Nasi Arab Ala Kak Nor & Kak Noor

Nasi Arab Ala Kak Nor & Kak Noor



ASSALAMUALAIKUM dan selamt petang untuk semua yang sudi berkunjung kesini, hari ni kak Noor nak kongsikan respi nasi Arab yang jarang sangat kak Noor masak, sebab dah lama itu lah maka nya teringin sangat nak makan, takde request pun dari anak2 hanya sendiri2 suka suki nak makan sebab tengok kat blog adik2 semua nasi ayam, nasi lemak dan macam2 nasi lagi, jadi nya tekak yang dah tak muda ni teringin lah, jadi hari ni tunaikan hajat yang dah lama terpendam tu.

Resepi ni kak Noor intai dari blog  Kak Nor Secubit Garam  tapi akak sesuaikan dengan apa yang ada kat rumah akak dan ikut selera family lah, jadi kalau ada yang nak tengok yang asal boleh lah ke blog SECUBIT GARAM tau, kak noor buat ada jugak yang shortcut tapi rasa nya masih sedappp sebab hubby yang bila makan jarang yang tambah nasi, tapi hari ni tergugut iman dia tambah dua kali hahaha

JOM TENGOK RESEPI KAK NOOR




NASI ARAB
Resepi :  Bicara Kak Noor


BAHAN
1 kg beras bathmati Kak Noor campurkan sedikit beras wangi basuh dan tos kan
1.5 liter air Kak Noor guna air biasa je
500 gm ayam dipotong kecil dan dibersihkan
5 biji cili hijau
2 biji cili merah
3 sudu besar minyak 
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu jintan putih digoreng dan dikisar
1 sudu jintan manis digoreng dan dikisar
garam dan gula
sedikit saffron

BAHAN TUMIS
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 inci halia
3 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu kecil jintan putih


CARA

  • Panaskan minyak sapi dan minyak dan tumislah semua bahan tumis  sehingga wangi
  • Masukan serbuk jintan yang telah dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata.
  • Masukan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam.  Biarkan mendidih.
  • Masukan beras dan masak lah seperti biasa didalam rice cooker.
  • Sudah beras tanak, letakkan sedikit saffron biarkan dalam 10 minit, kemudian baru lah di gaul rata.
  • Jangan terlebih pulak gaul tu nanti nasi tu akan patah dan tak cantik.
  • Boleh lah dihidangkan dengan lauk kegemaran masing2.





RESEPI DALCA SAYUR
BAHAN

1 biji kentang di bersihkan di potong kecil
1 biji terung di potong kecil
3 batang jagung muda di potong kecil
1 batang karot di potong kecil
3 batang kacang panjang di patah2kan
4 biji tomato ceri
3 sudu rempah kari daging
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 cawan santan cair + pekat
2 sudu asam air jawa
sedikit potongan ayam
minyak untuk menumis, garam dan gula
sedikit daun kari
kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga secukupnya untuk menumis


CARA

  • Tumbuk bahan  yang bertanda * sehingga lumat.
  • Panaskan kuali tumislah bahan tumbuk bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  • Masukan rempah kari yang sudah di bancuh dengan sedikit air panas dan tumislah sehingga pecah minyak.
  • Masukan ubi kentang dan potongan ayam dan masaklah sehingga kedua nya separuh masak.
  • Boleh ditambah sedikit air jika terlalu pekat.
  • Bila dalca kita sudah kemerahan dengan rempah tu tambahkan santan  dan semua sayuran lain, tambah gula, garam dan air asam.
  • Akhir sekali letakan sedikit daun kari dan dalca sedia dihidangkan bersama nasi arab ni.
Kak Noor tak letak kacang dhall dalam dalca ni sebab kat rumah ni ada yang tak dapat makan dhall tu jadi sabo je lah agak cair lah sikit, untuk yang suka boleh tambah dengan rebusan dhall ya.






RESEPI ACAR TOMATO
BAHAN

2 biji tomato di potong kiub
1/2 biji bawang besar di potong kiub
4 biji cili padi atau cili besar di hiris
4 biji limau kasturi ambil airnya 
garam dan gula

CARA
Gaulkan kesemua bahan2 diatas perasakan dengan garam dan gula dan boleh lah di makan bersama nasi Arab dan dalca sayur.




ALHAMDULILLAH dah beres makan sesekali makan nasi bertambah tak salah kan hahaha
esuk2 kita masak yang kurang kalori pulak rebus2 ke panggang2 ke kan..

19 comments:

  1. Aslmkum k.Noor
    wpun baru semlm mkn nasi Arab yg tapau punya...nengok k.Noor hidangkan ni terliur dibuatnya.sypun tak suka dalca letak kcg dal...

    ReplyDelete
  2. pernah nani wat ni, sbb ianya tak perlu banyak bekas, menu yg best utk berkelah.. :D lagi pun mak penah ajar nani wat dulu.. mmg dlm 1 periuk semua masak.. waktu tu nani masak tak de darl.. cuma nasi + acar rampai je..

    ReplyDelete
  3. salam syg kak nor,
    suami zila klu dapat macamnie mmg laju jew makan..klu nasi biasa mmg payah nak habis..sedapnyaaa..:)

    ReplyDelete
  4. Saya tengok pun dah tergugat iman kak noor... Sedapnya... Bila pulak nak cuba ni ;-)

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Nor...anak2 Aina kalau nasi memang demand nasi putih je tp suatu hari nak jugak try masak nasi arab ni tp kena jugak standby nasi putih untuk depa.

    ReplyDelete
  6. Wee sedapnya nasi ayam satu set...dalca sayur paling saya suka....

    ReplyDelete
  7. wahh sedapnyer k.noor.. nor nak se plate :)

    ReplyDelete
  8. sedapnyer kak nor...lama dah dok kata nak buat nasik arab ni...tapi x menjadi2 jugak...bila nak menjadik pun x tau...huhuhu...

    ReplyDelete
  9. percayalah kak noor,ina mmg tak penah lagi makan nasi arab.teringin la pulak bila tgk kak noor masak

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah & kenal kak Noor.nampak sedap nasi arab tu....tak pernah juga menikmatinya :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum kak noor.... ala kak noor... maveles nya nasi arab tu... favourite mori ngan husben ...

    ReplyDelete
  12. Assalam Kak Noor...kalau makan nasik gini memang wajib 2 pinggan atau lebih...hihi...tulah yg malas nak buat tuh!
    pekat molek dalca Kak Noor tu!

    ReplyDelete
  13. waduhhhhhh rajinnya Kak Noor, lama Yatie tak buat nasi berempah mcm ni, sesekali makan sedapkan...taklah asyik nasi putih je...menyelerakan betullah tngk menu akak ni..

    ReplyDelete
  14. Ada jugak yang ajak hubby gi Restoran Saba ni nanti... huhuhu... gelora je perut kita tengok nasi Kak Noor.

    ReplyDelete
  15. uish sedapnye knoor. kalah nasi arab sharifah KB ni.hehe

    ReplyDelete
  16. Oho kak, dah tawan en hubby dgn nasi minyaknye ye...itu sudah bagus.meriah tgk set nasinye

    ReplyDelete
  17. Terima ksih saya nak cuba buat . Minta halal ilmu ya.

    ReplyDelete
  18. senang je buat nasi arab ni rupanya . blh la buat 23hb nanti utk bday my anak buah ...

    ReplyDelete
  19. kak noor ... nanti nak cuba. nampak mudah ....

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home