Churros Cicah Coklat Menu Mata Biru

Churros Cicah Coklat Menu Mata Biru



ASSALAMUALAIKUM  dan salam hari selasa 25 hb disember 2012, wah sedar tak sedar lagi seminggu kita akan masuk ke tahun baru 2013, begitu cepat rasa nya masa berlalu,  dan umur kita pun akan bertambah lagi setahun atau berhenti setakat  ini  tiada siapa yang tau, hanya ALLAH yang mengetahui segala nya, jadi untuk peringatan diri sendiri jugak ni kena tingkatkan amalan lah mana yang kurang tu,  semoga ALLAH mendorongkan kita ke arah kebaikan lah
AMIN YA  ROBBAL ' ALAMIN





HARI INI  Kak Noor nak kongsikan resepi yang dah lama akak tak buat, semalam dah anak2 teringin nak makan, maka mama pun  buat lah CHURROS ni sebab kalau buat benda yang diaorang tak makan memang tak habis punya, kita yang jadi tong sampah dok habiskan segala makanan nak buang sayang,  jadi mama lah yang semakin hari semakin tembam 
hahaha...



Bahan-bahan nya
  • 1 cawan air
  • 100 gm mentega
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • minyak untuk menggoreng
  • secukupnya gula kastor
  • sedikit serbuk kayu manis
  • Untuk yang suka coklat boleh lah  masak coklat bersama dengan susu segar sampai cair dan boleh lah dicicah dengan churros ni
Cara membuatnya
  • Masukan air didalam periuk dan masukan mentega, biarkan sehingga mendidih dan mentega menjadi cair
  • Campurkan sedikit garam dalam adunan tepung dan masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata supaya ia nya tidak berketul dan bila tepung sudah tidak melekat di kuali boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk
  • Bila adunan dah betul2 sejuk baru masukan telur  dan kacau biar sebati 
  • * jangan masukan telur ketika adunan masih panas nanti telur akan masak dan churros tidak akan naik *
  • Panaskan minyak, kemudian masukan adunan dalam beg piping yang ber nozel bintang dan paipkan ke dalam minyak panas tadi.
  •  Gorenglah sehingga kekuningan, angkat dan toskan terpulang pada selera masing2 samaada nak bergula atau bercoklat.




KALAU ada buah strawberry pun best jugak makan dengan churros ni tapi  dah takde buah kacang badam dan jagus jadi sasaran cicah coklat, selera masing2 kan apa yang ada kat rumah semua boleh di cicah coklat tu kan heee




SELAMAT BERCUTI DAN  DRIVE SAFELY  INGAT ORANG2 TERSAYANG
JEMPUT2 LAH MAKAN CHURROS NI YA HEHEHE...


16 comments:

  1. salam noor. apa kabar. lama sungguh bundo tak menjenguk di sini. rindu la....
    hmm. sedap dan rangup nampak chiros tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah Bundo, baikkk seadanya tulah lama dah dah saya mencari Bundo mesti berehat panjang dengan anak2 cucu kan oklah tu, meh lah kita menyicah churros yg ranggup ni :)

      Delete
  2. Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni kakcik sarapan durian crepe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumussalam Kakcik Nur, wah durian crepe pun sodap saya pun lama dah tak makan asyik dok buat kat orang lain je, apa2 pun boleh sarapan janji happy kan kakcik heee

      Delete
  3. Mudah aje resepinya ye kak...nie klau nak buat nie....antara rajin dgn tdk je nie.....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mudah pun Syifa mesti rajinkan diri kalau nak test benda sedap ni, ni pun akak kalau tkde permintaan tk rajin jugak hahahaa

      Delete
  4. Wah! Nampak mengancamalah kak churros tu.... he he hehh dunia dapur tanpa sempadan ye Kak Noor, kejap2 tukar warna mata1

    ReplyDelete
  5. Kak Noor cayangg.. Biru mata hitamku.. nak yang cecah ceklat tu.. :)

    ReplyDelete
  6. yumm yumm tengok coklat da terasa nak makan da ni

    ReplyDelete
  7. Selamat malam kak noor...sedapnya churros cecah coklat!!

    ReplyDelete
  8. Salam kak noor dap nye...cicah coklat pulak tu...:-)

    ReplyDelete
  9. tq berkongsi resepi with us kak noor

    ReplyDelete
  10. Tang coklat tu, betul2 x leh tahan lah Kak Noor..

    ReplyDelete
  11. Banyak sedap wo....nak jugak..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak.noor..
    sedapnya choruss...dah lama tak membuatnya. klu buat satu adunan kadang tak cukup. masing2 comot cicah coklat.. hihihi..

    *teruja tgk orkid kak.noor... teringin nak tanam tp tak rajen pulak nak membelai-belai.. ngee ngeee

    ReplyDelete
  13. waalikmslam Hana..
    sama lah kat sini kalau satu adunan tu mmg kejab je lesap dalam peyot hee, oh dah melawat orkid akak ke, sbeenarnya tak susah sngt lah menjaga orkid ni Hana, yg penting dia cukup minum je, makan tu sesekali miss pun ok dia masih boleh berbunga...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home