Breakfast Boat

Breakfast Boat



ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi untuk adik2 tersayang, pagi ni akak breakfast ala2 mata biru gitu,  resepi ni adalah dari anak kak Noor nun jauh di UK, bukan apa teringi tengok kat IG dia tu, macam menarik jugak breakfast boat ni, so akak minta resepi, tak susah sangat pun, tapi resepi tu akak sesuaikan dengan selera kita penghuni rumah yang kurang gemar daging, so akak gantikan dengan sosej ayam, pada yang suka daging lah boleh try daging memang lebih yummy lagi kot rasa nya, sebab ayam pun memang dah terangkat sangattt....

Jom semak resepiii



BREAKFAST BOAT
Resepi  :  Bicara Kak Noor


BAHAN
2 keping roti Peranchis *kak Noor hanya guna separuh je*
6 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/8 cawan whipping cream
8 kepingan daging * kak Noor gantikan dengan sosej*
3/4 cawan gruyere cheese ( Swiss cheese yang ada lubang )*kak Noor gantikan mozarella cheese
1 dozen cherry tomato *kak Noor ganti dengan tomato besar 4 biji
parmesan cheese untuk topping
garam dan sedikit serbuk lada hitam


CARA

  • Masak sosej dengan merebus sekejab.
  • Belah roti peranchis dan keluarkan sedikit isi nya.
  • Kacau telur, susu dan whipping cream campurkan dengan cheese dan masukan garam jugak serbuk lada hitam. 
  • Biarkan sebati sekejab.
  • Letakan roti boat kita di atas dulang pembakar dan curahkan campuran cheese, susunkan sosej, tomato dan cheese topping tu. 
  • Taburkan dengan sedikit oregano dan pangganglah dalam oven selama 25 minit dengan suhu 250'C.
  • Bila dah masak boleh lah di hidangkan panas2 memang sedap dan malatop sekali hadap sudah licin.



SEBELUM  JOM KITA MENGUNDI!!! JOM KITA MENGUNDI!!
JOM  KITA  BREAKFAST DULU
Biasa nya boat kita  yang naik kat atas nya kan, tapi kali ni kita makan lah pulak 
Boat tu hahaa
MEMANG SEDAPPP sangatt mesti cuba adik2 akak sekelian tau...

11 comments:

  1. Assalam Kak Noor...
    sioknya pagi2 ni ada breakfast yg enak banget...mau juga satu boat.

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak noor...tgk pun dah terliur ni....

    ReplyDelete
  3. amboi naik bot kita pepagi ni ye kak noor...nak belayar ke mana tuh zila nak tumpang...kemain lagi menambat selera..mau tak nak turun bot lagi kalu gitu rupanye..

    ReplyDelete
  4. Tgok gambqr pun dah tau sedap kak...perrrghhh

    ReplyDelete
  5. salam kak noor..
    menarik ni kak..nak buat pun senang ni.. sbb guna roti siap..hehe.. kalau kena buat itu roti perancis mmg tak berapa nak rajinla kot.. hehe.. sesekali breakfast western sedap jugak kan kak..

    p/s: kak noor balik ke mengundi ni ke undi pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam Madihaa
      mmg sedap dan senang pun sbb guna roti yg dah siap sesuai utk yg busy2 pagi2 tu kan anak2 suka mama happy ok lah tu

      alahai Madihaa kak noor ni dah tak dpt mengundi lah, balik tengok orang mengundi boleh lah coz dah tukar ic kuning Brunei punya jadi kena pandang2 dari jauh je orang mengundi, yg penting keputusan tak sabar menanti tau..

      Delete
  6. owh kak noor sayang...
    saya sangat2 lapar skrg.. sbb lom lunch..
    nampak roti kak noor bakar melimpah2 cheese ni.. aduhaiii...
    sabar la perut.. jap gi kul 6 balik makan ye...

    ReplyDelete
  7. berselera tgk ni kak noor. tq share yer

    ReplyDelete
  8. assalam kak nor
    jom jom dinner pulak ye he heee sedaplah tgk resepi kak nor ni
    sblm mengundi makan camni mesti x salah pilihan lg heeee

    ReplyDelete
  9. bagilah rasa sikit...nampak enak..

    ReplyDelete
  10. ohhhh kak Noor tulun layarkan bf boat tu ke kl ni..hihi...nmpk sedap..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home