Macaroon Nutella Dan Peanut Butter Pembukaan Order Lepas Bercuti

Macaroon Nutella Dan Peanut Butter Pembukaan Order Lepas Bercuti



ASSALAMUALAIKUM adik2 blogger tersayang  diharap sihat dan sejahtera hendaknya, dah seminggu tak bersantai kat blog ni, terasa begitu lama sangat, dalam masa seminggu jugak macam2 perkara terjadi, antara nya kembali nya ke rahmatullah seorang ulama yang sebenarnya menjadi ipar kepada akak, kebetulan semasa kematian nya tu, anak2 arwah masih bercuti di rumah kak Noor di Brunei ni, jadi terpaksa lah diaorang pulang dengan segera ke Kedah yang hanya sempat tinggal diBrunei cuma dua hari saja, itu lah ya kita merancang ALLAH menentukan, yang sedih arwah dan isteri( adik kak Noor ) jugak memang merancang nak ke Brunei tapi disebabkan kesihatan tidak mengizinkan jadi terpaksa di batalkan.  Yang lain2 ahli rombongan masih meneruskan percutian ke Sabah dan Sarawak dan pulang semula keBrunei dan hari ni sempat kak Noor hantar ke airport dan ALHAMDULILLAH masing2 dah selamat sampai ke pangkuan keluarga masing2 di Pahang dan Kedah.

MAKA bermula lah aktiviti kak Noor semula dan tempahan pertama ni ialah macaroon yang dah lama di minta oleh customer heee, resepi nya macam biasa akak selalu rujuk di blog
ITA MASAM MANIS sebab dalam blog Ita ada step by step jadi nya mudah lah walaupun dah buat banyak kali mesti nak merujuk jugak setiap kali nak buat macaroon ni, sekali lagi akak minta izin Ita kongsikan resepi Ita untuk rujukan kawan2 dan anak2 akak ok.




ALHAMDULILLAH dah selalu buat menjadi bertambah yakin dengan pengalaman dan 
"kebanyak songehan" membuat macaroon ni hahaha






BAHAN

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna


Langkah 1  Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2  Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk anggaran dlm 10 minit.  Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. Bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental. Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yang dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dengan kaedah yang sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.


Langkah 3 Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4  Kemudian picitkan atas bulatan yang telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macaroon ini untuk mengelakkan permukaan macaroon jadi berlubang bila dibakar
Rehatkan macaroon lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan macaroon benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macaroon ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - Kak Noor  gunakan 160C mengikut kepanasan oven masing2. Oven jangan panas sangat kerana nanti macaroon pecah atau retak.
Letakkan tray di bahagian tengah dalam oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macaroon bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!
Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Kak Noor suka letak peanut butter sedap!








OK DULU lepas bercuti ni ya mood belum mari insyaALLAH jumpa lagi esuk lusa ya dan 
SELAMAT MALAM SEMUA :)

6 comments:

  1. Waw....banyaknya macaroons...
    tahniah sebab semakin cun buat macaroons..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Rahel tak boleh lawan dgn Rahel yang lebih terer dlam bermacaroons ni kan salute lah pada Rahel yg expert semua nya termasuk kek segala nya kan heee

      Delete
  2. Kak Noor.......
    Saya selalu tengok macaron ni dan selalunya saya dengar org cakap ianya sangat manis....betul ke? saya tak pernah cuba pun

    ReplyDelete
  3. al fatihah buat arwah..
    bisness makin maju ye,alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Asslmkm kak noor. , asyik tgk macaroon org ja. Tringin jg nak try buat. Tp ntah bila la moodnya tu nak dtg. Heee

    ReplyDelete
  5. Salam kak noor...klu sy nk oder mcmne ya....ni no tepon sy 016 3284715 (izan)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home