin mmg sedap kan apa lagi ikan talang tu huh yg kurang masin bahaya jugak takut terlajak

      Delete
  14. Replies
    1. thanks Evelyn sudi singgah dan follow ya
      nasi lemak mmg susah nk menolak kan heee

      Delete
  15. Hadoiii....... terliurnya daging bakar tuuu

    ReplyDelete
  16. Yuhuuuu.....salamk noor...lmbt jet kite hari ni....mesti dh hbis dh kn...nk kena buat sendiri lh jwp nyer.....:-)

    ReplyDelete
  17. Hi Kak Noor, salam... sorry tertinggal keretapi lambat sampai. Nasi lemak yang sedap tu ada lagi? Makan dengan kopi mesti sedap best. :)

    Header baru cantik. :)

    Have a nice day, salam dari JB.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum. Di Indonesia ini namanya nasi uduk sambel teri. Heeemmm... keliatannya enak sekali ya. :D

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home