Chicken Pie Yang Lazat

Chicken Pie Yang Lazat




ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam untuk semua warga blog yang sudi singgah disini, hari ni kak Noor nak kongsikan resepi chicken pie yang di buat masa kedatangan tetamu dari semenanjung seminggu yang lepas, jadi jangan minta lagi tau bau pun dah takde waktu ni hee, tapi memang sedap lah tetamu kata jadi tukang masak pun kembang kempis jugak lah hehe

RESEPI ni akak rujuk di blog ITA MASAM MANIS cuma resepi Ita guna serbuk kari , tapi kak Noor tak letak kari, dan gantikan dengan lada hitam kisar, sekali lagi akak minta izin dari Ita utk kongsikan di blog kak Noor jugak ya, sorry akak ubah sikit2 ikut selera penghuni rumah ni..




MASA potong tu tak sempat nak snap gambar sebab dah ramai2 yang menghadap tu memang cepat lah licin kan tak pe tengok yg bolat saja lah ya hee





Resepi asal : CURRY CHICKEN PIE
                             :  Pu3Bay
Dicuba oleh    :   Bicara Kak Noor
                             


Doh
150gram butter - ita letak 230 gm butter
280gram tepung gandum - ita letak 350 gm tepung
1 biji kuning telur dipukul - ita tak letak
secubit garam halus 
1 sudu teh gula halus
sedikit air ice - ita tambah

* adunan ita lebihkan kerana ita buat dalam bekas pie yg besar. 
Kak Noor pun ikut Ita buat dlm bekas besar..

Gaulkan tepung dengan gula halus  dan garam hingga rata.
Masukkan butter. Butter ni pastikan dalam keadaan sejuk baru keluar dari peti ais. Potong kiub kecil2 kalau ia macam dah nak lembut masukkan balik dalam peti ais bagi keras semula.
Ramas semua bahan hingga menjadi seperti serbuk roti.
Tambahkan sedikit2 air ais. Masukkan air ais tu sesudu dulu kalau adunan dah boleh lembut dam mudah di bentuk dah tak payah letak air ais lagi kalau masih berderai tambahkan lagi sesudu dan seterusnya hingga adunan menjadi doh yg lembut dan tak melekat di tangan.
Bahagikan doh kepada dua.
Balut doh dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais semula anggaran 1/2 jam.


Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. 
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh.
Adunan pie yg dah siap ni kita balut balik dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais sementara kita buat lapik tutup pie pula. 
Canai pula adunan yang satu lagi dengan kaedah yg sama.
Ini adalah untuk membuat penutup pie kita.
Potong dengan roller cutter anggaran 1 cm lebar dan panjangnya biarlah dapat menutupi pie tadi.

Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
Buat secara mengayam tikar iaitu berselang- seli.
Atau boleh bungkus sahaja permukaan pie tadi dengan doh yang kita canai nipis.

Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.





Inti Pie

1 biji kentang - potong dadu dan di goreng
2 ketul bahagian dada ayam - di potong dadu
1 biji lobak merah - di dadu kalau nak guna mix vegetable pon boleh
cendawan butang - jika suka Kak Noor tak letak cendawan

Bahan Tumis

1 labu bawang besar  di dadu
2 ulas bawang putih - ita tambah
2 sudu minyak masak
gula - secukup rasa
garam - secukup rasa
1 sudu besar sos tiram - ita tak letak
1 sudu besar rempah kari - untuk buat curry chicken pie *tak letak
1 kiub ayam - atau stock ayam
serbuk lada sulah - secukup rasa ita tak letak *kak noor ganti dgn lada hitam kisar
1 sudu besar tepung jagung - larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air


Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya. 
Panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar bawang putih hingga naik bau.
kemudian masukkn bahan rempah kari dan ayam masak hingga ayam empuk.
Tambahkan stock ayam , garam dan gula secukup rasa.
Kemudian barulah masukkan kentang, cendawan butang dan mix vegetable.
Perasakan semuanya.
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat 
Sejukkan inti pie.


Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit.
Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan. 
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie.





ALHAMDULILLAH chicken pie yang sedap dengan keranggupan carrot yang segar bugar tu, tak cukup chicken pie sanggup meratah carrot tu jadi rabbit jab ...

6 comments:

  1. Salam kak noor...sedapnya tgk chicken pie ni...tgk pun fiza dah tau sedap....dapnyerrr,....(^^,)

    ReplyDelete
  2. Assalam kak nor,xtgk keratan rentas kat dlm pon dah nmpk sedap kak..Wah carrot tuh tanam sendri juga ke kak,ermmm bestnyer sume tanam sendri kan..Pokok tomato sy dah naik kak..heheh..kangkung pon da naik dah gak..

    ReplyDelete
  3. Chicken pie memang sedap...selalu mkan di kedai saja...

    ReplyDelete
  4. saya ni kan kak noor, asyik teringin saja nak buat, cuma buatnya idak, bila tengok orang buat mula la teringin balik. sindrom apakah ini.. :)

    ReplyDelete
  5. salam kak,kita belum pernah buat yg besar untuk chicken pai ...dah lama juga tak makan yg chicken2..klu rajin nti insyaAllah nak buat juga..

    ReplyDelete
  6. Senang jer rupanya ye KN.....KN ni buat apa semuanya menjadi huhu....jeleslah...
    Tulah nak kena rajin ni nampaknya....
    Ohhhh...bilalah nak rajin ni....KN doakan okje rajin jer ye hihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home